Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Tanam Pokok Lemon Dari Biji Benih & Tip Supaya Berbuah Lebat

Published

on

Cara Tanam Pokok Lemon Dari Biji Benih & Tip Supaya Berbuah Lebat

Buah lemon kita tahu ada banyak khasiatnya. Jadi tak rugi tanam di rumah. Selain melalui keratan batang dan daun, lagi satu cara untuk tanam lemon adalah dari biji benihnya.

Beli lemon dan ambil bijinya untuk dijadikan benih. Caranya dikongsi oleh Fazliana Musa.

1. Beli buah lemon segar, ambil biji dan cuci.

2. Jemur biji lemon tadi hingga kering (saya jemur dalam 2-3 hari juga).

3. Kemudian simpan dalam bekas bertutup yang dilapik dengan tisu basah. Cara ini lebih kurang dua minggu kita akan nampak tunasnya keluar. Tapi jika mahu tunas keluar lebih cepat buang kulit biji lemon selepas dijemur. Insya-Allah 2-3 hari tunas akan keluar.

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Tanam Pokok Ketumbar Di Rumah Menjadi Tak Payah Beli Dah

4. Bila tunas dah mula naik boleh alih anak benih ke bekas semaian. Bila anak benih keluar empat helai daun alih ke tanah atau dalam pasu.

Tip kalau pokok lemon tak mahu berbuah

Ada juga yang dah berjaya tanam pokok lemon tapi tak berbuah pula walau dah makan tahun. Kalau begini keadaannya boleh praktikkan tip yang dikongsi oleh netizen.

Kalau pokok lemon tak berbuah hanya lebat daun, buat teknik luruh daun untuk paksa pokok berbuah. Pangkas juga dahan kalau terlalu rimbun.

Bubuh baja buah.

Sembur dengan bancuhan air ajinomoto. Sukatannya:

  • 5 sudu makan ajinomoto bersama 1 liter air bagi pokok setahun ke atas dan yang kurang setahun 1 sudu makan 5 liter air.
  • Guna air tanpa klorin seperti air tadahan aircond, air hujan atau air paip yang dibiarkan terdedah semalaman atau lebih lama.
  • Waktu siraman : waktu redup petang jam 6 ptg ke atas. Siram 2 minggu sekali. Siram di pangkal pokok atau sembur pada dedaunan pokok.

Insya-Allah selepas melakukan tip ini, pokok lemon akan berbunga dan berbuah.

Sumber : Foto Facebook Raudzah Abd Salam

ARTIKEL LAIN : Ini Cara Tanam Bayam Dalam Baldi & Bakul, Tak Perlu Pun Ruang Yang Luas

Selamat mencuba!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending