Connect with us

Tips Dan Petua

Perkara Asas Pasal Kereta Untuk Pemandu Wanita Ambil Tahu

Published

on

Perkara Asas Pasal Kereta Untuk Pemandu Wanita Ambil Tahu

Penting ‘lady driver’ atau pemandu wanita ambil tahu pasal kereta. Bab enjin, tukar tayar malah pusat servis kereta. Sebabnya bila kereta breakdown di tengah-tengah perjalanan, anda takkan panik. Tahu bagaimana nak selesaikan masalah dalam masa yang singkat.

“Tatkala memegang kunci pertama kereta milik sendiri, memang teruja dan tidak sabar untuk memandu pulang. Saat itu memang dah tidak peduli apa yang di belakang, yang penting keselesaan dan pergerakan untuk ke tempat kerja dan aktiviti berhujung minggu lebih mudah bagi anda. Inilah silap orang perempuan, hanya tahu guna kereta sahaja dan bila enjin kereta tidak dapat dihidupkan mulalah menga muk sakan.”

Perkongsian Azbi Centre ini memberi panduan kepada pemandu wanita untuk belajar dan ambil info mengenai apa yang patut mereka tahu dan perkara wajib ‘lekat’ dalam kepala tentang kereta:

Pemandu Wanita Ambil Tahu Perkara Asas Pasal Kereta

ARTIKEL LAIN : Cara Hapuskan Bau Tak Sedap Dalam Kereta. Tak Perlu Guna Pewangi, Kereta Bau Harum & Segar

1. Ketahui Model, Tarikh Keluaran Dan Pembuatan

Nampak macam remeh sahaja kan? Tapi bila anda tidak tahu tentang tahun keluaran model kereta anda, ia boleh mengundang bermacam masalah. Aksesori, bahagian fungsi kereta dan jenis servis bergantung pada tahun keluaran kereta tersebut. Jadi ia sebenarnya amat penting untuk mengenali kereta anda seperti mengenali bakal jodoh ya!

2. Kenali Bahagian Asas Kereta Dan Fungsinya

Terdapat beberapa bahagian asas kereta yang memang anda wajib tahu supaya nanti bila ada sebarang kerosakan minor anda dah boleh mengecam apa yang patut ditukar.

3. Tayar, Tayar Dan Tayar!

Tanpa tayar, memang tidak bergeraklah kereta anda kemana-mana tapi tanpa tayar yang baik juga boleh membaha yakan keselamatan. Tayar kereta memerlukan tekanan udara yang seimbang, corak bunga tayar yang baik untuk cengkaman jalanraya dan jenis tayar yang sesuai dengan kelebaran ring tayar kereta anda.

4. Sediakan Jadual Servis Kereta

Setiap kereta apabila ia mencecah per kilometer yang ditetapkan wajib dihantar servis untuk menyesuaikan keadaan kapasiti baru kereta tersebut. Jadi anda kena sentiasa berwaspada kilometer kereta anda, sediakan jadual servis kereta supaya ia juga tidak terganggu dengan jadual harian anda.

5. Belajar Cara ‘Jump’ Bateri Kereta

Sentiasa pastikan kabel jumper berada di dalam kereta, tanpa kita sedar kita bakal memerlukannya jika bateri kereta sudah habis. Ma tikan enjin kereta anda. Letakkan pengepit bewarna merah di pusat positif (+) bateri yang kering dan pengepit merah lagi satu di (+) bateri kereta yang hidup. Pengepit warna hitam diletakkan di pusat negatif (-) bateri dan pastikan pengepit hitam yang kedua diletakkan permukaan logam tidak bercat kereta bagi mengelakkan percikan api berba haya. Hidupkan enjin kereta dan mulakan jump, lakukan selama sekurang-kurang setengah jam untuk mengecas semula bateri yang m4 ti.

6. Simpan Nombor Telefon Mekanik

Siapa tahu anda mungkin berlaku kece masan di luar bandar atau di kawasan yang tiada pusat kereta terdekat. Inilah gunanya menyimpan nombor telefon mekanik ditempat yang sentiasa menghantar kereta. Cuma pastikan anda sudah mengenali ‘abang’ mekanik tersebut jadi tidak lah akward untuk meminta tolong.

Semoga Manfaat!

Sumber : akakpesan.com

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Ayam Goreng Kari Ini Sedapnya Memang Lain Macam. Kalau Ratah Lagi ‘Ketagih’

Published

on

Ayam Goreng Kari Ini Sedapnya Memang Lain Macam. Kalau Ratah Lagi ‘Ketagih’

Ayam goreng memang kegemaran ramai, terutama kalau makan panas-panas. Sama ada buat ayam goreng kunyit atau ayam goreng berempah.

Tapi kalau nak lain sikit dan sedap boleh cuba ayam goreng kari pula. Nak buat pun mudah, cuma kisar bahan, gaul, dan goreng. Ratah waktu panas memang sedap. Boleh ketagih dibuatnya. Sedapnya memang lain macam. Jom cuba ikut resipi Bella Shabudin

Ayam Goreng Kari Ini Sedapnya Memang Lain Macam

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Buat Ayam Bakar Mayonis, Tinggal Perap Kemudian Bakar Je

Biasa kan kalau ayam goreng kita goreng kunyit je kan. Kalau rajin sikit jadi ayam goreng berempah. Tapi kali ini nak share resipi campak campak ayam goreng kari. Jom kita mulakan.

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam

Bahan A:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 5 tangkai cili kering
  • 5 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu makan lada sulah
  • Garam secukup rasa

Bahan B:

  • 1 biji telur
  • 1 tangkai daun kari
  • 6 sudu makan tepung jagung
  • 6 sudu makan tepung gandum

Cara membuat

1. Kisar kesemua bahan A.

2. Gaul ayam bersama bahan A dan B.

3. Perap selama sejam.

4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.

5. Sedia dihidangkan.

Selamat mencuba.

Sumber : Bella Shabudin

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending