Connect with us

Tips Dan Petua

Elak Perosak Pada Tanaman Guna Sabun Cuci Pinggan Kaedah Mudah Buat Racun Sangat Berkesan

Published

on

Elak Perosak Pada Tanaman Guna Sabun Cuci Pinggan Kaedah Mudah Buat Racun Sangat Berkesan

Memang ada banyak racun ulat dan serangga yang dijual di pasaran yang boleh mengatasi masalah ini. Tapi, di sini kami nak kongsikan sebuah petua dan cara DIY racun ulat dengan lebih mudah, jimat dan berkesan melalui sebuah posting oleh saudara Tam.

Jom tengok posting beliau selengkapnya di bawah ini. Ramai yang mohon saya share bahan dan resepi air sabun. (macam resepi makanan pulak)

Ini percubaan saya setelah dapat petua diy racun ulat pokok dari seseorang di Group Berkebun di Rumah (dia pun hanya kata ” sembur air sabun”)

Kaedah Mudah Buat Racun Sangat Berkesan

ARTIKEL LAIN : Cara Tanam Pokok Lemon Dari Biji Benih & Tip Supaya Berbuah Lebat

Bahan yang digunakan

  • 1 sudu makan Pencuci pinggan Jenama Sunlight yang boleh basuh buah dan sayur ( ada aloe vera + garam) berwarna jernih.
  • 2.0 liter air (saya guna air paip Syabas jer)

Cara-cara

  1. Ambil 1 sudu makan cecair pencuci dan campurkan dengan air 2.0 liter dalam alat penyembur.
  2. Isi sampai penuh penuh, biarkan buih yang terhasil keluar baru tutup dengan penutup.
  3. Lepas tu enjoylah menyembur. Bancuhan ni boleh tahan agak lama juga.

Cara Guna Racun Ulat DIY

Saya tak sembur hari hari, cuma sembur bila nampak binatang tu (ulat / bena putih) baru saya sembur.

Yang saya perasan, kangkung tak boleh sembur sebab nanti daunnya melecur.

Yang lain daun lebih hijau dan sehat. Sembur pada pokok pokok yang saya tanam sahaja (saja saja cuba):

  • Pokok Limau purut
  • Pokok Serai
  • Pokok Chili
  • Pokok Pudina
  • Pokok Daun Kari

Ini Hasilnya

Saya start semai biji cili ni dari benih cili yang di beli di pasar.

Sejak pokok ni dalam 3 inci tinggi ulat putih (bena putih) banyak menyerang, adalah dalam lebih 10 ekor kut.

Macam macam petua dah cuba termasuk sembur dengan aerosol nyamuk water based.

Tapi minggu lepas ada seorang yang bagi petua sembur air sabun.

Ok, saya guna sabun pencuci pinggan yang boleh basuh sayur dan buah (cecair warna jernih – cop sunlight ada aloe vera dan garam)

Saya pun masa tu first time buat, agak agak jer… Alhamdulillah, ulat / bena putih tu terus mati.

Petua Halau Ulat / Bena Putih Yang Memang Berkesan & Jimat!

Memang mudah sangat nak buat racun ulat / bena putih ni kan?

Lepas ni bolehlah kita cuba. Jimat sangat sebab hanya 1 sudu sabun pencuci pinggan, bancuhan boleh dapat sampai 2 L.

Seeloknya cuba sembur sedikit dahulu dan lihat kesannya.

Kalau ok, bolehlah teruskan sembur macam biasa.

Selamat mencuba.

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Tanam Pokok Ketumbar Di Rumah Menjadi Tak Payah Beli Dah

Sumber: Group Berkebun di Rumah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending