Connect with us

Tips Dan Petua

Tip Buat Sambal Telur Rebus Yang Sedap Ada Umphhh! Kena Letak Sikit Jus Ini

Published

on

Tip Buat Sambal Telur Rebus Yang Sedap Ada Umphhh! Kena Letak Sikit Jus Ini

Sambal telur rebus ini antara yang digemari untuk hidangan tengah hari. Ada sambal ini tambah ikan atau ayam goreng dan cukup lengkap menu.

Kalau biasa masak hidangan ini tumis sambal dan letak telur yang direbus apa kata tukar sikit cara ikut tip yang dikongsi oleh Noor Bariah Ana untuk rasa yang lebih sedap dan umphh. Selain itu sambal yang dimasak cara ini pun warnanya merah dan menarik selera.

Cara Buat Sambal Telur Rebus Goreng Yang Sedap, Warna Merah Menarik

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Sambal Tumbuk Cili Hijau, Nampak Simple Sahaja Tapi Bila Makan Memang Tak Toleh Kiri Kanan Dah!

Bahan-bahan:

  • 10 biji telur rebus (kupas dan goreng dengan api perlahan)

Bahan kisar:

  • 15 biji bawang kecil( bawang banyak baru sambal sedap sambal
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering (potong dan rebus sekejap) lebihkan jika suka pedas

Bahan sos:

  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar gula pasir (kalau suka masakan manis boleh lebihkan)
  • 1 sudu besar pes asam jawa (boleh guna pes)
  • ½ sudu kecil Sunquick Mandarin (inilah yang buat sambal rasa lagi umphhh)
  • Garam
  • Bawang Holland-mayang bulat

Cara membuat:

1. Panaskan minyak (boleh guna semua minyak goreng telur tadi) masukkan bahan kisar dan tumis sekejap dan terus masukkan bahan sos tadi.

2. Tumis kena lama baru sambal cantik merah, dah nak siap baru masukkan garam dan bawang Holland. Masukkan telur kacau sekejap hingga bawang layu boleh tutup api.

Tip waktu masak sambal

  1. Minyak kena lebih, tumis sambal hingga nampak garing.
  2. Tambahkan air panas sikit sikit kemudian tumis lagi. Tambah lagi air panas sampai betul minyak tumisan dah pecah minyak.
  3. Saya tambah air panas banyak kali sampai tumisan saya betul-betul garing dan warnanya gelap.
  4. Tumis lama sikit dan kerap kacau (tapi jangan sampai hangus) barulah akan dapat warna tumisan yang merah dan gelap.

Resipi: Noor Bariah Ana

Tip elak telur meletup letup waktu goreng

Cucuk keliling telur denan garfu sebelum goreng. Tak perlu guna kunyit dan garam lagi.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Buat Sambal Bilis Garing Yang Sedap, Sambal Pekat. Dah Siap Masak, Kena Ceduk Macam Ini

Sumber : Foto & petua Fahanis Ibrahim

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending