Connect with us

Tips Dan Petua

Goreng Sosej Tak Kecut Dan Kurang Minyak Ikut Cara Ini Baru Sedap

Published

on

Goreng Sosej Tak Kecut Dan Kurang Minyak Ikut Cara Ini Baru Sedap

Sosej merupakan satu hidangan yang biasa menjadi santapan pagi. Bahkan kebiasaan dijual digerai-gerai makanan untuk sarapan pagi. Anak-anak sudah pastinya menggemari sosej ini. Jika anda perasan sosej-sosej yang dijual digerai makanan ini cantik elok mulus, tengang, tidak menggelembung dan tidak kecut.

Namun jika kita sendiri masak dirumah hasilnya tidak sama. Kebiasaanya sosej akan menjadi kecut selepas dimasak. Jika anda mengalami masalah yang sama seperti Siti Afifah, ini ada beberapa tips yang boleh anda praktikan dalam menyediakan sajian ini.

Aku kalau bab goreng sosej ni memang failed. Kalau rebus ok lagi la. Ada tips tak nak bagi gorengan sosej ni cantik macam kat kedai tu? Terima kasih

TIPS MENGGORENG SOSEJ SUPAYA TIDAK BERKEDUT

ARTIKEL LAIN : Resipi Kentang Putar Sedap Ala KFC. Simple & Tak Guna Banyak Bahan

RENDAM SOSEJ DIDALAM AIR PANAS TERLEBIH DAHULU

Nourhayati Yusrina memberikan satu tips yang diajar oleh chef ketika bekerja di airport dahulu.

” masa kerja kat airport dlu chef kat situ ajar, rendam dahulu sosej dalam air panas mendidih 10-15 minit.. pastu toskan.. panaskan minyak .. biar betul-betul berasap dan pastikan minyak banyak.. bila dah panas betul masukkan sosej tadi goreng dlm masa 7 saat saja dan terus angkat toskan..”

Cara ini juga meyebabkan minyak kurang meresap ke dalam sosej.

GORENG TIDAK PERLU MINYAK PANAS

Fareez Amy Shafie yang juga merupakan seorang katerer dan juga peniaga pasar malam memberikan tips ini.

” Untuk pastikan kulit sosej sentiase tegang mude remaja, jangan goreng gune minyak panas…bukak je api, terus masukkan sosej ke dalam minyak(bilas dulu sosej dengan air dan keringkan)… biar dia masak bersama minyak yang baru nak panas…timbul je da bolah angkat..pasti masak…sedikit berminyak tapi lepas toss minyak tu hilang la…hasil nya sosej yang gebu gebas montok dan bergetah dapat anda nikmati dengan berselera… Semoga bermanfaat..”

PANASKAN PAN DAN LETAK MINYAK SEDIKIT

Tidak ketinggalan Hazwany Syafiqa dan lain-lain antara yang memberikan tips

” Senang je. Kalau nak sausage rupa cantik.. panas pan letak sikit je minyak – just cukup untuk tak bagi lekat sausage kat pan. Goreng mcm gerai burger buat tu haa..

Kalau siapa nak yang macam kecut dalam gambar ni.. pakai je minyak quantity macam nak deepfry tu.. makanya dapat la yang kecut tu nanti lepas dah sejukkan..”

GORENG SOSEJ TAMBAH AIR SEDIKIT

Anda juga boleh gunakan tips yang diberikan oleh Saba Kosmetik Utara ini.

“..Macam ni sis, nak bagi tak kecut.. goreng sosej tambah air sikit contoh setegah cawan + minyak dalam setengah cawan. Dia akan cantik tak kecut, Juice lagi. Jangan lama goreng dia 3 minit lebih kurang pun dah cukup..”

Ini antara beberapa tips perkongsian yang boleh anda cuba untuk hasilkan sosej goreng yang cantik.

Selamat Mencuba!

ARTIKEL LAIN : Buat Sendiri Kerepek Pisang Rangup, Enak & Nipis, Waktu Goreng Letak Marjerin & Air Garam

Sumber: Siti Afifah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending