Connect with us

Tips Dan Petua

Periuk Berkarat Sental Guna Cara Ini Confirm Berkilat Macam Baru Beli

Published

on

Periuk Berkarat Sental Guna Cara Ini Confirm Berkilat Macam Baru Beli

Mari ikuti perkongsian seorang pengguan Facebook bernama Zainun Mamat yang menunjukkan langkah mencuci periuk dan kuali yang sudah hitam hanya menggunakan 2 alatan. Wow!

CARA SENTAL PERIUK & KUALI YANG SUDAH HITAM

ARTIKEL LAIN : Hanya Guna Pencuci Pinggan Saja Untuk Bersih Lantai Tiles. Hasilnya Memang Berkilat

Tiap-tiap hari kita masak. Lepas masak mesti kena basuh peralatan memasak terutamanya periuk dan kuali. Selalunya periuk Kita akan jadi hitam di bawahnya. Sukar juga nak cuci dan sental.

Alatan yang diperlukan:

– Besi keluli

– Sabun mandi (sebuku) *Saya gunakan keluli besi cuci periuk dan lebihan sabun Mandi. Sabun Kita guna tu lebihannya jangan dibuang.

– Sedikit air

*Caranya mudah sahaja. Rendam besi keluli dengan sabun mandi dan sedikit air. Tekan-tekan sedikit sehingga menghasilkan buih. Kemudian boleh sental periuk dan kuali yang hitam-hitam itu. Besi keluli boleh tahan 3 hingga 4 hari. Jimat dan mudah.

Mudahkan? Tak sakit mata dah kalau tengok periuk dan kuali hitam lepas digunakan. Sental-sental! Haa berkilat terus. Jangan dibuang pula. Rugi tau.

Sumber : Facebook Zainun Mamat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Buat Sendiri Rain Drop Cake Yang Viral Sekarang, Mudah Sangat Rupanya

Published

on

Buat Sendiri Rain Drop Cake Yang Viral Sekarang, Mudah Sangat Rupanya

Sedang elok musim hujan viral pula menu rain drop cake ni. Bila dah asyik lalu di sosial media kita teringin pulak nak tahu macam mana rasa pemanis mulut yang berasal dari negara Jepun ini.

Kalau tiada orang jual di sekitar rumah, apa kata buat saja sendiri. Nak buat pun tak susah sebenarnya, bahan pun mudah dan memang ada di rumah. Kalau nak cuba boleh ikut perkongsian Malnorashima Bt Ismail.

Buat sendiri Rain Drop Cake

1. Sediakan air secukupnya dan masukkan serbuk agar-agar. Bancuh dan masak seperti biasa, tambah gula untuk rasa manis. Tak perlu letak pewarna ya.

2. Kemudian tuang agar-agar tadi dalam acuan. Saya guna acuan kuih lompang saja. Biar mengeras atau boleh letak dalam peti sejuk.

3. Sementara itu buat sirap gula Melaka (macam buat kuih lopes). Sediakan air secukupnya, masak bersama gula Melaka yang dihancurkan. Letak sekali daun pandan. Biar larut kemudian tuang gula putih ikut kemanisan yang dikehendaki. Biar larut dan sedikit pekat.

4. Keluarkan agar-agar yang dah keras dalam pinggan putih supaya nampak jernih, kemudian tuang sirap gula Melaka. Boleh tabur kacang tanah tumbuk yang telah disangai terlebih dulu (resipi asal guna serbuk soya).

Selamat mencuba.

Sumber: Malnorashima Bt Ismail

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending