Connect with us

Tips Dan Petua

Wiper Kereta Kabur Ketika Hujan Ikut Cara Penjagaan Ini Untuk Elak Dari Cepat Rosak

Published

on

Wiper Kereta Kabur Ketika Hujan Ikut Cara Penjagaan Ini Untuk Elak Dari Cepat Rosak

Penjagaan kereta adalah penting begitu juga dengan penjagaan wiper kereta yang merupakan antara aksesori yang terdapat pada setiap kereta.

Ia berfungsi membersihkan kotoran yang terdapat pada cermin kereta dan memastikan kelancaran perjalanan anda terutama dalam cuaca hujan lebat.

Berikut merupakan tips penjagaan wiper bagi mengelakkan kerosakan cermin dan memastikan cermin serta kereta dalam kondisi baik dan selamat untuk pemanduan.

ARTIKEL LAIN : Cara Halau Lalat Paling Berkesan Tanpa Racun Serangga Cepat Dan Mudah

5 TIP PENJAGAAN WIPER KERETA

1. JANGAN GUNAKAN WAKTU KERING

Wiper hanya boleh digunakan pada permukaan basah sahaja jadi jika anda gunakan ia pada permukaan kering, wiper akan lebih cepat haus. Pastikan anda menggunakan pancuran air untuk membasahkan cermin terlebih dahulu sebelum membersihkan habuk dan kotoran yang ada pada cermin.

2. BERSIHKAN BILAH WIPER

Anda perlu elakkan pengumpulan kotoran seperti pasir dan debu pada bahagian bawah bilah dengan cara mengelapkannya menggunakan kain lembap agar tidak mencalarkan windscreen. Buat setiap minggu atau sekurang-kurangnya setiap kali anda mencuci kereta.

3. PASTIKAN CERMIN HADAPAN BERSIH

Seandainya anda sering dan suka menggunakan pengelap cermin jenis mop yang terdapat di stesen-stesen minyak, sila beri perhatian kerana air untuk mengelap tersebut jarang ditukar jadi kemungkinan anda akan menggunakan air yang kotor semasa mengelap cermin kereta.

4. PASTIKAN PENGELAP CERMIN DIPASANGKAN DENGAN SEMPURNA

Bagi yang sering menukar wiper, pastikan pengelap cermin dipasang kemas semula ditempatnya.

Buka penutup skru dan tengok skru di bahagian bawah sebagaimana dalam gambar. Pengelap cermin tidak boleh terlalu ketat ataupun terlalu longgar.

5. GANTI ATAU TUKARLAH BILAH WIPER APABILA SUDAH TIBA MASANYA

Dicadangkan untuk menukar bilah wiper kereta pada 6 bulan. Jika anda lihat wiper kereta anda telah merekah, kering mahupun terbelah, itu menandakan wiper perlu ditukar.

ARTIKEL LAIN : Buat Sendiri PERANGKAP LALAT Di Rumah. Guna 3 Bahan, Mudah & Berkesan!

Sumber: petuaibu

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

5 Cara Hilangkan Rasa Pijar Pada Tangan Selepas Potong Cili Dengan Cepat Dan Berkesan

Published

on

5 Cara Hilangkan Rasa Pijar Pada Tangan Selepas Potong Cili Dengan Cepat Dan Berkesan

Bagi yang gemar memasak, terutama masakan pedas, masalah tangan terasa panas dan pijar selepas memotong atau menumbuk cili memang perkara biasa. Lebih menyakitkan apabila tangan yang masih terkena cili tersentuh mata atau wajah. Rasa pedihnya boleh bertahan lama walaupun sudah dicuci dengan air dan sabun.

Keadaan ini berlaku kerana cili mengandungi sejenis bahan aktif dipanggil capsaicin. Komponen inilah yang menyebabkan rasa pedas dan panas pada kulit. Oleh sebab capsaicin bersifat berminyak, ia sukar ditanggalkan hanya menggunakan air biasa.

Jangan risau, ada beberapa petua mudah yang boleh membantu mengurangkan rasa pijar pada tangan dengan lebih cepat. Menariknya, kebanyakan bahan ini memang sudah tersedia di dapur rumah.

1. Gunakan Minyak Masak Untuk Hilangkan Capsaicin

Antara cara paling berkesan ialah menggunakan minyak masak. Ini kerana capsaicin mudah larut dalam bahan berlemak. Sapukan sedikit minyak pada bahagian tangan yang terasa panas dan gosok perlahan-lahan selama beberapa minit.

Selepas itu, basuh tangan menggunakan sabun pencuci bagi menanggalkan sisa minyak dan cili yang masih melekat pada kulit. Cara ini biasanya membantu mengurangkan rasa pedih dengan lebih cepat.

2. Rendam Tangan Dalam Air Garam

Petua seterusnya ialah menggunakan garam. Ambil semangkuk air suam dan campurkan sedikit garam. Kemudian rendam tangan selama lima hingga sepuluh minit.

Selain membantu mengurangkan rasa pijar, air garam juga memberikan rasa lebih lega pada kulit. Ada juga yang memilih untuk menggosok garam terus pada tangan sebelum membilasnya dengan air bersih.

Jika tiada garam, gula juga boleh digunakan dengan cara yang sama.

3. Air Asam Jawa Boleh Legakan Pedih

Petua tradisional ini masih diamalkan sehingga hari ini kerana dipercayai mampu membantu menghilangkan rasa panas akibat cili.

Caranya mudah sahaja. Bancuhkan sedikit asam jawa bersama air dan kacau sehingga sebati. Selepas itu, rendam tangan beberapa minit. Ramai yang mendapati rasa pijar semakin berkurangan selepas menggunakan kaedah ini.

4. Gosok Tangan Pada Permukaan Keluli

Mungkin ramai tidak pernah mencuba cara ini, namun sebenarnya ia sering digunakan untuk menghilangkan bau bawang dan kesan cili pada tangan.

Anda hanya perlu menggosok tangan pada sudu atau sinki keluli tahan karat sambil dibilas dengan air. Walaupun nampak ringkas, ramai yang mengakui cara ini membantu mengurangkan rasa tidak selesa pada kulit.

5. Rendam Tangan Dalam Beras

Beras juga boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk mengurangkan rasa panas pada tangan. Masukkan tangan ke dalam bekas berisi beras dan biarkan seketika.

Geseran daripada beras dipercayai membantu menyerap sisa minyak cili yang masih melekat pada kulit. Pastikan tangan dibersihkan dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum menggunakan cara ini.

Tips Elak Tangan Pijar Ketika Potong Cili

Selain merawat rasa pijar, langkah pencegahan juga penting supaya masalah ini tidak berulang. Antara cara yang boleh dilakukan ialah:

  • Gunakan sarung tangan ketika memotong cili.
  • Sapu sedikit minyak pada tangan sebelum mengendalikan cili.
  • Basuh tangan menggunakan sabun pencuci pinggan kerana ia lebih efektif menanggalkan minyak.
  • Elakkan menyentuh muka atau mata sebelum tangan benar-benar bersih.

Penutup

Masalah tangan pijar selepas memotong cili memang boleh mengganggu aktiviti memasak. Namun dengan beberapa petua mudah ini, rasa pedih dapat dikurangkan dengan lebih cepat tanpa perlu menggunakan bahan yang mahal.

Jika anda selalu memasak hidangan pedas di rumah, simpan sahaja tips ini sebagai rujukan. Mana tahu suatu hari nanti ia benar-benar membantu ketika tangan mula terasa panas selepas mengendalikan cili.

Continue Reading
Advertisement

Trending