Connect with us

Tips Dan Petua

Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Tanam Kangkung Di Rumah Guna Keratan Batang Hasil Menjadi

Published

on

Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Tanam Kangkung Di Rumah Guna Keratan Batang Hasil Menjadi

Patutlah ramai yang suka tanam kangkung ni sebab ia juga mudah dijaga, cepat membesar dan tak perlukan perhatian khusus. Lepas 2-4 minggu dah boleh nampak hasilnya.

Sayur ni kami panggil Kangkung Paya atau kangkung kampung. Kangkung ni tumbuh liar dekat paya atau mana-mana dalam hutan. Selalunya orang kat pasar tani dijual seikat RM2.

Jadi, apa kata kita tengok dan pelajari cara tanam kangkung yang ditunjukkan oleh Puan Fatimah Naamat ini.

2 Cara Tanam Kangkung Dalam Air Bertakung & Tanah

ARTIKEL LAIN : Boleh Tuai Sampai 6 Kali Pokok Yang Sama Ikut Cara Ini Untung Tanam Sayur Pak Choy

Walaupun murah, tapi dek kerana asyik beli je tiap minggu (sebab sayur favourite atuk) saya cubalah tanam. Hasilnya dapatlah jimat lah beberapa ringgit seminggu. Tapi kalau setahun banyak jugalah jadinya kan?

Lagipun tak payah tunggu pasar tani dah.

Anytime nak makan pun boleh petik. Setakat nak goreng mihun ambil sikit dah okay sangat. Jadi di sini saya nak kongsikan cara tanam kangkung yang mudah.

Ada 2 jenis macam dalam gambar. Kedua-dua cara tanam kangkung ni pun senang.

1. Ambil Pucuk & Batang Kangkung

Masa beli kangkung dekat pasar tu, sila ambil daun buat goreng sayur. Tinggalkan pucuk kat atas sekali dan batang dia. Kalau ada pucuk, pokok kangkung akan cepat tumbuh.

Tapi kalau terpotong pucuknya pun tak apa sebab masih boleh ditanam dan ia akan hidup juga.

2. Rendam

Rendamkan kejap dalam 2/3 hari untuk bagi akarnya keluar. Kadang-kadang saya rendam sampai seminggu sebab tak sempat nak menanam.

3. Tanam

i) Tanam Dekat Tanah

Boleh tanam dalam campuran tanah. Tim suka campuran tanah 1:1:1. Pasir : Tanah Merah : Kompos.

Atau kalau tak ada pasir pun tak apa sebab kangkung nak air banyak.

ii) Tanam Dalam Air Bertakung

Boleh juga tanam dalam air bertakung. Saya bubuh tanah ikut nisbah macam cara di atas cuma tak tebuk lubang. Jadi bila tak ada lubang, airnya akan bertakung dan kelebihannya ialah kita tak perlu siram selalu.

Cara ni sesuai untuk yang selalu sibuk.

Tapi kena pastikan tak ada nyamuk yang bersarang dalam takungan air tu ya. Kiranya saya ada sepasu kangkung yang ada lubang dan ada sepasu lagi yang tak ada lubang.

Cuma saya rasa pasu yang ada lubang pokok dia lebih cepat gemuk berbanding pasu yang bertakung air.

4. Biarkan Di Tempat Redup

Tanam di tempat redup untuk 2 minggu. Kemudian pindahkan ke tempat panas . Tengok daun dia lecur ke tak bila kena panas.

Kalau macam layu atau lecur, pindah balik tempat redup.

5. Dah Boleh Tuai Lepas 4 Minggu

Boleh dah tuai lepas 4 minggu. Kemudian tuai lagi lepas 2 minggu. Atau tuai bila-bila nak masak. Batang pucuk yang dipotong tu boleh ditanam semula.

Kalau nak sentiasa banyak stok, tanamlah banyak-banyak. Saya pun nak tanam lagi beberapa pasu supaya stok sentiasa banyak.

Mudah kan?

Lepas ni bolehlah kita tanam kangkung sama-sama dekat rumah ya.

Selamat mencuba.

Sumber: Puan Fatimah Naamat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Buat Sendiri Ikan Pari Bakar, Guna Cara Ini Buat Sambal Yang Sedap & Mudah

Published

on

Buat Sendiri Ikan Pari Bakar, Guna Cara Ini Buat Sambal Yang Sedap & Mudah

Cara buat ikan pari bakar ini dikongsi oleh Erma Azizie. Cukup ringkas dan boleh sangat untuk membuatnya sendiri di rumah.

Jika selama ini makan hidangan di restoren, apa kata cuba buat sendiri. Paling penting sambalnya kena banyak barulah terasa keenakan ikan pari bakar.

Cara Buat Ikan Pari Bakar Dengan Sambal Sedap Dan Mudah

Bahan-bahan

  • 3 ekor ikan pari saiz sederhana dipotong 2
  • Daun pisang
  • Aluminium foil
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Asam keping
  • Daun limau purut -dimayang halus
  • Daun kunyit -dimayang halus & buang urat tengah

Bahan kisar

  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus)
  • 3 batang cili besar
  • 4 batang cili padi

Cara membuat

1. Cuci bersih ikan pari dan tos.

2. Untuk menyediakan sambal ikan bakar, panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sampai garing.

3. Masukkan asam keping, garam, gula, serbuk perasa. Kacau sebati.

4. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Gaul rata dan tutup api.

5. Ambil aluminium foil, lapik dengan daun pisang. Letak sedikit sambal atas daun pisang kemudian tindan engan ikan. Kemudian letak lagi sambal di atas ikan.

6. Balut ikan dan bolehlah dibakar hingga masak menggunakan pemanggang atau oven. Jika menggunakan oven tetapkan suhu 200°c danbakar dalam 30 – 40 minit dengan api atas bawah.

Selamat mencuba

Sumber: Erma Azizie

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending