Connect with us

Tips Dan Petua

Orang Johor Kongsi Rahsia Buat Sambal Kicap ‘Kick’, Baru Menjadi

Published

on

Orang Johor Kongsi Rahsia Buat Sambal Kicap ‘Kick’, Baru Menjadi

Kalau anda ke Johor, jangan lepaskan peluang mencuba pisang goreng dicicah bersama sambal kicap. Bukan pisang goreng sahaja boleh, sukun goreng dan tempe pun boleh. Wah!

Biasanya, hanya orang Johor sahaja yang pandai buat sambal kicap kerana ada bahan rahsia perlu letak untuk dapatkan sambal kicap padu. Nak tahu macam mana? Ikuti perkongsian resepi di bawah.

ORANG JOHOR KONGSI RAHSIA BUAT SAMBAL KICAP KICk

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Sendiri Sos Keropok Lekor, Resipi Original Dari Terengganu

Saya ni orang Johor wajib ada sambal kicap dalam peti ais. Sambal kicap ni boleh dimakan dengan soto, dicicah dengan goreng pisang, keledek, tempe, tauhu dan macam-macam lagi. Ini saya nak share cara saya buat sambal kicap. Boleh tahan berbulan simpan di peti ais.

Bahan-bahan:

  • Cili padi 30 bj
  • Bawang putih – 2 labu (digoreng hingga perang)Kicap masin – ½ botol atau ikot paras cili dlm jug blender
  • Cuka/air limau – 3 sudu besar
  • Gula – 5 sudu besar

Cara penyediaan:

Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar. Jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.

Makan dengan keledek goreng waktu petang memang sedap. Puas hati.

Selamat mencuba!

Sumber : Norhayati Ismail Tang

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Buat Sendiri Ikan Pari Bakar, Guna Cara Ini Buat Sambal Yang Sedap & Mudah

Published

on

Buat Sendiri Ikan Pari Bakar, Guna Cara Ini Buat Sambal Yang Sedap & Mudah

Cara buat ikan pari bakar ini dikongsi oleh Erma Azizie. Cukup ringkas dan boleh sangat untuk membuatnya sendiri di rumah.

Jika selama ini makan hidangan di restoren, apa kata cuba buat sendiri. Paling penting sambalnya kena banyak barulah terasa keenakan ikan pari bakar.

Cara Buat Ikan Pari Bakar Dengan Sambal Sedap Dan Mudah

Bahan-bahan

  • 3 ekor ikan pari saiz sederhana dipotong 2
  • Daun pisang
  • Aluminium foil
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Asam keping
  • Daun limau purut -dimayang halus
  • Daun kunyit -dimayang halus & buang urat tengah

Bahan kisar

  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus)
  • 3 batang cili besar
  • 4 batang cili padi

Cara membuat

1. Cuci bersih ikan pari dan tos.

2. Untuk menyediakan sambal ikan bakar, panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sampai garing.

3. Masukkan asam keping, garam, gula, serbuk perasa. Kacau sebati.

4. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Gaul rata dan tutup api.

5. Ambil aluminium foil, lapik dengan daun pisang. Letak sedikit sambal atas daun pisang kemudian tindan engan ikan. Kemudian letak lagi sambal di atas ikan.

6. Balut ikan dan bolehlah dibakar hingga masak menggunakan pemanggang atau oven. Jika menggunakan oven tetapkan suhu 200°c danbakar dalam 30 – 40 minit dengan api atas bawah.

Selamat mencuba

Sumber: Erma Azizie

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending