Connect with us

Tips Dan Petua

Masalah Aircond Kereta Tak Sejuk, Sebab Benda Kecil Harga RM18 Ini Ramai Kena Tipu Beratus Ringgit

Published

on

Masalah Aircond Kereta Tak Sejuk, Sebab Benda Kecil Harga RM18 Ini Ramai Kena Tipu Beratus Ringgit

Masalah aircond kereta yang tak sejuk atau kadang-kadang sejuk dan panas semula memang memeningkan. Sebab selalunya ia akan makan banyak modal.

Tapi ada juga masalah aircond kereta kecil saja tapi dek kerana tiada ilmu, ada yang kena tipu dengan workshop. Habis beratus-ratus atau beribu ringgit namun masalah aircon yang tak sejuk tak juga setel.

Antaranya kerana alat kecil yang dipanggil relay. Perkara ini dijelaskan oleh mekanik dari akaun TikTok Altimat Auto Garage. Menurut beliau ramai yang menjadi mangsa ditipu terutama wanita oleh workshop akibat masalah aircond ini hingga habis ratus ringgit.

Masalah Aircond Kereta Tak Sejuk, Sebab Benda Kecil

ARTIKEL LAIN : Modal Tak Sampai RM15, Lelaki Ini Ajar Cara Nak Hilangkan Kesan Calar Pada Kereta

“Aircond kereta ada masalah sekejap panas sekejap sejuk. Tapi jangan sampai kena tipu disebabkan benda kecil ini. Alat ini namanya relay.

“Ramai yang kena tipu terutamanya wanita oleh bengkel bila pergi untuk baiki masalah aircond kereta sebegini.

“Pomen bengkel akan kata compressor rosak, condenser rosak, kipas aircond rosak dan macam-macamlah.

“Tapi bila dah tukar semua dan dah kena ratus-ratus, aircon tetap bermasalah. Sejuk sekejap saja, lepas sehari dua panas balik.

“Kalau jadi macam ni cuba try check relay ini. Alat ini terletak dalam fuse box dan kita boleh check sendiri kat rumah. Buka bonet dan cari fuse box dan tengok instruction.

“Cari AC iaitu aircond, perhati kedudukannya dan buka relay dan just tukar saja. Boleh pergi kedai spare part dan beli sendiri. Harganya dalam RM18-RM 20 saja. Kemudian tukar sendiri.

“Sebelum kena tipu habis ratus ratus atau ribu-ribu baik cuba dulu cara paling murah dan mudah. Kalau dah tukar relay dan masih tak sejuk juga barulah pergi bengkel untuk check,”pesan beliau.

Semoga Manfaat!

ARTIKEL LAIN : Jika Brek Kereta Ada 3 Tanda-Tanda Ni Ia Bermakna Sudah Tiba Masanya Untuk Diganti

Boleh juga tonton video penuh seperti di bawah;

Sumber : TikTok Altimat Auto Garage

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending