Connect with us

Tips Dan Petua

Buat Sambal Bilis Garing Yang Sedap, Sambal Pekat. Dah Siap Masak, Kena Ceduk Macam Ini

Published

on

Buat Sambal Bilis Garing Yang Sedap, Sambal Pekat. Dah Siap Masak, Kena Ceduk Macam Ini

Lauk sambal bilis boleh kata semua menyukainya. Tapi versi paling sedap adalah apabila ikan bilis terasa garing dengan sambal yang pekat.

Sambal bilis ini makan dengan nasi panas macam tu saja pun memang marvellous. Lauk ini juga favorite untuk buat bekal travel atau anak masuk asrama. Jika nak hasil sambal begini, boleh ikut cara yang dikongsi oleh Mariana Zainal.

Buat Sambal Bilis Garing Yang Sedap, Sambal Pekat. Dah Siap Masak, Kena Ceduk Macam Ini

ARTIKEL LAIN : Cara Masak Stok Sambal Hijau Yang Sedap & Tahan Lama.

Bahan-bahan

  • 2 genggam ikan bilis (lebih pun boleh)
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar gula merah (sebab itu warnanya gelap)
  • 1 sudu teh garam
  • Sedikit bahan perasa
  • 1 keping asam keping

Bahan kisar

  • 40 tangkai cili kering
  • 3 biji bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar ikan bilis yang dah dikopek
  • 1 dan 1/2 cawan minyak masak (nak lebih pun boleh)

Cara membuat

1. Goreng ikan bilis sampai garing kemudian tos dan biarkan sejuk.

2. Masukkan bahan kisar dan asam keping dalam kuali. Tumis guna api sederhana sambil kacau.

3. Bila sambal dah mula mendidih, naik minyak elok dan bertukar warna masukkan gula, garam dan bahan perasa.

4. Masak hingga sambal berbuih kecil, berwarna gelap dan pekat. Kemudian boleh tutup api, biarkan betul-betul sejuk.

5. Bila sambal dah sejuk boleh masukkan ikan bilis yang dah digoreng garing tadi. Ceduk atau buang lebihan minyak, boleh simpan dalam bekas.

Boleh simpan bekas yang sesuai.

Selamat mencuba.

ARTIKEL LAIN : Rahsia Buat Pes Tomyam Paling Kaw Caranya Tak Susah Pun

Sumber: Mariana Zainal.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Tanam Pokok Pudina Guna Pucuk, Cepat Hidup Dan Mudah Membiak

Published

on

Cara Tanam Pokok Pudina Guna Pucuk, Cepat Hidup Dan Mudah Membiak

Pokok pudina antara herba yang sangat popular ditanam di rumah kerana mudah dijaga dan mempunyai banyak kegunaan. Daunnya sering digunakan dalam minuman, masakan dan pelbagai hidangan kerana aroma segarnya yang menyenangkan.

Menariknya, pokok pudina juga sangat mudah dibiakkan. Dengan teknik yang betul, hanya beberapa pucuk sahaja sudah cukup untuk menghasilkan banyak pasu baru dalam masa yang singkat.

Bagi yang ingin berjimat dan mahu menambah koleksi tanaman herba di rumah, kaedah tanam pudina menggunakan pucuk adalah antara cara paling mudah dan cepat berhasil.

Kenapa Ramai Pilih Tanam Pudina Guna Pucuk?

Berbanding kaedah rendaman batang dalam air, teknik menggunakan pucuk lebih cepat untuk menghasilkan akar dan pertumbuhan baru.

Selain itu, ia juga lebih praktikal kerana tidak memerlukan banyak peralatan. Dengan hanya beberapa batang pudina matang, pokok baru boleh dibiakkan berkali-kali.

Pilih Medium Tanah Yang Sesuai

Pokok pudina memerlukan tanah yang ringan, gembur dan mudah menyimpan kelembapan.

Antara medium yang sesuai ialah tanah organik atau campuran tanah sawit yang mempunyai saliran air yang baik. Tanah yang terlalu padat boleh menyebabkan akar sukar berkembang.

Gunakan Pucuk Yang Sudah Matang

Pemilihan pucuk memainkan peranan penting untuk memastikan pokok cepat hidup.

Pucuk yang matang biasanya mempunyai batang berwarna sedikit ungu atau keperangan muda. Pucuk jenis ini lebih kuat dan mempunyai kadar hidup yang lebih tinggi.

Elakkan menggunakan pucuk yang terlalu muda kerana batangnya masih lembut dan mudah layu selepas ditanam.

Cara Tanam Pucuk Pudina

Selepas memilih pucuk yang sesuai, cucukkan batang pudina ke dalam tanah yang sudah digemburkan.

Kemudian siram sehingga tanah benar-benar lembap. Pastikan air mencukupi supaya pucuk cepat menyesuaikan diri dengan medium baru.

Simpan Di Tempat Teduh Pada Peringkat Awal

Selepas ditanam, letakkan pasu di kawasan teduh selama satu hingga dua minggu.

Pada peringkat ini, elakkan cahaya matahari secara terus kerana pucuk masih belum mempunyai akar yang kuat. Jika berjaya hidup, daun akan kekal hijau dan mula mengeluarkan tunas baru.

Dedahkan Kepada Cahaya Matahari Secara Beransur

Apabila pokok mula stabil dan tumbuh daun baru, barulah ia boleh didedahkan kepada cahaya matahari secara perlahan-lahan.

Pokok pudina yang sudah matang sebenarnya boleh hidup dengan baik di bawah cahaya matahari penuh asalkan mendapat air yang mencukupi.

Pembajaan Ringan Untuk Pertumbuhan Lebih Subur

Selepas usia pokok mencecah sekitar dua minggu, sedikit baja boleh diberikan untuk membantu pertumbuhan daun dan akar.

Gunakan baja dalam kuantiti kecil sahaja kerana pokok pudina tidak memerlukan baja yang terlalu banyak.

Kelebihan Tanam Pokok Pudina Di Rumah

  • Mudah dijaga dan cepat membiak
  • Boleh digunakan dalam minuman dan masakan
  • Menjimatkan kos membeli herba segar
  • Memberi aroma segar di kawasan rumah
  • Sesuai ditanam dalam pasu atau ruang kecil

Penutup

Menanam pokok pudina menggunakan pucuk memang antara cara paling mudah untuk mendapatkan banyak anak pokok dalam masa singkat.

Dengan penjagaan asas seperti siraman yang cukup, tanah yang sesuai dan pencahayaan yang betul, pokok pudina boleh tumbuh subur dan cepat membiak di rumah.

Bagi yang baru mahu mula berkebun herba, pokok pudina memang sangat sesuai dijadikan tanaman permulaan.

Continue Reading
Advertisement

Trending