Connect with us

Tips Dan Petua

Teknik Supaya Sotong Tak Berair Lepas Masak Dan Kekal Pejal

Published

on

Teknik Supaya Sotong Tak Berair Lepas Masak Dan Kekal Pejal

Kebiasaanya makanan laut seperti sotong akan berair dan kurang pejal apabila di masak. Ada teknik yang boleh anda cuba untuk memastikan sotong tidak berair ketika dimasak, kekal pejal, lembut dan juicy.

Teknik yang digunakan oleh nelayan Korea dikongsikan oleh Noris Nora memang berkesan. Hasilnya akan akan menikmati hidangan sotong yang lebih enak dan sedap.

Mari ikuti perkongsian di bawah ini.

TEKNIK MASAK SOTONG TAK BERAIR DAN KEKAL PEJAL

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Sotong Rebus Serai. Lauk Mudah Masak Yang Sedap

Sekadar perkongsian, cara saya cuci sotong. Dulu saya pernah tengok dokumentari nelayan Korea.

Mereka basuh sotong kurita cara ni, saya cuba dan hasilnya memang sotong jadi pejal dan tidak berair bila kita masak.

Tak perlu lagi rebus sebelum nak masak.

CARA-CARANYA :

1. Potong sotong ikut saiz yang dikehendaki.

2. Taburkan garam kasar dalam satu-dua dalam bekas berisi sotong (boleh juga guna garam halus tapi lebih baik garam kasar).

3. Gaul dan ramas sotong bersama garam kasar.

4. Ramas sampai keluar buih macam sabun.

Sotong akan keluarkan buih-buih seperti buih sabun. Ramas-ramas sotong dalam 5 minit atau sampai rasa sotong tu pejal.

5. Setelah semua buih keluar dan sotong rasa pejal, basuh bersih sehingga hilang air buih air garam. Insya-Allah sotong tak masin jika basuh bersih.

6. Kemudian tos kan sotong.

Bole masak seperti biasa. Insya-Allah sotong tak keluarkan banyak air dan pejal walaupun dah masak.

Selamat mencuba

Sumber/Foto: Noris Nora

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Resipi Kacang Botol Goreng Belacan, Makan Sekali Terus Tambah Selera

Published

on

Resipi Kacang Botol Goreng Belacan, Makan Sekali Terus Tambah Selera

Tak lengkap sesuatu hidangan nasi dan lauk tanpa sayur yang sedap. Jika begitu, anda boleh cuba resipi Kacang Botol Goreng Belacan pada hari ini.

Kacang botol juga dikenali sebagai kacang kelisa atau kacang botor, merupakan sejenis sayuran yang cukup popular di Malaysia.

Resipi Kacang Botol Goreng Belacan yang dikongsikan oleh Adam Abdullah di Facebook ini menggunakan jalan kerja yang sangat mudah. Jom cuba!

RESIPI KACANG BOTOL GORENG BELACAN

Orang-orang kampung suka tanam pokok kacang botol di luar rumah kerana sayur ini sering digunakan dalam pelbagai masakan tempatan seperti ulam-ulaman, sayur tumis dan kerabu.

Kacang Botol sangat kaya dengan nutrien seperti protein, vitamin, dan mineral, di samping mempunyai sifat antioksidan yang bermanfaat untuk kesihatan.

Bahan-bahan:

  • 20 batang kacang botol
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 3 batang cili hijau*
  • 10 batang cili padi (nak pedas lagi boleh tambah)
  • Satu genggam ikan bilis*
  • Satu sudu belacan*

Cara-cara:

1. Hiris kacang botol secara kecil-kecil, kemudian basuh bersih-bersih.

2. Kisar atau tumbuk semua bahan yang bertanda (*).

3. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang telah dikisar tadi sehingga pecah minyak dan garing.

4. Masukkan garam dan perasa, kemudian masukkan kacang botol yang telah dipotong tadi.

5. Gaul rata dan masukkan sedikit air. Jika suka berkuah, boleh letak air banyak sikit.

6. Biarkan mendidih dan garing, kemudian boleh angkat. Siap untuk dihidang!

Resipi Kacang Botol Goreng Belacan ini cukup sesuai untuk mereka yang sukakan sayur ringkas. Tambahan pula, cara memasaknya tak begitu renyah.

Rasa pedas yang memikat dengan kerangupan kacang botol pasti membuatkan anda berselera makan, silap-silap boleh bertambah nasi dibuatnya.

Jangan lupa untuk hidangkan Kacang Botol Goreng Belacan di rumah sebagai hidangan buat seisi keluarga pada hari ini.

Selamat mencuba!

Sumber : Adam Abdullah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending