Connect with us

Tips Dan Petua

Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Buat Roti Puri Tanpa Yis Di Rumah Menjadi Memang Sedap

Published

on

Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Buat Roti Puri Tanpa Yis Di Rumah Menjadi Memang Sedap

Bagi yang belum pernah cuba, mesti cuba sebab roti puri ni memang sedap sangat! Rasanya lembut di dalam dan sedikit garing di luar.

Sesuai untuk dicicah dengan kari, sambal, sardin, gulai atau kalau yang suka manisan boleh juga dimakan dengan sekaya. Sebenarnya roti puri ni kalau diratah macam tu je pun dah sedap. Resepinya pulak memang simple sangat.

Jom kita tengok resepi roti puri tanpa yis yang dikongsikan oleh Nor Sharawana Idris Syara ini.

Cara Mudah Buat Roti Puri Tanpa Yis Di Rumah

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Roti Sendiri Di Rumah Lebih Jimat Memang Gebu Dan Sedap. Modal RM5 Sekeluarga Makan Tak Habis

Bahan-bahan

  • Tepung gandum – 3 cawan
  • Gula – 1 sudu besar
  • Garam – 1 sudu kecil
  • Marjerin – 1 sudu kecil
  • Air suam – 1 cawan
  • Minyak masak secukupnya

Cara-cara

1. Buat Doh

Mula-mula kita masukkan tepung, garam, marjerin dan gula. Gaul rata. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli. Asalkan jangan lembik. Uli sampai doh tak lekat di tangan.

2. Rehatkan Doh

Biar kejap dalam 10-15 minit untuk bagi doh rehat.

3. Bentukkan

Kemudian tarik doh buat bulat bulat kecik. Canai leper macam dalam gambar di bawah ni.

4. Goreng

Kemudian terus masukkan doh yang telah dicanai ke dalam minyak yang betul-betul panas. Guna api sederhana ya. Tengah goreng tu siramlah minyak panas atas puri biar gemuk mengembung.

5. Siap!

Agak-agak dah masak tu bolehlah angkat. Kemudian ulang balik sampai habis semua doh tadi. Lepas tu bolehlah hidangkan.

Tips Nak Bagi Puri Kembung Elok

  1. Minyak mesti betul-betul panas. Bukan panas macam baru bukak api.
  2. Waktu goreng, guna api sederhana.
  3. Sambil goreng, curah minyak panas tu bnyk kali atas roti puri sampai dia kembung sendiri.
  4. Masa canai tu tak payah nipis sangat pun tak apa.

Mudah kan?

Jadi jangan lupa resepi roti puri tanpa yis yang sangat mudah ni… Dah cuba sekali mesti nak buat lagi. Confirm anak-anak pun suka makan roti puri ni.

Selamat mencuba!

Sumber : Nor Sharawana Idris Syara

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending