Connect with us

Tips Dan Petua

Guna Bahan Ini Sembur Pada Pokok Elak Serangan Perosak Sangat Berkesan

Published

on

Guna Bahan Ini Sembur Pada Pokok Elak Serangan Perosak Sangat Berkesan

Bercucuk tanam di laman rumah tentunya suatu aktiviti yang memberikan keseronokan, Apatah bila tanaman yang ditanam mengeluarkan hasilnya. Selalu dengar mereka yang bercucuk tanam yang kecewa dengan tanaman habis diserang ulat, kutu dan hama.

Macam-macam masalah tanaman yang boleh dihadapi dan kalau nak selamatkan pokok tu, kita kenalah buat sesuatu. Bagi mengelakkan tanaman terkena sekali lagi masalah ini antara semburan yang berkesan untuk digunakan untuk menghapus dan mencegah serangga perosak adalah air tembakau.

Cara menyediakan air tembakau ini dikongsi oleh D’Pro A’nas.

Cara buat semburan air tembakau untuk elak hapus dan elak serangan ulat perosak pada sayur

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Haa puskan Rumput Liar Di Halaman, Guna Cuka Dan Sabun Pencuci Saja!

Bahan-bahan

  • Air Tembakau = 100ml / 1 batang rokok
  • Cuka Kayu = 3ml (boleh beli secara online/nurseri)
  • Sabun Pencuci = 2 kali picit/ 5ml
  • Penyukat 20 ml = Untuk sukat
  • Botol Spray = 1 Liter

Cara membuat & penggunaan

1. Campur semua bahan dengan 1 liter air dan goncang. Siap, boleh sembur pada sasaran.

2. Cara penggunaan, sembur saja pada keseluruhan pokok dari pucuk ke bawah, batang, daun dan tanah.

3. Amalkan seminggu atau dua minggu sekali sebagai cara untuk menghapus dan benteng mencegah serangan ulat perosak.

4. Waktu sesuai untuk lakukan semburan adalah pukul 5 petang ke atas. Ini kerana serangga, kutu dan hama aktif pada waktu malam.

Hasil semburan air tembakau

Selamat mencuba

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Air Booster Supaya Hasil Cili & Sayur Berganda ! Bancuh Serbuk Ini & Siram Ikut Aturan

Sumber: D’Pro A’nas

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending