Connect with us

Tips Dan Petua

Resepi Cekodok Pisang Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam & Tak Serap Minyak.

Published

on

Resepi Cekodok Pisang Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam & Tak Serap Minyak.

Kalau ditanya tentang menu minum petang legend dan menjadi kegemaran ramai, pastinya tak lain tak bukan Cekodok Pisang. Cekodok pisang makan panas-panas dan lembut memang sedap! Jika ada pisang di rumah tu apa kara cuba resipi ini.

Bukan sahaja mudah, tapi murah dan sedap. Bagi ibu-ibu yang nak mencuba resipi lain cekodok ini, cuba yang dikongsikan oleh Noriza Awang Hamat. Paling best, kurang berminyak dan enak di makan. Confirm licin, anak-anak suka!

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan. Untuk penggunaan pisang, anda boleh menggunakan apa saja jenis pisang yang anda suka yang penting ianya manis dan boleh dibuat cekodok.

Resepi Cekodok Pisang Rangup Di Luar

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Buat Bebola Ikan Salut Tepung Confirm Rangup Dan Sedap

Bahan-Bahan:

  • 10 biji pisang (macam dalam gambar di bawah. Kalau buah pisang yang besar kurang kan. Dilenyek dan ketepikan.
  • 2 sudu besar planta
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 cawan lebih sikit tepung gandum

Cara Buat:

1. Semua bahan di atas masukkan ke dalam bekas kecuali tepung gandum.

2. Gaul sebati jangan dikisar yer nanti tak sedap.

3. Kemudian masukkan tepung gandum.

4. Perap selama 1/2 jam.

5. Goreng dalam minyak yang panas api sederhana saja.

6. Sedia untuk dimakan

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Buat Sendiri Kerepek Pisang Rangup, Enak & Nipis, Waktu Goreng Letak Marjerin & Air Garam

Kredit: Noriza Awang Hamat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending