Connect with us

Tips Dan Petua

Tip Anak Benih Pokok Cili Naik Seragam & Subur, Lepas Semai Bungkus 5 Hari

Published

on

Tip Anak Benih Pokok Cili Naik Seragam & Subur, Lepas Semai Bungkus 5 Hari

Nak tanam pokok cili biasanya biji benih direndam dulu sebelum disemai. Biji benih yang tenggelam akan disemai manakala yang timbul diasingkan kerana ini tanda ianya sudah rosak.

Tapi walau pun dah praktik cara ini ada juga yang biji benih yang disemai tak juga tumbuh. Jadi di mana silapnya? Penjelasan tentang biji benih cili daripada Azuan Abdullah boleh dijadikan rujukan sekiranya mahu menanam pokok ini.

Punca biji benih pokok cili tak tumbuh. Jika biji benih cili yang dah direndam tak juga tumbuh, ada 3 kemungkinan yang dihadapi

Tip Anak Benih Pokok Cili Naik Seragam & Subur

ARTIKEL LAIN : Sayur Lebih Selamat Dimakan Guna Nasi Saja Buat Racvn Organik Sendiri Jimat Kos

1. Disebabkan kualiti benih tersebut. Mungkin biji benih yang disemai kurang berkualiti iaitu kadar percambahannya sangat rendah.

2. Biji benih terlalu lama dan cara simpanan yang kurang tepat. Untuk kekalkan kadar percambahan yang tinggi, biji cili perlu disimpan didalam peti (bukan tempat beku).
Biasanya, biji cili yang dibiarkan pada suhu bilik selama 2 bulan, kadar percambahannya mulai merosot sehingga kurang 50%.

3. Kemungkinan disebabkan kesilapan semasa menyemai. Benih cili antara benih yang agak susah tumbuh. Tak kena cara semai, ia tak tumbuh sepenuhnya.

Semasa hendak menyemai, kita boleh pilih sama ada nak rendam dulu atau pun tak. Keduanya boleh dan menjadi dengan elok. Jadi, tak kisah nak guna cara mana pun ya.

Buat newbie, elok semai guna peatmoss. Sebab ia senang tumbuh dan senang nak uruskan berbanding dengan cocopeat atau tanah campuran.

Tip Dapat Biji Benih Tumbuh Segar Dan Seragam

Untuk dapatkan biji benih yang naik seragam dan sekata, bungkus tray semaian. Istilah pertanian dipanggil “heating”. Untuk cili, kita perlu bungkus selama 5 hari.

Bila kita heating, suhu di dalam bungkusan tersebut jadi lebih tinggi sikit berbanding suhu di luar.

Dengan suhu yang sedikit tinggi dan sekata dalam bungkusan, proses ini dapat “bangunkan” serentak biji benih cili yang sedang tidur.

Bila biji benih dah bangun serentak, barulah semaian kita akan tumbuh secara seragam dan sekata.

Dengan ini dapat kita simpulkan bersama bahawa untuk pastikan anak benih yang kita semai naik elok dan seragam, ianya mesti memenuhi 3 perkara tersebut.

  1. Kualiti biji benih.
  2. Cara simpanan biji benih
  3. Teknik semaian.

InsyaAllah bila kita dapat follow semua syarat di atas, anak cili yang kita dapat nanti cun melecun macam dalam gambar.

Semoga bermanfaat.

ARTIKEL LAIN : Guna Bahan Ini Sembur Pada Pokok Elak Serangan Perosak Sangat Berkesan

Sumber: Azuan Abdullah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending