Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Masak Mi Hailam Jadi Lebih Sedap, Kena Guna Lada Hitam

Published

on

Cara Masak Mi Hailam Jadi Lebih Sedap, Kena Guna Lada Hitam

Kalau sebelum ini buat mi hailam rasa biasa biasa saja, lepas ini ikut cara masak yang dikongsi Hasniza Hassan. Tengok mi hailam yang dimasak ini memang mengancam.

Rahsia sedap katanya adalah dengan menggunakan lada hitam ketika menumis. Tip ini diperoleh daripada ibu saudaranya dan dipraktikkan hingga kini jika memasak mi hailam.

Malah perkongsian resipi saudari Hasniza Hassan ini pernah viral satu ketika dulu di Facebook, hantarannya dikongsi hampir 104k hingga hari ini. Jom kita cuba hari ni!

Cara Masak Mi Hailam Tumis Lada Hitam

ARTIKEL LAIN : Tips Masak Mi G0reng Sedap. Bawang Putih Kena Lebih & Tuang Sedikit Bahan Ini

Bahan-bahan

  • 1-1 ½ paket mi

Bahan kuah

  • 11 ulas bawang putih – kisar / tumbuk
  • 1 sudu makan biji lada hitam – tumbuk kasar
  • Daging – rebus dan potong kecil
  • 1 mangkuk air rebusan udang – jika ada
  • 15 ekor udang – boleh dilebihkan
  • 4 ekor sotong – hiris
  • 1 biji tomato – belah 2
  • 1-2 biji cili merah – potong
  • Kubis secukupnya – hiris
  • Sawi secukupnya – hiris
  • Kicap masin secukup rasa
  • Kicap manis secukup rasa
  • Sos tiram secukup rasa
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1-2 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan sedikit air

Cara memasak

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta lada hitam.

2. Tumis hingga wangi dan bawang kekuningan.

3. Masukkan daging dan tambahkan air. Boleh tambahkan air rebusan kulit udang jika ada. Biarkan mendidih dan daging empuk.

4. Tambahkan kicap manis, kicap masin dan sos tiram secukup rasa.

5. Seterusnya masukkan udang dan juga sotong. Masak jangan terlalu lama kerana udang dan sotong akan kecut.

6. Kemudian masukkan hirisan cili dan tomato. Tambahkan juga garam serta gula secukup rasa.

7. Masukkan hirisan kobis. Masak seketika.

8. Bila kuah mendidih dan hampir diangkat, masukkan sawi. Tambahkan juga bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

9. Gaul rata supaya semua bahan sekata.

10. Masukkan mi dan gaul rata. Hidangkan segera.

INFO: Masukkan mi apabila hidangan sedia untuk dinikmati. Jika tidak, mi akan menjadi kembang

Selamat mencuba.

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Kuah Lontong Yang Sedap & Pekat

Sumber: Hasniza Hassan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Tanam Daun Bawang Guna Sarang Telur, Mudah Tanpa Tanah & Sesuai Untuk Rumah Kecil

Published

on

Tanam Daun Bawang Guna Sarang Telur, Mudah Tanpa Tanah & Sesuai Untuk Rumah Kecil

Daun bawang memang antara bahan dapur yang sentiasa digunakan dalam masakan harian. Sama ada dalam sup, nasi goreng atau tumisan, aromanya mampu menaikkan rasa hidangan dengan mudah.

Disebabkan kegunaannya yang kerap, ramai yang memilih untuk menanam sendiri di rumah. Menariknya, anda sebenarnya tidak memerlukan tanah pun untuk menanam daun bawang. Hanya menggunakan sarang telur, anda sudah boleh menghasilkan daun bawang segar sendiri.

Bahan Yang Diperlukan

  • Bawang merah (lebih baik yang sudah bertunas atau berakar)
  • 4 sarang telur jenis kertas
  • Air (spray lebih mudah digunakan)
  • Gunting atau pisau kecil

Langkah Mudah Tanam Daun Bawang Guna Sarang Telur

1. Sediakan Bawang

Ambil bawang merah dan potong sedikit di bahagian atas serta bawah. Langkah ini membantu mempercepatkan pertumbuhan tunas daun bawang.

2. Susun Sarang Telur

Ambil empat sarang telur kertas dan susun bertindan supaya lebih kukuh. Tekan sedikit agar ia stabil dan tidak mudah jatuh.

3. Buat Lubang Untuk Bawang

Gunakan gunting atau pisau kecil untuk membuat lubang pada setiap petak sarang telur. Pastikan lubang cukup untuk meletakkan bawang dengan stabil.

4. Lembapkan Sarang Telur

Sembur air ke seluruh sarang telur sehingga lembap. Ini penting supaya medium dapat menyerap air dengan baik untuk pertumbuhan bawang.

5. Letak Bawang & Siram

Masukkan satu biji bawang ke dalam setiap lubang. Kemudian sembur air sekali lagi secara ringan supaya kelembapan kekal terjaga.

6. Letak Di Tempat Sesuai

Letakkan di kawasan yang menerima cahaya matahari sederhana. Jika berada di tempat teduh, pastikan siraman tidak berlebihan untuk elak masalah kulat atau serangga.

Penjagaan Harian

Sembur air dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Dalam beberapa hari sahaja, daun bawang akan mula tumbuh dan boleh dipotong untuk digunakan dalam masakan.

Kelebihan Kaedah Ini

  • Tidak memerlukan tanah langsung
  • Jimat ruang dan sesuai untuk rumah atau balkoni kecil
  • Menggunakan bahan kitar semula (mesra alam)
  • Daun bawang boleh dituai berulang kali

Kesimpulan

Menanam daun bawang menggunakan sarang telur adalah kaedah yang sangat mudah, murah dan mesra alam. Ia sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mencuba aktiviti berkebun di rumah tanpa memerlukan ruang besar atau peralatan rumit.

Selain menjimatkan perbelanjaan dapur, ia juga boleh dijadikan aktiviti menarik bersama keluarga di rumah. Selamat mencuba!

Continue Reading
Advertisement

Trending