Connect with us

Tips Dan Petua

Boleh Tuai Sampai 6 Kali Pokok Yang Sama Ikut Cara Ini Untung Tanam Sayur Pak Choy

Published

on

Boleh Tuai Sampai 6 Kali Pokok Yang Sama Ikut Cara Ini Untung Tanam Sayur Pak Choy

Untungnya tanam sayur pak choy ini, hasilnya cepat. Sebulan lebih dah boleh tuai. Boleh buat pak choy masak sos tiram. Lagi best, pokok yang sama kita boleh tuai hasilnya sampai enam kali.

Bagi yang suka bercucuk tanam, sayur pak choy antara sayuran yang boleh kita tanam di rumah selain sawi, bayam, kangkung atau tanaman herba untuk kegunaan dapur.

Menarik kan! Jika nak cuba tanam sayur pak choy boleh ikut cara yang dikongsi oleh Don Laught ini.

Cara tanam sayur pak choy

ARTIKEL LAIN : Selalu Tanam Tak Ada Hasil, Ikut Kaedah Ini Jika Nak Pokok Kacang Botor Berbuah Dengan Banyak

1. Semai biji benih hari 1-22. Cuma tabur biji benih dan kambus dengan tanah tapi tak dalam sangat. Saya guna tanah yang dicampur 8 in 1.

Biji benih yang digunakan.

Ini pula media tanah 8 in 1 yang saya guna.

2. Bila dah bercambah alihkan ke pot pada hari ke-22. Pilih daun yang cantik saja, sebab itu kena tanam banyak benih.

Sebaiknya alih pada waktu petang sekitar 6 p.m bila cuaca dah redup. Letak anak pokok di tempat yang redup dulu atau tudung dengan jaring/netting.

Ini anak pokok yang dah dialih ke pot

3. Hari ke 24 boleh alihkan ke tempat terbuka kena sinaran matahari atau buka netting. Bila dah alih ke pot, tak perlu baja lagi kerana dah guna media tanah 8 in 1. Dah cukup nutrien yang diperlukan.

4. Hari 35-40 dah boleh tuai atau potong pak choy. Boleh guna kaedah cut-and-come-again jika hendak kekalkan pokok yang sama membuahkan hasil 2 atau 3 minggu lagi (pokok yang sama boleh tuai banyak kali).

Jika gunakan kaedah cut-and-come-again ini, semasa potong daun tinggalkan satu atau dua helai daun untuk pak choy terus tumbuh. Setakat ini saya pernah sampai 6 pusingan guna kaedah ini. Cuma untuk pusingan seterusnya batang sayur akan jadi memanjang.

Kaedah cut-and-come-again, kena tinggalkan satu atau dua helai daun.

Saya guna kaedah ini untuk pokok yang subur dan cantik saja, jika baka kurang elok terus cabut kemudian tanam atau tukar dengan semaian baru.

TIP

Jika pak choy lambat membesar, cuba pindah atau tukar tanah yang tak kering atau gemburkan. Tapi awas, gembur sekali sekala saja jangan sampai terkena akar.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Guna Sarang Telur Tanam Daun Bawang Lagi Mudah, Tak Guna Tanah

Sumber: Don Laught

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending