Connect with us

Tips Dan Petua

Buat Sendiri Kerepek Pisang Rangup, Enak & Nipis, Waktu Goreng Letak Marjerin & Air Garam

Published

on

Buat Sendiri Kerepek Pisang Rangup, Enak & Nipis, Waktu Goreng Letak Marjerin & Air Garam

Kerepek pisang antara jajan tradisional kegemaran ramai. Kerepek ini kalau dapat yang nipis dan rangup memang sedap. Guna pulak pisang yang ada rasa lemak, memang boleh habis sebalang.

Nak dapatkan kerepek pisang nangka yang sedap macam ni ada caranya. Kena tahu tip waktu rendam dan juga menggoreng. Bagi yang nak cuba, tip yang dikongsi oleh pengusaha kerepek Huda Perak ini boleh dipraktikkan.

Tip kerepek pisang rangup dan nipis

ARTIKEL LAIN : Resepi Keledek Goreng Rangup. Memang Sedap, Sama Macam Orang Jual!

Kerepek pisang nangka marjerin. Alhamdulillah tempahan raya 300 paket. Resepi turun temurun…Rangup dan nipis. Ini tipnya;

Pilih pisang

Pisang ini tak gunakan pewarna dan pengawet, untuk dapatkan warna kuning semula jadi pilih pisang tua atau yang dah matang.

Waktu rendam

Selepas kupas kulit pisang, rendam. Letak asam keping supaya pisang tak hitam.

Waktu menggoreng

  • Gunakan penyagat, sagat terus pisang masuk dalam kuali berisi minyak panas.
  • Sewaktu pisang separuh masak dalam kuali, letak satu sudu makan marjerin.
  • Apabila pisang dah garing masukkkan satu sudu air garam. Selang 3 kali goreng letak air garam semula.

Ini marjerin yang saya guna, letak satu sudu waktu menggoreng.

Inilah hasil kerepek pisang nangka yang dah siap, sedia untuk dijual.

Semoga bermanfaat.

ARTIKEL LAIN : Tip Buat Cekodok Pisang Yang Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam Serta Petua Tak Serap Minyak

Sumber: Huda Perak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending