Connect with us

Tips Dan Petua

Peniaga 20 Tahun ‘Share’ Cara Bancuh Tepung Goreng Pisang Paling Rangup & Tahan Lama

Published

on

Peniaga 20 Tahun ‘Share’ Cara Bancuh Tepung Goreng Pisang Paling Rangup & Tahan Lama

Tiba sahaja waktu minum petang, pasti ramai dalam kalangan kita yang mencari menu kudap-kudapan dan yang paling popular adalah pisang goreng. Namun, setiap kali buat bancuhan tepung goreng pisang ini di rumah pasti tidak akan menjadi rangup dan tahan lama macam yang dibeli di gerai jualan makcik-makcik di luar sana.

Oleh itu, ada satu perkongsian resepi bancuhan tepung goreng pisang yang ‘dibocorkan’ rahsia oleh peniaga sendiri. Malah, bancuhan tepung ini bukan sahaja sangat sesuai untuk pisang sahaja, malah keledek dan tauhu pun boleh digunakan. Jom cuba!

Ini niaga gorengan saya. Pisang, keledek, roti, kuih rengas@kasturi. Saya niaga dah lebih 20 tahun, Alhamdulillah customer suka tepung goreng saya, sebab rangup dan tak berminyak.

RESEPI BANCUHAN TEPUNG GORENG PISANG RANGUP DAN TAHAN LAMA

ARTIKEL LAIN : Resepi Keledek Goreng Rangup. Memang Sedap, Sama Macam Orang Jual!

Tadi ada sahabat minta resepi bancuhan tepung goreng yang rangup dan tahan lama. Nah saya share resepinya, resepi cara saya. Rasanya banyak sahabat-sahabat yang niaga goreng pisang dan lain-lain resepinya mungkin tak sama. So janganlah ada yang toxic nak compare resepi orang, cara kita tak sama. So kita raikan bersama.

VERSI TEPUNG BERAS :

Saya guna tepung cap teratai, tepung ni memang elok untuk goreng-goreng. Saya bagi sukatan cawan ye senang, kalau nak buat banyak boleh gandakan sukatan.

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu tepung ubi
  • 1 sudu teh air kapur
  • 1 sudu teh gula, gula ni gunanya untuk merangupkan lagi tepung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 11/2 cawan air
  • Pewarna kuning telur, saya guna yang serbuk, warna dia soft
  • Bancuhan ni dah cukup, tak cair sangat tak pekat sangat ya

VERSI TEPUNG GANDUM :

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu tepung kastard
  • 2 sudu minyak
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 11/2 cawan air

Untuk versi ni, tak perlu pewarna, sebab tepung kastard dah kuning

Bancuh semua, nak senang, blendkan saja

Kalau nak blend, masukkan air dulu baru tepung, jadi tak melekat tepung dekat jug blend tu. Ikut la mana-mana versi resepi yang disukai.

CARA MENGGORENG :

1.Panaskan minyak, betul-betul panas ya kalau nak dapatkan kerak-kerak dia macam dekat gambar tu.

2.Masukkan pisang, jangan penuh sangat dekat kuali, bila dah cukup, terus terbalikkan, tak nak nanti pisang melekat satu sama lain.

3.Kecilkan sikit je api, bagi pisang tak rentung, tapi jangan kecil sangat, nanti tepung lemau dan serap minyak.

4.Kalau untuk roti, tak perlu balikkan ya, biar dia kekuningan baru terbalikkan, cukup sekali balik je.

*Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Buat Sendiri Kerepek Pisang Rangup, Enak & Nipis, Waktu Goreng Letak Marjerin & Air Garam

Sumber: Zulkifli Mat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending