Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Puding Buah Naga Susu Paling Mudah & Sedap (Dragon Fruit)

Published

on

Cara Buat Puding Buah Naga Susu Paling Mudah & Sedap (Dragon Fruit)

Apa kata anda cuba buat sendiri pencuci mulut iaitu agar-agar berasaskan buah naga atau dragon fruit yang kami kongsikan iaitu resepi puding buah naga susu yang sedap dan mudah ini.

Makanan pencuci mulut seperti puding buah-buahan ini biasanya amat disukai oleh kanak-kanak dan tak kurang juga orang dewasa.

Lebih-lebih lagi buah dragon fruit ini rasanya sangat manis dan sedap. Resepi puding buah naga susu ini dikongsikan oleh Puan Nurhayati Abd Malek menerusi laman facebook.

Cara Buat Puding Buah Naga Susu Paling Mudah

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Agar Agar Lumut Yang Tak Renyah Proses, Manisan Popular Orang Dulu-Dulu!

Sebelum anda membuat puding buah naga ini, anda wajib tahu tentang info penting yang disampaikan oleh Puan Nurhayati iaitu, bancuhan agar-agar bertali lihat cara buat di belakang paket. Yang saya gunakan, meminta saya bancuh 1500 mls air. Jadi saya bahagikan dua 750 mls campur 750 susu cair. Cara masak puding buah naga susu ini, anda boleh lihat seperti di bawah.

Bahan-bahan Puding Buah Naga

  • 1 biji buah naga (isi merah)
  • 1 paket agar-agar bertali 20 gram
  • 750 mls susu cair
  • 750 mls air kosong
  • 1 cawan gula kastor (boleh kurangkan)

Nota : Untuk resepi puding buah naga ni, saya guna loyang 7 inci.

Cara-cara: 

Mula-mula, buah dragon fruit ni potong dulu kecik-kecik. Ikut lah nak potong memanjang ke dadu ke janji boleh muat masuk mulut. Dah siap, ketepikan dulu.

Dalam periuk, masukkan agar-agar dan juga air dahulu. Buka api dan kacau sedikit hingga agar-agar tadi cair dan mendidih.

Bila tali agar-agar tadi dah mencair kesemuanya, masukkan pula susu cair. Kacau lagi susu ni supaya tak hangit. Api kena jaga.

Apabila dah sebati boleh masukkan gula ikut citarasa kalian. Saya tulis je 1 cawan, boleh kurang kan. Boleh rasa sikit. Kalau kurang manis puding buah naga, tambahlah gula. Kalau dah cukup, tak perlu tambah.

Kacau hingga gula sebati.

Masukkan buah naga atau dragon fruit itu tadi yang telah siap dipotong mengikut citarasa masing-masing.

Kacau lagi, kerja kita kalau buat puding buah naga ni memang kena selalu kacau, kalau tak berketul lah nanti. Kemudian tutup api dan masukkan dalam loyang yang disediakan tadi.

Biarkan sekejap supaya sejuk, kemudian masukkan ke dalam peti ais anda.

Tat-tadaaa! Inilah resepi puding buah naga susu. Siaplah sudah puding buah naga kita! Sedap makan waktu sejuk. Ah, segar tekak.

Selain buah dragon fruit merah anda boleh juga menggunakan buah naga yang isi berwarna putih dan rasanya mungkin agak berlainan.

Selamat mencuba!

Sumber : Nurhayati Abd Malek

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending