Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Cucur Jagung Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam. Guna Jagung Segar Lagi Manis Dan Sedap!

Published

on

Cara Buat Cucur Jagung Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam. Guna Jagung Segar Lagi Manis Dan Sedap!

Petang-petang makan cucur jagung pun sedap jugak. Dapat pulak jagung yang segar, lagi manis. Jagung dua ketul pun dah cukup untuk makan satu famili.

Biasanya nak buat cucur bahan asas adalah tepung, garam dan air. Tambah pula dengan udang, ikan bilis, bawang, jagung dan cili merah.

Tapi untuk pastikan kita dapat cucur jagung yang enak, rangup di luar lembut di dalam boleh ikut cara yang dikongsi oleh Ana Mariana Ismail.

Cara Buat Cucur Jagung, Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Buat Bebola Ikan Salut Tepung Confirm Rangup Dan Sedap

Bahan-bahan

  • Isi jagung yg dihiris
  • Tepung gandum
  • Cili kisar
  • Udang kecil atau ikan bilis – tumbuk kasar
  • Bawang besar – dihiris
  • Serbuk kunyit & serbuk ikan bilis
  • Garam & gula secukup rasa
  • Telur -1 biji
  • Air suam

Nota: Anggaran bahan ikut kuantiti tepung gandum

Cara membuat:

Masukkan tepung gandum (agak-agak sepadan dengan bahan-bahan lain ya) isi jagung,bawang besar dihiris, udang atau ikan bilis, serbuk kunyit,garam,gula,serbuk ikan bilis , cili kisar(nak guna cili kering tumbuk kasar pun boleh) dan telur sebiji.

2. Bancuh adunan jangan terlalu pekat atau cair. Masuk air sedikit demi sedikit, agak-agak senang kita nak jemput guna tangan.

3. Bila bancuhan dah digaul sebati bolehlah goreng cucur guna minyak yang banyak dan api sederhana ya.

4. Nampak cucur dah keemasan, boleh angkat dan tos minyak. Makan cicah dengan sos cili memang sedap.

Selamat mencuba ya.

ARTIKEL LAIN : Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Buat Cucur Kembung Confirm Gebu Dan Sedap

Sumber: Ana Mariana Ismail.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending