Connect with us

Tips Dan Petua

Ikut Cara Orang Lama Ini-Petua Rebus Jantung Pisang Agar Putih Bersih & Tak Hitam

Published

on

Ikut Cara Orang Lama Ini-Petua Rebus Jantung Pisang Agar Putih Bersih & Tak Hitam

Membayangkan betapa enaknya menikmati hidangan tengah hari bersama lauk pauk kegemaran dan dilengkapkan pula dengan ulam jantung pisang dan sambal belacan, memang kecur liur dibuatnya.

Tak ramai yang tahu cara rebus jantung pisang supaya ia menjadi putih bersih. Rupanya ada petua yang perlu dilakukan semasa merebusnya. Jika salah cara, jantung pisang akan menjadi hitam dan sekaligus menjadikan ia kelihatan kurang menarik untuk dimakan.

Jantung pisang rebus ini cukup sedap dijadikan ulam semasa menikmati hidangan tengah hari. Kecur air liur dibuatnya! Jadi, jom kita praktikkan 6 kaedah rebus yang diamalkan oleh orang dulu-dulu di bawah.

CARA REBUS JANTUNG PISANG SUPAYA TIDAK HITAM

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Telur Masin Paling Senang, Guna 3 Bahan Je, Rasanya Tak Terlalu Masin Dan Lebih Bersih

Nak tahu apa rahsianya untuk menjadikan jantung pisang yang direbus nampak cantik, sebenarnya ada petuanya. Nak tahu lebih lanjut, jom praktik 6 kaedah mudah ini sebagai mana yang diamalkan oleh orang dulu-dulu.

1. Jangan Dibelah Dua

Buang beberapa lapisan kulit jantung pisang. Kemudian terus masukkan ke dalam air rebusan yang mendidih.

Jangan belah jantung pisang, terus rebus seketul. Setelah masak, baru dipotong kepada dua atau empat.

2. Minyak Masak

Semasa sedang merebus jantung pisang, masukkan sedikit minyak masak ke dalam periuk.

3. Letak Asam Keping

Masukkan sekeping asam keping ke dalam periuk rebusan yang mengandungi jantung pisang.

Penggunaan asam keping dikatakan boleh menjadikan jantung pisang yang direbus kekal berwarna putih.

4. Tabur Garam

Masukkan garam ke dalam air rebusan jantung pisang juga dikatakan berkesan untuk memastikan jantung pisang tidak lebam tak hitam selepas direbus.

5. Perah Limau

Untuk memastikan jantung pisang berwarna putih selepas direbus, perahkan limau ke dalam rebusan.

Semoga Manfaat!

ARTIKEL LAIN : Cara Tanam Asparagus Dari Biji Benih. Berbaloi, Sekali Tanam Boleh Tahan Sampai 20 Tahun

Kredit: Zaihanififie Abu Bakar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Tanam Kucai Dalam Polibeg, Lagi Kerap Dipotong Lagi Cepat Membiak

Published

on

Cara Tanam Kucai Dalam Polibeg, Lagi Kerap Dipotong Lagi Cepat Membiak

Kucai merupakan antara sayuran yang mudah ditanam di rumah dan sering digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Selain dijadikan bahan dalam mi, sup, cucur dan masakan tumis, pokok kucai juga mempunyai kadar pertumbuhan yang cepat jika dijaga dengan baik. Tanam Kucai Dalam Polibeg

Menariknya, hanya dengan beberapa ubi kucai, anda boleh menghasilkan rumpun yang semakin membesar dari semasa ke semasa. Malah, jika hasilnya banyak, ia bukan sahaja mencukupi untuk kegunaan sendiri, malah boleh dijual bagi menambah pendapatan.

Bagi yang ingin mencuba, berikut ialah cara mudah menanam pokok kucai supaya cepat membiak dan sentiasa mengeluarkan daun baharu.

Medium Tanaman Yang Sesuai

Pokok kucai lebih mudah hidup dalam medium yang gembur dan mempunyai saliran air yang baik.

Campuran tanah topsoil bersama abu sekam padi merupakan antara pilihan yang sesuai kerana dapat mengekalkan kelembapan sambil memastikan akar mendapat pengudaraan yang mencukupi.

Cara Menanam Kucai

1. Gunakan ubi kucai

Pokok kucai lebih mudah dibiakkan menggunakan ubi atau rumpun berbanding biji benih.

Bagi setiap polibeg bersaiz 14 x 14 inci, memadai menanam sekitar tiga ubi supaya pokok mempunyai ruang mencukupi untuk membesar dan menghasilkan lebih banyak anak.

2. Tanam dalam medium yang lembap

Masukkan ubi ke dalam medium tanaman dan padatkan sedikit tanah di sekelilingnya. Siram secukupnya selepas selesai menanam bagi membantu akar menyesuaikan diri.

Rahsia Kucai Cepat Membiak

Salah satu teknik penting yang ramai tidak tahu ialah memotong daun kucai selepas kira-kira sebulan ditanam.

Daun yang dipotong akan merangsang pertumbuhan daun baharu dan pada masa yang sama membantu rumpun kucai menghasilkan lebih banyak anak. Semakin kerap dituai dengan cara yang betul, semakin cepat pokok membiak.

Keperluan Cahaya Matahari

Kucai memerlukan cahaya matahari yang mencukupi untuk tumbuh subur.

Letakkan tanaman di kawasan yang menerima cahaya matahari pada waktu pagi dan petang. Jika diletakkan di tempat yang terlalu teduh, pertumbuhan pokok akan menjadi perlahan dan pembiakan rumpun juga berkurangan.

Cara Menyiram Pokok Kucai

Siram pokok pada waktu pagi dan petang terutama ketika cuaca panas. Pastikan medium sentiasa lembap, namun elakkan air bertakung kerana keadaan terlalu basah boleh menyebabkan akar mudah rosak.

Pembajaan Untuk Daun Lebih Subur

Bagi memastikan daun kucai sentiasa hijau dan lebat, lakukan pembajaan secara berkala.

Antara baja organik yang sesuai digunakan ialah baja tahi kambing atau baja berasaskan kopi. Kedua-duanya membantu menambah nutrien dalam tanah dan menyokong pertumbuhan daun yang lebih sihat.

Tip Penjagaan Pokok Kucai

  • Gunakan medium tanaman yang gembur dan mempunyai saliran baik.
  • Tanam menggunakan ubi yang sihat.
  • Potong daun secara berkala untuk merangsang pertumbuhan baharu.
  • Pastikan pokok menerima cahaya matahari yang mencukupi.
  • Siram secara konsisten terutama ketika musim panas.
  • Berikan baja organik mengikut jadual bagi mengekalkan kesuburan pokok.

Kesimpulan

Menanam pokok kucai di rumah bukan sahaja mudah, malah tidak memerlukan penjagaan yang rumit. Dengan medium yang sesuai, cahaya matahari yang mencukupi dan teknik memotong daun secara berkala, pokok kucai mampu membiak dengan cepat dan menghasilkan daun yang lebat.

Jika dijaga dengan baik, hanya beberapa ubi kucai sudah cukup untuk menghasilkan banyak rumpun yang boleh dituai berulang kali, sekali gus menjimatkan perbelanjaan dapur dan berpotensi menjadi sumber pendapatan sampingan.

Continue Reading
Advertisement

Trending