Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Roti Sendiri Di Rumah Lebih Jimat Memang Gebu Dan Sedap. Modal RM5 Sekeluarga Makan Tak Habis

Published

on

Cara Buat Roti Sendiri Di Rumah Lebih Jimat Memang Gebu Dan Sedap. Modal RM5 Sekeluarga Makan Tak Habis

Memang roti ini banyak dijual tapi, takkan sama dengan yang kita buat sendiri. Automatik yang dibuat sendiri akan rasa lebih sedap.

Bagi yang nak cuba buat roti sendiri boleh ikut yang dikongsi cikgu Azlina Ina Fans ini. Elok gebunya. Modal nak buat roti ini pun murah saja, tak sampai RM5 tapi hasilnya puas makan.

Apa kata anda cuba buat sendiri roti dengan mencuba resipi ini yang pastinya sedap dan gebu. Baca perkongsian resipi oleh pengguna Fbk Azlina Ina di bawah ini. Ayuh kita mulakan!

Cara Buat Roti Sendiri Di Rumah Lebih Jimat Memang Gebu Dan Sedap

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Apam Kampung, Macam-Macam Jenis Boleh Dapat Dengan Gunakan Sukatan Sama

Sebelum mula buat roti, buat dulu pelembut doh. Bahan ini penting sebab kita takde bahan pelembut doh jadi kita buat sendiri.

Bahan pelembut doh:

  • 2 sb tepung gandum
  • 1 cawan air

Campur dua bahan ini bancuh rata dan tapis. Kemudian masak sampai jadi likat. Boleh buat banyak, gandakan sukataan tu dan simpan dalam peti ais. Bila nak guna panas kan tambah air atau letak luar kejap hilang sejuk.

Selepas buat pelembut doh kita sediakan bahan untuk yis:

  • Yis
  • 1/2 cawan air suam
  • 2 sudu besar gula

Air suam tadi tuang tuang dalam gelas tinggi takut melimpah bil berbuih. Satukan dengan gula (ini ejen untuk aktifkan yis, kalau yis rosak yis tak berbuih lepas 10 minit.

Selepas satukan semua bahan, tak perlu kacau dan tutup biar dalam 10-15 minit.

Seterusnya bolehlah mula proses sebenar buat roti.

Bahan adunan roti:

  • 1kg tepung
  • 1 biji telur
  • 3sb majerin atau butter
  • 3sb pelembut doh
  • Sedikit garam halus
  • 4sb susu tepung (jika suka)
  • 1/2 sb baking powder (kalau takde takpe)
  • 5sb gula (kuantiti ikut kemanisan yang dikehendaki.

Satukan semua bahan, gaul sampai jadi macam serbuk roti

Masukkan 1/2 cawan air yis berbuih tadi kemudian uli sikit sikit.

Penting sediakan air biasa plus ais batu. Biar sejuk, boleh juga guna air dalam peti ais yang dah sejuk. Tambah dan uli, habis satu cawan tadi.

Kemudian tambah air sejuk lepas 1 cawan tadi standby 1/2 cawan lagi tapi tuang sekadar nak lembutkan doh. Doh memang melekit di tangan. Berhenti uli bila dah rasa doh lembik sikit, itu maksudnya semua tepung dah basah. Sediakan 1 cawan tepung tambah sikit sikit sambil uli tabur supaya tak lekat kat tangan.

Ini cara uli pakai perut tangan. Kita tenyeh, tarik pakai perut tangan tu ke depan tarik ke belakang. Buat sampai 10 minit sampai doh tadi licin, tak lekat kat tangan.

Pindahkan dalam mangkuk doh tadi senang untuk tutup. Tak nak bagi lekat bila kembang tabur tepung dulu dalam mangkuk.

Ok sebab masa buat ni malam, kalau sejuk dia lambat kembang. Jadi kita dapat idea panaskan oven 100 darjah set 40 minit. Tutup mangkuk dengan tuala lembap. Letak mangkuk dekat dengan oven yg panas tadi jadi cepatlah dia kembang.

Lepas 40-45 minit, dia dah naik sekali ganda dan nampak cantik.

Tumbuk adunan tadi untuk buang angin, kemudian pindah balik dalam besen untuk senang uli. Letak minyak dalam loyang dan juga kat tangan waktu uli ini. Bentukkan, buat bulat jer.

Letak doh tadi dalam loyang yg ade. Panas kan oven 100 darjah 30 minit. Tak perlu tutup dah loyang tadi.

Dah naik, elok pulak. Masa ni adalah paling penting untuk roti yg uli ala kadar Waktu roti membesar ni kena betul betul kembang baru bakar. Jangan baru naik sikit dah bakar.

Kena tunggu roti naik elok sebab tu biar kena haba oven bile panas roti cepat naik. Waktu mengembang ni sebenarnya proses dalam doh bertindak balas. Kalau kurag naik atau terlebih naik nanti roti keras.

Agak-agak dah penuh loyang sapu atas doh dgn butter atau majerin. Kalau semua takde susu segar pun boleh. Susu cair pun boleh kalau takde jugak minyak masak je.

Bakar suhu 150 darjah masa 45 minit api atas bawah tapi bergantung oven masing-masing. Asal atas perang tu roti masak dah lah tu. Waktu panas dalam loyang sapu butter atau majerin untuk kilat.

Dah siap

Gebu rotinya. Makan waktu panas cicah kopi. Boleh cuba modal tak sampai RM5. Cara simpan roti ni, masukkan dalam bekas bertutup.

Selamat mencuba! Semoga Manfaat!

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Buat Roti Boy Guna Sukatan Cawan, Gebu Dan Rasa Lemak Manis

Sumber: Azlina Ina Fans

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

10 Kegunaan Epsom Salt Untuk Tanaman: Rahsia Pokok Lebih Subur, Daun Hijau dan Hasil Lebih Berkualiti

Published

on

10 Kegunaan Epsom Salt Untuk Tanaman: Rahsia Pokok Lebih Subur, Daun Hijau dan Hasil Lebih Berkualiti

Bagi peminat berkebun, pelbagai cara digunakan untuk memastikan tanaman tumbuh dengan sihat dan menghasilkan buah yang lebih baik. Salah satu bahan yang semakin mendapat perhatian ialah Epsom Salt atau garam Epsom.

Ramai tidak menyedari bahawa bahan ini mempunyai manfaat besar untuk tanaman kerana mengandungi magnesium dan sulfur, iaitu dua nutrien penting yang membantu proses pertumbuhan pokok.

Dengan penggunaan yang betul, Epsom Salt boleh membantu menjadikan daun lebih hijau, akar lebih kuat, bunga lebih cantik serta meningkatkan kualiti hasil tanaman.

Apa Itu Epsom Salt?

Epsom Salt ialah sejenis mineral semula jadi yang dikenali sebagai magnesium sulfat. Ia berbeza daripada garam dapur biasa kerana kandungannya terdiri daripada magnesium dan sulfur yang diperlukan oleh tumbuhan.

Magnesium memainkan peranan penting dalam pembentukan klorofil yang membantu daun menghasilkan tenaga melalui proses fotosintesis. Sulfur pula membantu pembentukan protein dan menyokong pertumbuhan keseluruhan pokok.

10 Kegunaan Epsom Salt Untuk Tanaman

1. Membantu Proses Percambahan Benih

Epsom Salt boleh membantu menguatkan struktur sel benih dan menyokong pertumbuhan awal anak pokok. Kandungan magnesium membantu proses percambahan menjadi lebih baik terutama pada peringkat awal tanaman.

Cara guna: Campurkan sedikit Epsom Salt ke dalam medium semaian atau gunakan kira-kira 1 hingga 2 sudu untuk kawasan tanaman kecil.

2. Meningkatkan Keupayaan Akar Menyerap Nutrien

Magnesium membantu akar menggunakan nutrien yang terdapat dalam tanah dengan lebih berkesan. Ini membolehkan pokok mendapat bekalan makanan yang diperlukan untuk pertumbuhan yang lebih sihat.

Cara guna: Taburkan sedikit Epsom Salt di sekeliling pangkal pokok dan gaulkan bersama tanah.

3. Mengurangkan Tekanan Selepas Pemindahan Pokok

Apabila pokok dipindahkan ke pasu atau kawasan baru, ia kadangkala mengalami tekanan dan pertumbuhan menjadi perlahan. Penggunaan Epsom Salt boleh membantu menyokong perkembangan akar selepas proses pemindahan.

Cara guna: Taburkan sedikit di sekeliling pokok selepas dipindahkan dan tutup dengan lapisan nipis tanah.

4. Membantu Mengatasi Daun Kekuningan

Daun yang mula menguning boleh menjadi tanda kekurangan magnesium. Oleh kerana magnesium diperlukan untuk pembentukan klorofil, bekalan yang mencukupi membantu daun kembali kelihatan lebih hijau.

Cara guna: Bancuh 1 sudu Epsom Salt dalam 4 liter air dan siram pada tanaman secara berkala.

5. Membantu Masalah Daun Kerinting Pada Pokok Cili

Pokok cili memerlukan pelbagai nutrien untuk menghasilkan daun dan buah yang sihat. Kekurangan magnesium boleh menyebabkan pertumbuhan daun terganggu.

Cara guna: Campurkan 2 sudu Epsom Salt dengan 4 liter air dan sembur pada daun secara berkala.

6. Membantu Mengurangkan Gangguan Perosak

Sesetengah pekebun menggunakan Epsom Salt sebagai salah satu kaedah tambahan untuk mengurangkan gangguan perosak seperti siput dan serangga kecil di kawasan tanaman.

Cara guna: Taburkan sedikit pada kawasan yang sering menjadi laluan perosak dan ulang penggunaan selepas hujan.

7. Membantu Menghasilkan Buah Lebih Berkualiti

Magnesium membantu proses fotosintesis yang penting untuk penghasilan tenaga dalam pokok. Proses ini boleh menyokong pembentukan buah yang lebih baik dari segi saiz dan rasa.

Cara guna: Gunakan bancuhan 1 sudu Epsom Salt dalam 4 liter air dan siram mengikut keperluan tanaman.

8. Memberi Manfaat Kepada Pokok Tomato

Pokok tomato sering mendapat manfaat daripada magnesium kerana nutrien ini membantu pertumbuhan daun yang sihat serta menyokong penghasilan buah.

Cara guna: Campurkan 2 sudu Epsom Salt dengan 4 liter air dan siram setiap beberapa minggu.

9. Membantu Melebatkan Buah Pokok Cili

Pokok cili yang mendapat nutrien mencukupi berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih baik. Magnesium membantu menyokong pembentukan bunga dan buah.

Cara guna: Taburkan sedikit Epsom Salt di sekitar tanaman dan ulang secara berkala mengikut keadaan pokok.

10. Menghasilkan Bunga Lebih Cantik Pada Tanaman Hiasan

Tanaman berbunga seperti ros memerlukan nutrien yang seimbang untuk menghasilkan bunga yang menarik. Epsom Salt sering digunakan sebagai tambahan penjagaan bagi membantu daun lebih hijau dan bunga lebih menyerlah.

Cara guna: Gunakan ketika peringkat awal pertumbuhan atau semasa pokok sedang aktif membesar.

Tips Menggunakan Epsom Salt Dengan Betul

  • Gunakan dalam jumlah sederhana dan jangan berlebihan.
  • Larutkan dalam air untuk membantu penyerapan lebih mudah.
  • Gunakan mengikut keperluan jenis tanaman.
  • Elakkan penggunaan ketika hujan lebat supaya bahan tidak cepat hilang.
  • Perhatikan keadaan pokok selepas penggunaan untuk melihat tindak balas tanaman.

Kesilapan Yang Perlu Dielakkan

  • Menganggap Epsom Salt sebagai pengganti penuh baja utama.
  • Menggunakan terlalu banyak sehingga menyebabkan ketidakseimbangan nutrien dalam tanah.
  • Menggunakannya tanpa mengetahui keadaan tanah dan keperluan tanaman.

Kesimpulan

Epsom Salt boleh menjadi salah satu bahan tambahan yang berguna dalam penjagaan tanaman jika digunakan dengan cara yang betul. Kandungan magnesium dan sulfur membantu menyokong pertumbuhan pokok, menjadikan daun lebih hijau serta meningkatkan kualiti bunga dan buah.

Walaupun mudah digunakan, penggunaannya perlu dilakukan secara sederhana kerana setiap tanaman mempunyai keperluan nutrien yang berbeza. Dengan penjagaan yang seimbang, Epsom Salt boleh menjadi salah satu pilihan praktikal untuk membantu menghasilkan kebun rumah yang lebih subur dan sihat.

Continue Reading
Advertisement

Trending