Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Sambal Tumbuk Cili Hijau, Nampak Simple Sahaja Tapi Bila Makan Memang Tak Toleh Kiri Kanan Dah!

Published

on

Cara Buat Sambal Tumbuk Cili Hijau, Nampak Simple Sahaja Tapi Bila Makan Memang Tak Toleh Kiri Kanan Dah!

Kebiasaanya sambal lah akan menjadi penambah selera ketika kita makan. Kena gaya bertambah nasi dibuatnya. Dapat pula sambal tumbuk cili hijau macam ni, nampak simple sahaja tapi bila makan dengan nasi panas memang tak toleh kiri kanan dah.

Nak menyediakannya juga sangat ringkas dan mudah. Jika anda ingin cuba boleh ikuti resepi perkongisan Sabariah Sisa ini. Nampak memang simple tapi bila dah kena memang sedap rasanya.

Mari ikuti perkongisan di bawah ini.

Simple sahaja tapi sedap

RESEPI SAMBAL TUMBUK CILI HIJAU

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng, Makan Dengan Nasi Panas Saja Pun Sedap

BAHAN-BAHAN :

  • Cili hijau
  • Ikan bilis
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Belacan
  • Bawang besar
  • Gula & garam

CARA MEMASAK :

1. Bersihkan dahulu cili hijau dan potong supaya senang nak tumbuk.

2. Masukkan ikan bilis, bawang merah, bawang putih dan belacan ke dalam lesung, tumbuk kasar bahan-bahan ini.

3. Masa menumbuk tu boleh masukkan perasa, gula dan garam.

4. Tumbuk lagi. Dah rupa macam ni kira ok dah. Jangan hancur sangat.

5. Kemudian masukkan cili hijau yang dipotong tadi. Letak sikit demi sedikit supaya senang nak tumbuk.

6. Tumbuk sampai cili hijau tu habis.

7. Inilah rupa bila cili hijau dah siap ditumbuk. Tinggal nak tumis saja lagi.

8. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar.

9. Bila bawang dah kekuningan, masukkan semua cili hijau yang ditumbuk tadi. Gaul-gaul sampai masak. Kalau nak tambah perasa boleh, ikut citarasa masing-masing.

Tadaaa, siap dah. Makan dengan nasi panas memang tak toleh kiri kanan dah.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Petua & Cara Masak Sambal Sotong Kembang Yang Sedap Serta Tidak Liat!

Sumber/Foto : Sabariah Sisa

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending