Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Baja Kulit Telur Untuk Kuatkan Akar Tanaman. Mudah Dan Menjimatkan Kos

Published

on

Cara Buat Baja Kulit Telur Untuk Kuatkan Akar Tanaman. Mudah Dan Menjimatkan Kos

Untuk mereka yang gemar berkebun atau bercucuk tanam, apa kata lepas ini guna kulit telur sebagai baja. Hal ini kerana kulit telur mengandungi kalsium yang mampu menyvburkan tanaman serta menguatkan akar, batang, dahan, dan ranting.

Jadi, bila akar kuat, barulah tanaman akan subur dengan bagus dan elok. Proses pembuatannya mudah sahaja seperti perkongsian Cikwan Redzuan Jelani di laman Fbk. Jom tengok. Weekend ni boleh cuba buat.

CARA BUAT BAJA KULIT TELUR, JIMAT DUIT & AKAR KUAT

ARTIKEL LAIN : DIY Baja Buah Cuma Guna 3 Sisa Dapur Ini Saja, Supaya Pokok Berbuah Lebat & Sihat.

Ini la sumber penting untuk tanaman. Penguat akar, batang, dahan dan ranting. Bila akar kuat, dahan kuat, baru la pokok cantik, daun subur sebab pokok cukup makan.

Jemur cengkerang telur sampai betul-betul kering sehingga kulit berubah warna dari coklat keputihan.

Bila dah kering kulit akan lebih rapuh dan senang untuk dipecahkan. R4mas r4mas je krap krup krap. Kalau kuantiti sikit, boleh tumbvk je dengan lesung batu. Kalau kuantiti banyak kena guna pengisar. Pengisar kering kalau ada yang heavy duty lagi baik.

Kisarlah smpai jadi tepung halus mulus. Masukkan dalam bekas tulis nama dia..”calcium pokok” simpan dalam stor kebun. Takut letak dekat dapur orang ingt tu tepung gandum.

Cara guna ada 2 kaedah:

1. tabur terus ke tanah/ campurkan dengan tanah semaian.

2. Campur dengan air hujan/EM yang diperbuat dari buah buahan, sayuran dan peram sekurangnya 2 minggu dalam bekas yang bertutup.

Seblum guna, kacau sebatian dan tapis. Ambil air baja sebanyak 10ml dicampur dengan 1liter air. Siram dekat pokok. 2 tahun diperlukan untuk cengkerang terhurau sepenuhnya. Kalau selalu buat, lagi lambat la stok baja kalsium ni habis. Kena ada alternatif lain untuk jimatkan kos. Selamat mencuba!

Semoga Manfaat!

ARTIKEL LAIN : Campuran Belacan Dan Ajinomoto Resipi Baja Organik Suburkan Tanaman

Sumber: Fbk Cikwan Redzuan Jelani

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Tanam Pokok Secara Terbalik, Sesuai Untuk Rumah Kecil Dan Balkoni

Published

on

Cara Tanam Pokok Secara Terbalik, Sesuai Untuk Rumah Kecil Dan Balkoni

Bagi yang gemar berkebun tetapi mempunyai ruang terhad seperti rumah bertingkat, apartmen atau laman kecil, tidak semestinya perlu melupakan hobi bercucuk tanam. Terdapat pelbagai kaedah kreatif yang boleh digunakan, antaranya teknik tanaman terbalik atau upside down planting.

Kaedah ini membolehkan pokok ditanam secara tergantung dengan akar berada di bahagian atas dan batang tumbuh ke bawah. Selain menjimatkan ruang, tanaman terbalik juga lebih mudah dialihkan dan kurang terdedah kepada sesetengah serangan perosak yang datang dari tanah.

Antara tanaman yang sesuai menggunakan kaedah ini ialah tomato dan cili. Dengan hanya menggunakan botol plastik terpakai, anda boleh menghasilkan kebun mini yang unik di rumah.

Kelebihan Tanam Pokok Secara Terbalik

  • Menjimatkan ruang terutama untuk kediaman kecil.
  • Mudah dialihkan mengikut keperluan cahaya matahari.
  • Mengurangkan risiko serangan perosak tanah.
  • Menggunakan bahan terpakai seperti botol plastik.
  • Sesuai dijadikan projek berkebun ringkas di rumah.

Bahan Yang Diperlukan

Sebelum memulakan projek tanaman terbalik, sediakan bahan berikut:

  • Botol mineral bersaiz 1.5 liter.
  • Anak pokok tomato atau cili.
  • Kain perca atau kain jeans lama.
  • Stapler.
  • Tanah tanaman.
  • Cocopeat.
  • Tanah kompos.

Langkah Tanam Pokok Secara Terbalik

1. Sediakan botol tanaman

Ambil botol plastik 1.5 liter dan potong bahagian bawah botol. Kemudian tebuk dua lubang di bahagian kiri dan kanan botol untuk dijadikan tempat menggantung tanaman.

2. Sediakan kain penahan akar

Potong kain perca atau kain jeans mengikut saiz yang sesuai. Buat satu bukaan di bahagian tengah kain supaya batang anak pokok boleh dimasukkan.

3. Sediakan anak pokok

Keluarkan anak pokok daripada bekas asal dengan berhati-hati. Bersihkan sedikit tanah yang melekat pada bahagian akar supaya mudah dimasukkan ke dalam botol.

4. Masukkan batang pokok melalui kain

Letakkan batang anak pokok pada bahagian lubang kain yang telah dibuat. Kemudian kemaskan bahagian kain menggunakan stapler supaya ia memegang pokok dengan baik.

5. Masukkan pokok ke dalam botol

Masukkan anak pokok ke dalam botol dengan bahagian batang dan daun dikeluarkan melalui mulut botol.

Kain yang dipasang berfungsi untuk membantu menyerap air serta mengelakkan tanah daripada keluar apabila botol diterbalikkan.

6. Masukkan medium tanaman

Isi botol menggunakan campuran tanah, cocopeat dan tanah kompos dengan nisbah 4:4:2. Pastikan medium tidak terlalu padat supaya akar mendapat ruang untuk berkembang.

7. Siram dan gantung tanaman

Siram tanaman selepas selesai ditanam dan gantungkan di kawasan yang terlindung daripada panas terik selama kira-kira 9 hingga 10 hari.

Tempoh ini membantu anak pokok menyesuaikan diri dengan keadaan baharu sebelum diletakkan di lokasi yang menerima cahaya lebih banyak.

Penjagaan Selepas Tanaman Stabil

Selepas kira-kira 30 hari, berikan baja yang sesuai untuk membantu pertumbuhan pokok. Pastikan tanaman mendapat cahaya matahari yang mencukupi serta lakukan penyiraman mengikut keperluan.

Elakkan menyiram terlalu banyak kerana tanaman dalam bekas kecil mempunyai ruang terhad untuk menyimpan air.

Tip Supaya Tanaman Terbalik Tumbuh Subur

  • Gunakan anak pokok yang sihat dan tidak rosak.
  • Pastikan botol mempunyai sistem gantungan yang kukuh.
  • Gunakan medium tanaman yang ringan dan mempunyai saliran baik.
  • Letakkan tanaman di kawasan yang mendapat cahaya matahari secukupnya.
  • Berikan baja secara berkala selepas pokok mula stabil.

Kesimpulan

Tanaman terbalik merupakan satu kaedah kreatif yang sesuai untuk mereka yang mahu berkebun walaupun mempunyai ruang terhad. Dengan menggunakan bahan mudah seperti botol plastik terpakai, anda boleh menghasilkan tanaman tomato atau cili yang menarik dan praktikal.

Selain menjimatkan ruang, kaedah ini juga memberi pengalaman baharu dalam bercucuk tanam. Mulakan dengan satu atau dua pokok dahulu dan lihat sendiri hasilnya.

Selamat mencuba!

Continue Reading
Advertisement

Trending