Connect with us

Tips Dan Petua

Petua & Cara Masak Sambal Sotong Kembang Yang Sedap Serta Tidak Liat!

Published

on

Petua & Cara Masak Sambal Sotong Kembang Yang Sedap Serta Tidak Liat!

Sambal sotong kembang ini antara lauk yang sangat sesuai dimakan bersama nasi lemak, lempeng atau pun nasi panas. Maka dengan sebab itu ia antara lauk yang menjadi pilihan ramai ketika membeli nasi lemak di warung-warung.

Namun ramai beranggapan ia susah untuk dimasak, risau kalau hasilnya sotong kembang liat. Jika anda ikuti petua dan resepi perkongisan Har Ryea ini. Hasilnya pasti berbeza, bahkan akan menjadi lebih sedap dan berlemak.

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Ikan Rebus, Sedap Digoreng Dan Tahan Berbulan-Bulan Simpan Dalam Freezer

Mari kita ikuti perkongisan di bawah ini.

Hari ni masak sambal sotong kembang

BAHAN-BAHAN :

  • 3 ekor sotong
  • 6 -7 sdb cili kering kisar (rebus dulu)
  • 2-3 sdb bawang besar kisar
  • 1 sdb bawang putih kisar
  • 1 sdb halia kisar
  • 1-2 biji bawang besar hiris kasar
  • Seketul kecik gula melaka
  • 1 sdk pes asam jawa Adabi
  • Garam & ajinomoto
  • Sedikit gula pasir
  • Semangkuk kecil kacang tanah (goreng & kisar sedikit kasar)

CARA MEMASAK :

1. Bersihkan sotong dan rebus sekejap sahaja. Ikut petua ni, bila air dah mendidih terus padam api. Biarkan seminit dua lepastu toskan dan potong-potong. Ketepikan.

2. Panaskan minyak, goreng bawang besar yang dihiris kasar dan goreng sampai sedikit garing.

3. Masukkan bahan-bahan kisar iaitu bawang besar, bawang putih & halia. Ratakan sekejap.

4. Masukkan cili kering kisar dan gaul rata.

5. Masukkan jugak gula melaka dan terus tumis.

6. Masukkan pula garam, ajinomoto, gula pasir dan sedikit pes asam jawa. Gaulkan rata & biarkan hingga naik minyak.

7. Boleh masukkan sotong. Gaul rata dan masukkan juga kacang tanah goreng yang dah dikisar kasar tadi.

8. Masukkan sedikit air dan gaul lagi. Boleh tambah kacang tanah jika suka.

9. Terus masak hingga sambal naik minyak & wangi. Kena selalu kacau supaya sambal tak hangit.

Siap untuk dimakan. Tahap kepedasan sambal sotong ni korang boleh adjust ikut suka ye. Kalau nak lagi pedas, korang boleh guna cili kering yang lebih kerinting. Lagi kerinting tekstur cili tu, bermaksud lagi pedas rasanya. Mesti korang pun tahu tips ni kan.

ARTIKEL LAIN : Ringkas Je Bahannya Tapi Sedapnya Lain Macam, Resepi Mee Kari Style Chinese Ipoh.

Selamat mencuba.

Sumber/Foto : Har Ryea

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending