Connect with us

Tips Dan Petua

Sayur Lebih Selamat Dimakan Guna Nasi Saja Buat Racvn Organik Sendiri Jimat Kos

Published

on

Sayur Lebih Selamat Dimakan Guna Nasi Saja Buat Racvn Organik Sendiri Jimat Kos

Sememang ada banyak cara menjadikan pokok sayur yang kita tanam ini hidup subur tanpa penggunaan baja atau racvn berasas bahan k1mia. Salah satu yang boleh kita gunakan adalah membuat sendiri racvn sendiri dari nasi.

Ketika ini ramai yang tanam sayur secara organik untuk dimakan sendiri. Ia bagi memastikan apa yang dihidangkan untuk keluarga selamat, bebas dari bahan k1mia.

Selain itu katanya ia boleh juga digunakan untuk pokok bunga. Di samping menghapvs serangga perosak, nasi ini juga sebenarnya menjadi baja untuk pokok.

Cara ini dipraktikkan oleh Tieok Eng yang banyak bercucuk tanam di kediamannya. Ia digunakan untuk membuat semburan bagi menghapvskan ulat atau bena putih yang meny3rang pokok sayurannya.

Racvn Sendiri Dari Nasi

ARTIKEL LAIN : Tanam Serai Dalam Pasu. Nak Pastikan Rimbun & Gemuk Subur, Ini Rahsianya!

Pokok cili ini dah subur dan lebat lepas sembur racvn sendiri ini. Selain untuk pokok sayur, boleh guna pada pokok bunga juga

Sengaja masak nasi lebih untuk buat racvn homemade untuk hapvskan ulat putih. Jimat dan yang penting sayur yang nak dimakan selamat dari racvn yang bhaya pada manusia.

1. Ambil tiga senduk nasi, rmas-rmas.

2. Masukkan nasi tadi dalam botol plastik dan campur dengan air cucian beras pertama. Jangan letak penuh, supaya tak meIetup.

3. Simpan selama seminggu atau lebih. Selepas lebih seminggu boleh terus guna tanpa perlu campur air.

*Cara ini pokok sayur yang nak dimakan lebih selamat, tiada bahan k1mia.

4. Boleh sembur pada pokok yang ada ulat putih. Boleh sembur hari-hari kalau ada banyak serangga perosak.

Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq.

ARTIKEL LAIN : Ini Cara Tanam Bayam Dalam Baldi & Bakul, Tak Perlu Pun Ruang Yang Luas

Sumber: Tieok Eng

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending