Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Telur Masin Paling Senang, Guna 3 Bahan Je, Rasanya Tak Terlalu Masin Dan Lebih Bersih

Published

on

Cara Buat Telur Masin Paling Senang, Guna 3 Bahan Je, Rasanya Tak Terlalu Masin Dan Lebih Bersih

Selain telur mata, telur rebus dan telur dadar, antara jenis telur yang selalu menjadi ‘peneman’ hidangan lauk kampung dan nasi kandar adalah telur masin. Mungkin ramai dalam kalangan kita yang menggemari telur masin khususnya telur merahnya kerana mempunyai rasa lebih unik dan enak.

Telur masin ini sebenarnya mudah sahaja untuk dibuat secara homemade, yang penting anda kena tahu teknik supaya kejadiannya elok!

Dalam perkongsian kali ni, terjumpa resepi dan tip macam mana nak buat telur masin yang cantik je kejadiannya. Bahagian tengah oren cantik sangat. Nak makan pun sayang! Resepi yang dikongsikan oleh facebook Cik Puan Raja Amanina ni macam best je kita nak praktiskan. Mula-mula beli dulu telur itik di pasar atau kalau ada yang bela pun boleh.

Cara Buat Telur Masin Paling Senang

ARTIKEL LAIN : Tetap Berkilat Ini Cara Rebus Telur Yang Betul Tak Pecah Dan Berkerutu Bila Kupas

Resepi yang saya kongsikan ni, kuantiti dia banyak dalam 50 biji. Jadi ianya sesuai untuk yang ada banyak telur itik. Nak buat jualan atau nak berikan kepada jiran atau saudara mara pun boleh.

BAHAN-BAHAN

  • 5O biji Telur Itik (*cuci bersih dan jemur hingga betul-betul kering).
  • 5OO gram garam kasar.
  • 1.5 liter air.
  • 2 helai daun pandan.
  • Bekas berpenutup.

CARA MEMBUAT:

1. Masak air, garam dan daun pandan hingga betul-betul mendidih dan sejukkan (pastikan betul-betul sejuk iya).

2. Masukkan telur itik ke dalam bekas dan tuangkan air garam yang dimasak.

3. Tutup kemas-kemas dan jeruk lebih kurang 2 minggu (14-15hari).

4. Setelah 2 minggu boleh try rebus dulu..

– Kalau belum cukup masin boleh tambah 3, 4 hari lagi.

5. Kalau dah cukup masin boleh toskan air garam. SIAP!

P/s: Mak-mak bolehlah cuba buat sendiri telur masin ini sendiri di rumah. Lebih jimat, puas hati dan tak perlu ragu-ragu dah dengan kebersihan telur.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Mudahnya Buat Telur Masin Homemade Guna Telur Ayam, Rasa Pun Lagi Sedap

Sumber: Raja Amanina

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending