Connect with us

Tips Dan Petua

Kipas Siling Dah ‘Slow’ Begini Cara Lajukan Semula Sangat Mudah Dan Jimat

Published

on

Kipas Siling Dah ‘Slow’ Begini Cara Lajukan Semula Sangat Mudah Dan Jimat

Menukar kipas ceiling sama ada di dalam bilik atau di ruang tamu sebenarnya boleh memakan kos yang tinggi. Mana tidaknya, satu kipas automatik boleh mencecah harga ratusan ringgit tidak termasuk dengan upah memasangnnya lagi.

Namun, ada satu cara untuk anda lajukan semula kipas tanpa menggunakan bajet yang tinggi. Habis dalam RM 5.00 sahaja!

KIPAS DAH SLOW? INI CARA UNTUK LAJUKANNNYA!

ARTIKEL LAIN : Kaedah Mudah Bersihkan Kipas Siling Tanpa Kotorkan Rumah Lebih Senang

1. Mula-mula buka bawah ni ikut arah lawan jam.. sebab board dan kapasitor dok dalam ni

2. Bila buka dia terburai mcm ni la.. ada klip tu, tekan klip tu supaya kita boleh bawa turun belas ni

3.Bila dah bawa turun letak atas lantai.. cari kapasitor kipas, kapasitor kipas ni dah terbakar.. yang ada wayar kelabu dan merah tu.. cabut kapasitor tu dan p kedai beli.. yang dulu 2.0 ja saya beli 2.5 laju sikit

4. Ini adalah kapasitor yang lama.. yang baru saya lupa nak snap sebab kalut dengan anak.. saya bawa p kedai cari jenis ni tak ada, jadi saya beli yang lain.. wayar dia saya sambung.. tgk dalam pic seterusnya

5. Ok..nmpk tak kapasitor baru yang saya pasang.. disebabkan wayar tu xdak jadi saya sambungkan saja wayar kapasitor baru dgn wayar lama.. balut dengan selotep hitam.. dan pasang balik..

6. Lepastu, tutup bekas tu dan pasang balik 3 skru tu balik.. dan pasang macam mula-mula bukak tadi.. dan siappp.

7. Ni hasilnya, alhamdulillah laju betoi kipas ni pusing.. terima kasih semua..

Sumber : Kelab Kaki DIY

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Nak Hasil Pokok Jambu Madu Sedap, Manis, Warna Merah Cantik, Kena Buat 4 Tip Mudah Ini

Published

on

Nak Hasil Pokok Jambu Madu Sedap, Manis, Warna Merah Cantik, Kena Buat 4 Tip Mudah Ini

Ramai yang tanam pokok jambu madu di kawasan rumah atau kebun. Ini kerana cara penanaman dan penjagaannya agak mudah. Ia boleh ditanam melalui keratan ranting saja.

Cuma yang membezakan adalah buah yang dihasilkan. Semestinya kita mahu hasil buah pokok jambu madu yang ditanam ini manis dan sedap, bukan sekadar manis biasa-biasa saja. Dapat pula warnanya yang merah menyala cantik, lagi puas hati.

Bagi menghasilkan buah jambu madu yang sebegini, ada tip yang perlu dipraktikkan. Dikongsi oleh Pyan Sempoi ini panduannya.

Tip Dapatkan Hasil Jambu Madu Yang Terbaik

Musim panas ni buah jambu madu Red Taiwan sangat sedap dan manis. Warna pun merah cantik. Sengaja petik awal sebab tak sabar nak rasa. Sepatutnya tunggu bulu pada buah jadi hitam barulah dipetik. Ini tanda buah betul-betul matang dan lebih manis.

Tip untuk dapatkan hasil jambu madu atau air yang terbaik;

1. Kena kurang atau jarangkan buah dalam satu tangkai. Jangan biar terlalu banyak dalam satu tangkai. Kemudian buah ini perlu dibungkus.

2. Bila buah jambu dah besar kena kurangkan air sewaktu siraman. Tapi jangan terlalu kurang sampai pokok layu. Siram cukup-cukup saja.

3. Beri baja tinggi nilai K

Baja tinggi K (kalium) ini adalah untuk dapatkan buah yang berkualiti.

4. Tabur atau sembur epsom salt atau garam bukit atau baja kalsium magnesium. Garam epsom berfungsi menjadikan hasil pokok buah lebih manis, benih cepat bercambah, rawat daun pokok sayur kuning, kerinting, mengelak serangan perosak dan banyak lagi.

Semoga bermanfaat

Sumber: Pyan Sempoi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending