Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Tanam Asparagus Dari Biji Benih. Berbaloi, Sekali Tanam Boleh Tahan Sampai 20 Tahun

Published

on

Cara Tanam Asparagus Dari Biji Benih. Berbaloi, Sekali Tanam Boleh Tahan Sampai 20 Tahun

Siapa kata asparagus boleh tanam di tanah tinggi dan sejuk saja? Boleh sebenarnya jika nak tanam di sekitar rumah kita. Tengok hasil asparagus yang ditanam Faridah Rahman ini. Elok saja besar dan segar.

Beliau juga turut berkongsi cara penanaman asparagus dari biji benih. Boleh cuba tanam, berbaloi sebab harganya pun ‘kayangan’ dan sekali tanam sayur ini hayatnya boleh tahan hingga 20 tahun.

Ini perkongsian beliau.

Cara Tanam Asparagus Dari Biji Benih

ARTIKEL LAIN : Segarnya Sawi King Kong, Tanam Dalam Bekas Botol Sahaja. Sangkut Pada Tiang, Jimat Ruang!

Ini adalah hasil dari 6 pokok asparagus. Purple asparagus lebih manis rasanya dari yag hijau.

Pokok ini saya tanam dari biji benih yang dibeli di AE Grafted Nursery, Kota Bharu, Kelantan. Bagi yang dah beli biji benih dan nak tanam boleh ikut cara ini;

1. Rendam biji benih semalaman dgn beberapa biji bawang merah.

2. Sediakan tray dengan media campuran tanah hitam dan peatmoss (sabut cincang).

3. Letakkan biji benih, satu biji satu lubang. Siram dan tutup dgn plastik hitam. Letakkan di tempat teduh.

4. Selepas 2 hari, buka plastik hitam dan biarkan di tempat teduh.Biji benih asparagus ambil masa 2 -5 minggu untuk bercambah. Jadi kena sabarlah ya.

5. Bila dh tumbuh 3- 4 batang bolehlah pindahkan ke pasu kecil.

6.Selepas 3- 4 bulan, agak-agak pokok dah stabil bolehlah pindahkan ke pasu besar atau kawasan yang lebih luas.

7. Siraman dilakukan 2 kali sehari.

8. Antara baja yang digunakan. Yang hitam baja kopi, tabur saja.

INFO

  • Boleh dituai seawal 10-12 bulan, walau spears tak besar. Asparagus matang setelah usia 2 tahun, waktu ini spears cukup besar.
  • Hayat pokok asparagus adalah 20 tahun.

  • Asparagus ada jantan dan betina. Yang jantan spearsnya lebih besar dibandingkan dgn yg betina. Yang betina kecil tapi mengeluarkan bunga dan buah untuk dijadikan benih.
  • Pokok betina yang mula berbuah. Kena tunggu berwarna merah baru boleh dipetik untuk dijadikan biji benih.

Selamat mencuba.

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Tanam Pokok Ketumbar Di Rumah Menjadi Tak Payah Beli Dah

Sumber: vanillakismis Via Faridah Rahman

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Tanam Pokok Secara Terbalik, Sesuai Untuk Rumah Kecil Dan Balkoni

Published

on

Cara Tanam Pokok Secara Terbalik, Sesuai Untuk Rumah Kecil Dan Balkoni

Bagi yang gemar berkebun tetapi mempunyai ruang terhad seperti rumah bertingkat, apartmen atau laman kecil, tidak semestinya perlu melupakan hobi bercucuk tanam. Terdapat pelbagai kaedah kreatif yang boleh digunakan, antaranya teknik tanaman terbalik atau upside down planting.

Kaedah ini membolehkan pokok ditanam secara tergantung dengan akar berada di bahagian atas dan batang tumbuh ke bawah. Selain menjimatkan ruang, tanaman terbalik juga lebih mudah dialihkan dan kurang terdedah kepada sesetengah serangan perosak yang datang dari tanah.

Antara tanaman yang sesuai menggunakan kaedah ini ialah tomato dan cili. Dengan hanya menggunakan botol plastik terpakai, anda boleh menghasilkan kebun mini yang unik di rumah.

Kelebihan Tanam Pokok Secara Terbalik

  • Menjimatkan ruang terutama untuk kediaman kecil.
  • Mudah dialihkan mengikut keperluan cahaya matahari.
  • Mengurangkan risiko serangan perosak tanah.
  • Menggunakan bahan terpakai seperti botol plastik.
  • Sesuai dijadikan projek berkebun ringkas di rumah.

Bahan Yang Diperlukan

Sebelum memulakan projek tanaman terbalik, sediakan bahan berikut:

  • Botol mineral bersaiz 1.5 liter.
  • Anak pokok tomato atau cili.
  • Kain perca atau kain jeans lama.
  • Stapler.
  • Tanah tanaman.
  • Cocopeat.
  • Tanah kompos.

Langkah Tanam Pokok Secara Terbalik

1. Sediakan botol tanaman

Ambil botol plastik 1.5 liter dan potong bahagian bawah botol. Kemudian tebuk dua lubang di bahagian kiri dan kanan botol untuk dijadikan tempat menggantung tanaman.

2. Sediakan kain penahan akar

Potong kain perca atau kain jeans mengikut saiz yang sesuai. Buat satu bukaan di bahagian tengah kain supaya batang anak pokok boleh dimasukkan.

3. Sediakan anak pokok

Keluarkan anak pokok daripada bekas asal dengan berhati-hati. Bersihkan sedikit tanah yang melekat pada bahagian akar supaya mudah dimasukkan ke dalam botol.

4. Masukkan batang pokok melalui kain

Letakkan batang anak pokok pada bahagian lubang kain yang telah dibuat. Kemudian kemaskan bahagian kain menggunakan stapler supaya ia memegang pokok dengan baik.

5. Masukkan pokok ke dalam botol

Masukkan anak pokok ke dalam botol dengan bahagian batang dan daun dikeluarkan melalui mulut botol.

Kain yang dipasang berfungsi untuk membantu menyerap air serta mengelakkan tanah daripada keluar apabila botol diterbalikkan.

6. Masukkan medium tanaman

Isi botol menggunakan campuran tanah, cocopeat dan tanah kompos dengan nisbah 4:4:2. Pastikan medium tidak terlalu padat supaya akar mendapat ruang untuk berkembang.

7. Siram dan gantung tanaman

Siram tanaman selepas selesai ditanam dan gantungkan di kawasan yang terlindung daripada panas terik selama kira-kira 9 hingga 10 hari.

Tempoh ini membantu anak pokok menyesuaikan diri dengan keadaan baharu sebelum diletakkan di lokasi yang menerima cahaya lebih banyak.

Penjagaan Selepas Tanaman Stabil

Selepas kira-kira 30 hari, berikan baja yang sesuai untuk membantu pertumbuhan pokok. Pastikan tanaman mendapat cahaya matahari yang mencukupi serta lakukan penyiraman mengikut keperluan.

Elakkan menyiram terlalu banyak kerana tanaman dalam bekas kecil mempunyai ruang terhad untuk menyimpan air.

Tip Supaya Tanaman Terbalik Tumbuh Subur

  • Gunakan anak pokok yang sihat dan tidak rosak.
  • Pastikan botol mempunyai sistem gantungan yang kukuh.
  • Gunakan medium tanaman yang ringan dan mempunyai saliran baik.
  • Letakkan tanaman di kawasan yang mendapat cahaya matahari secukupnya.
  • Berikan baja secara berkala selepas pokok mula stabil.

Kesimpulan

Tanaman terbalik merupakan satu kaedah kreatif yang sesuai untuk mereka yang mahu berkebun walaupun mempunyai ruang terhad. Dengan menggunakan bahan mudah seperti botol plastik terpakai, anda boleh menghasilkan tanaman tomato atau cili yang menarik dan praktikal.

Selain menjimatkan ruang, kaedah ini juga memberi pengalaman baharu dalam bercucuk tanam. Mulakan dengan satu atau dua pokok dahulu dan lihat sendiri hasilnya.

Selamat mencuba!

Continue Reading
Advertisement

Trending