Connect with us

Tips Dan Petua

Wanita Ini Kongsi Cara Cuci Mesin Basuh Yang Berkeladak Sampai Bersih

Published

on

Wanita Ini Kongsi Cara Cuci Mesin Basuh Yang Berkeladak Sampai Bersih

Tahukah anda, sebenarnya kita kena melakukan ‘maintenance’ atau cuci mesin basuh supaya ia dapat berfungsi dengan lebih baik buat masa yang lebih lama. Bagi pasangan yang ingin mencuci pakaian bayi, tentulah ciri kebersihan ini perlu dititikberatkan.

Di sini kami berbesar hati kerana Puan Julimasanum Ali sudi untuk berkongsikan cara cuci mesin basuh secara terperinci. Siap ada ‘step-by-step’ bergambar lagi, memang mudah buat rujukan. Mari kita ikuti caranya di bawah ini.

Menurut Puan Juli, selama ini beliau menggunakan fungsi ‘Tub Hygiene’ saja untuk cuci mesin basuh. Tetapi, ia tidak menunjukkan sebarang kesan yang memberangsangkan. Malah, mesin basuh masih berbau dan kadang-kadang terlekat habuk pada pakaian yang baru dicuci.

Setelah meneliti maklumat daripada internet, beliau pun memulakan misi untuk cuci mesin basuh ini secara ‘besar-besaran’. Hasilnya, memang memeranjatkan!

Cara Cuci Mesin Basuh: Langkah Demi Langkah

ARTIKEL LAIN : Mesin Basuh Air Keluar Perlahan Boleh Baiki Sendiri. Caranya Pun Senang, Jimat!

Berikut adalah cara cuci mesin basuh yang patut anda lakukan, langkah demi langkah:

1. Beli Sabun Pencuci ‘Tub Hygiene’

Mula-mula, kena beli ‘detergent’ utk Tub Hygiene. Puan Juli mendapatkan Wash Drum Cleaner (Power Max) ini di Farmasi Cosway. Harga RM15.90 (non-member). Kalau jenis dan jenama lain mungkin ada juga, bergantunglah pada citarasa anda.

Beginilah rupa Wash Drum Cleaner. 1 kotak ade 2 paket. Maknanya boleh digunakan untuk 2 kali cucian.

2. Baca Arahan Pada Kotak

Penting untuk anda membaca arahan pada kotak sebelum memulakan cuci mesin basuh. Ini kerana, prosesnya memakan masa yang lama. Mungkin ia juga bergantung kepada tahap kekotoran mesin basuh anda. Jadi, anda perlu setkan masa dan rancang sebaiknya supaya proses ini dapat diselesaikan sehabis baik.

Menurut Puan Juli, beliau mengambil masa lebih 24 jam untuk memastikan mesin basuhnya betul-betul bersih.

3. Tuangkan Pencuci

Masukkan 1 paket Wash Drum Cleaner dalam mesin basuh (Mesti guna 1 paket ya, jangan kedekut nak guna setengah paket!).

4. Pilih Menu Cycle – WASH

Seterusnya, pilih menu cycle -WASH sahaja dengan air yang paling maksimum. Biarkan mesin beroperasi dan biarkan ia terendam sekurang-kurangnya 5 jam (mengikut arahan pada kotak).

Tapi, Puan Juli membiarkan selama semalaman. Esok pagi, barulah disambung lagi prosesnya.

5. Keluarkan Kotoran & Buang Airnya (RINSE)

Setelah direndam, anda pasti akan terkejut dengan hasilnya yang ‘menakutkan’ dan ‘menggelikan’! Segala kekotoran dalaman mesin basuh akan keluar.

Jadi, anda bolehlah mengutipnya dan buang sampah sarap yang terapung dan di dasar mesin basuh tersebut selepas proses membuang airnya atau ‘rinse’.

6. Bersihkan Penapis

Jangan lupa, bersihkan juga penapis yang terdapat dalam mesin basuh anda.

Inilah ‘hasil’ di dalam penapis tersebut.

Ini pula hasilnya selepas dah dilap dengan tisu dan dibuang sampah-sampah yang tertinggal sebelum ‘next cycle’. Masa ni kene PAUSE mesin dulu ya.

7. Ulangi Proses

Ulangi proses tadi hinggalah tiada lagi kotoran yang keluar. Kalau nak buat ‘full cycle’ pun boleh (wash, spin, dan rinse). Tapi, Puan Juli hanya mengulang proses wash dan rinse sahaja.

Puan Juli sendiri mengulangnya hingga lebih dari 5 kali. Memang agak lama prosesnya jika ianya tak pernah dicuci sejak bertahun-tahun.

8. Siap!

Inilah hasil terakhir. Dah bersih macam ini, baru puas hati walaupun banyak pakai air. Selepas ini tiadalah lagi bau hapak atau ‘kepam’ pada baju yang dibasuh.

Ini pula penapisnya yang dah dicuci. Licin!

Banyak Sampah Rupanya!

Tak sangka pula ada banyak sampah dalam mesin basuh. Ingatkan, bila cuci baju, mesin basuh pun akan sama dicuci sekali.

Bagi yang tak pernah buat, sekarang dah tahu. Jadi, marilah kita sama-sama cuci mesin basuh di rumah. Barulah hasil basuhan pakaian akan menjadi lebih wangi dan segar!

Semoga Manfaat!

ARTIKEL LAIN : Nak Basuh Selimut Dan Toto Ikut Perkongsian Wanita Ini Cara Gulung Yang Betul

Sumber: Puan Julimasanum Ali

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Tanam Pokok Secara Terbalik, Sesuai Untuk Rumah Kecil Dan Balkoni

Published

on

Cara Tanam Pokok Secara Terbalik, Sesuai Untuk Rumah Kecil Dan Balkoni

Bagi yang gemar berkebun tetapi mempunyai ruang terhad seperti rumah bertingkat, apartmen atau laman kecil, tidak semestinya perlu melupakan hobi bercucuk tanam. Terdapat pelbagai kaedah kreatif yang boleh digunakan, antaranya teknik tanaman terbalik atau upside down planting.

Kaedah ini membolehkan pokok ditanam secara tergantung dengan akar berada di bahagian atas dan batang tumbuh ke bawah. Selain menjimatkan ruang, tanaman terbalik juga lebih mudah dialihkan dan kurang terdedah kepada sesetengah serangan perosak yang datang dari tanah.

Antara tanaman yang sesuai menggunakan kaedah ini ialah tomato dan cili. Dengan hanya menggunakan botol plastik terpakai, anda boleh menghasilkan kebun mini yang unik di rumah.

Kelebihan Tanam Pokok Secara Terbalik

  • Menjimatkan ruang terutama untuk kediaman kecil.
  • Mudah dialihkan mengikut keperluan cahaya matahari.
  • Mengurangkan risiko serangan perosak tanah.
  • Menggunakan bahan terpakai seperti botol plastik.
  • Sesuai dijadikan projek berkebun ringkas di rumah.

Bahan Yang Diperlukan

Sebelum memulakan projek tanaman terbalik, sediakan bahan berikut:

  • Botol mineral bersaiz 1.5 liter.
  • Anak pokok tomato atau cili.
  • Kain perca atau kain jeans lama.
  • Stapler.
  • Tanah tanaman.
  • Cocopeat.
  • Tanah kompos.

Langkah Tanam Pokok Secara Terbalik

1. Sediakan botol tanaman

Ambil botol plastik 1.5 liter dan potong bahagian bawah botol. Kemudian tebuk dua lubang di bahagian kiri dan kanan botol untuk dijadikan tempat menggantung tanaman.

2. Sediakan kain penahan akar

Potong kain perca atau kain jeans mengikut saiz yang sesuai. Buat satu bukaan di bahagian tengah kain supaya batang anak pokok boleh dimasukkan.

3. Sediakan anak pokok

Keluarkan anak pokok daripada bekas asal dengan berhati-hati. Bersihkan sedikit tanah yang melekat pada bahagian akar supaya mudah dimasukkan ke dalam botol.

4. Masukkan batang pokok melalui kain

Letakkan batang anak pokok pada bahagian lubang kain yang telah dibuat. Kemudian kemaskan bahagian kain menggunakan stapler supaya ia memegang pokok dengan baik.

5. Masukkan pokok ke dalam botol

Masukkan anak pokok ke dalam botol dengan bahagian batang dan daun dikeluarkan melalui mulut botol.

Kain yang dipasang berfungsi untuk membantu menyerap air serta mengelakkan tanah daripada keluar apabila botol diterbalikkan.

6. Masukkan medium tanaman

Isi botol menggunakan campuran tanah, cocopeat dan tanah kompos dengan nisbah 4:4:2. Pastikan medium tidak terlalu padat supaya akar mendapat ruang untuk berkembang.

7. Siram dan gantung tanaman

Siram tanaman selepas selesai ditanam dan gantungkan di kawasan yang terlindung daripada panas terik selama kira-kira 9 hingga 10 hari.

Tempoh ini membantu anak pokok menyesuaikan diri dengan keadaan baharu sebelum diletakkan di lokasi yang menerima cahaya lebih banyak.

Penjagaan Selepas Tanaman Stabil

Selepas kira-kira 30 hari, berikan baja yang sesuai untuk membantu pertumbuhan pokok. Pastikan tanaman mendapat cahaya matahari yang mencukupi serta lakukan penyiraman mengikut keperluan.

Elakkan menyiram terlalu banyak kerana tanaman dalam bekas kecil mempunyai ruang terhad untuk menyimpan air.

Tip Supaya Tanaman Terbalik Tumbuh Subur

  • Gunakan anak pokok yang sihat dan tidak rosak.
  • Pastikan botol mempunyai sistem gantungan yang kukuh.
  • Gunakan medium tanaman yang ringan dan mempunyai saliran baik.
  • Letakkan tanaman di kawasan yang mendapat cahaya matahari secukupnya.
  • Berikan baja secara berkala selepas pokok mula stabil.

Kesimpulan

Tanaman terbalik merupakan satu kaedah kreatif yang sesuai untuk mereka yang mahu berkebun walaupun mempunyai ruang terhad. Dengan menggunakan bahan mudah seperti botol plastik terpakai, anda boleh menghasilkan tanaman tomato atau cili yang menarik dan praktikal.

Selain menjimatkan ruang, kaedah ini juga memberi pengalaman baharu dalam bercucuk tanam. Mulakan dengan satu atau dua pokok dahulu dan lihat sendiri hasilnya.

Selamat mencuba!

Continue Reading
Advertisement

Trending