Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Mudah Buat Sendiri Mi Basah Di Rumah, Dijamin Bersih

Published

on

Cara Mudah Buat Sendiri Mi Basah Di Rumah, Dijamin Bersih

Rupanya senang sangat kalau mak-mak nak buat sendiri mee kuning di rumah. Yang paling penting tidak menggunakan bahan pengawet seperti asid borik, air kapur mahupun perasa tambahan.

Selain nasi, menu hidangan seperti mee goreng turut menjadi kegemaran anak-anak untuk dijadikan santapan pagi atau petang. Jadi, apa kata anda cuba buat mee basah sendiri dimana lebih dijamin bersih dan boleh dibuat dalam kuantiti yang banyak. Tak perlu was-was dan beli di kedai lagi!

Hanya perlu menggunakan 4 bahan utama yang mudah untuk didapati iaitu tepung gandum, garam, telur dan serbuk kunyit.  Jom kita buat mee sendiri, murah, bersih dan tentu halal. Anda pasti kagum bila lihat hasilnya.

RESEPI BUAT SENDIRI MI BASAH DI RUMAH

ARTIKEL LAIN : Mudah Rupanya Buat Sendiri Kuetiau. Cuma Bancuh 2 Jenis Tepung & Kukus!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan tepung gandum – diayak
  • Secubit serbuk kunyit
  • Secubit garam halus
  • Air – tiada sukatan tepat tapi air perlu dituang sedikit demi sedikit sehingga tepung menjadi doh

CARA MEMASAK:

1. Satukan tepung, serbuk kunyit dan garam. Gaul.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambal uli tepung hingga menjadi doh.

3. Bila selesai menjadi doh, rehatkan selama 10 minit.

4. Uli doh kembali secara berulang kali sehingga menjadi doh yang sebati. Kemudian leperkan dan gelek menggunakan mesin mee manual sebanyak 3 kali.

5. Hasil doh yang digelek tadi menjadi kepingan seperti kain. Selain dibuat mi, kepingan doh ini juga boleh ditekap untuk dijadikan kulit dumpling.

6. Selaraskan mata mesin dan lalukan kepingan doh untuk menghasilkan mi.

7. Gumpalan mi yang siap dipotong.

8. Didihkan air dan rebus mi selama 6 minit. Kemudian tos dan rendam sekejap dalam air sejuk. Ia bertujuan untuk mengekalkan tekstur kekenyalan mi.

9. Mi yang siap tadi boleh dimakan bersama sup. Sup yang empunya resipi buat ini adalah Sup Sayur sahaja. Sesuai untuk dimakan oleh anak-anak.

RESIPI SUP SAYUR

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ulas bawang putih – diketuk
  • 1 sudu makan minyak masak
  • Air secukupnya
  • Sedikit serbuk pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • Sawi jepun
  • Lobak merah

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan air secukupnya diikuti serbuk pati ayam dan garam halus.
  3. Bila kuah mendidih, masukkan sawi jepun dan lobak merah. Masak hingga sayur lembut.
  4. Angkat dan hidangkan bersama mi.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN :  Tips Masak Mi G0reng Sedap. Bawang Putih Kena Lebih & Tuang Sedikit Bahan Ini

Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending