Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Halau Lalat Paling Berkesan Tanpa Racun Serangga Cepat Dan Mudah

Published

on

Cara Halau Lalat Paling Berkesan Tanpa Racun Serangga Cepat Dan Mudah

Masalah lalat ini memang merimaskan. Walaupun kita dah jaga kebersihan, tapi masih ada juga lalat yang dapat masuk rumah. Kadang-kadang tak perasan, dalam tudung saji pun lalat boleh masuk. Geramnya!
Habis, takkan asyik nak sembur racun serangga dalam rumah sepanjang hari? Silap-silap, lalat tak mati, kita pula yang sesak nafas.

PETUA HALAU LALAT YANG BERKESAN, TANPA RACUN SERANGGA

ARTIKEL LAIN : Buat Sendiri PERANGKAP LALAT Di Rumah. Guna 3 Bahan, Mudah & Berkesan!

Hanya menggunakan bahan semulajadi yang mudah didapati. Cepat, murah, tapi efektif!

1. LIMAU PURUT DAN CENGKIH

Limau purut dan cengkih, kedua-duanya mengeluarkan aroma yang wangi untuk kita. Tetapi tidak untuk lalat.

Sebab itulah anda boleh membuat penghalau lalat yang berkesan dengan menggunakan gabungan kedua-dua bahan ini.

Caranya mudah, potongkan limau purut, lemon, atau limau nipis kepada 2 bahagian. Kemudian, cucukkan cengkih seperti dalam gambar di atas ini. Biarkan limau ini di atas meja makan atau di mana-mana yang banyak lalat.

Ia dikatakan turut berkesan untuk menghalau nyamuk tau!

2. SERAI WANGI

Satu lagi tumbuhan yang mengeluarkan bau tidak menyenangkan untuk bagi lalat dan serangga adalah serai.

Seeloknya, tanam pokok serai wangi di sekitar rumah. Kalau tak dapat, gunakan serai wangi ini untuk membuat semburan organik.

Caranya juga amat senang. Ambil segenggam serai wangi dan bersihkan sebelum dikisar kering. Kemudian, campurkan pes ini ke dalam secawan air biarkan semalaman. Esoknya, tapiskan hampas dan masukkan ke dalam botol spray. Siap!

Semburkan pada tingkap dan pintu rumah supaya lalat tidak mendekatinya. Anda juga boleh membeli essential oil yang sedia dijual dengan aroma serai (lemongrass).

3. GANTUNGKAN AIR DALAM BEKAS PLASTIK

Jika anda berniaga atau mempunyai restoran, anda boleh menggunakan petua halau lalat yang ini.

Caranya mudah, isikan air ke dalam sebuah plastik jernih dan gantungkan pada tempat yang banyak lalat. Kalau nak elakkan daripada memasuki rumah, gantungkan pada pintu dan tingkap.

Menurut Home Remedies For Life, tindakan ini akan mempengaruhi deria penglihatan lalat. Lalat juga dipercayai akan menjauhinya kerana ilusi optik seakan-akan sarang labah-labah.

Ada juga yang memasukkan beberapa keping syiling untuk menambahkan ‘silau’ kepada lalat ini.

4. TIMUN

Timun adalah sejenis lagi bahan yang dibenci oleh lalat. Untuk mengelakkan lalat daripada bertelur pada tong sampah anda, letakkan hirisan timun di sekitar tong sampah atau di atasnya.

Anda juga boleh meletakkan timun ini di atas meja atau di sekitar pintu dan tingkap rumah.

5. KAYU MANIS

Aroma kayu manis juga boleh digunakan untuk menghalau lalat yang berkeliaran dalam rumah anda.

Caranya, tumbukkan kayu manis dan jadikan ia sebagai pewangi dalam rumah.

Untuk menambahkan kesan, anda juga boleh menambahkan bawang putih dan serbuk cili ke dalam kayu manis yang ditumbuk tadi. Masukkan ke dalam kain perca dan gantungkan.

6. DAUN KARI

Ambil secekak daun kari dan rendamkan ke dalam air bersih.

Aroma yang dihasilkan ini juga akan menyebabkan lalat tidak suka mendekati rumah anda.

7. LILIN AROMATERAPI

Petua halau lalat yang seterusnya adalah dengan menggunakan lilin. Apabila menyalakan lilin, habanya akan menyebabkan lalat tidak menyukainya.

Kalau anda menggunakan lilin beraroma itu lebih baik, kerana lalat amat bencikan aroma herba seperti lavender, lemon, atau pudina.

BEBAS BAHAN KIMIA, SELAMAT!

Amat sesuai menggunakan petua halau lalat ini di setiap kediaman kerana ia terdiri daripada bahan semulajadi. Ia juga tidak memberi kesan sampingan dan tidak membahayakan anak kecil.

Selamat Cuba!

ARTIKEL LAIN : Cicak Banyak Dalam Rumah Ikut Cara Ini Untuk Hilangkan Memang Berkesan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Tanam Pokok Secara Terbalik, Sesuai Untuk Rumah Kecil Dan Balkoni

Published

on

Cara Tanam Pokok Secara Terbalik, Sesuai Untuk Rumah Kecil Dan Balkoni

Bagi yang gemar berkebun tetapi mempunyai ruang terhad seperti rumah bertingkat, apartmen atau laman kecil, tidak semestinya perlu melupakan hobi bercucuk tanam. Terdapat pelbagai kaedah kreatif yang boleh digunakan, antaranya teknik tanaman terbalik atau upside down planting.

Kaedah ini membolehkan pokok ditanam secara tergantung dengan akar berada di bahagian atas dan batang tumbuh ke bawah. Selain menjimatkan ruang, tanaman terbalik juga lebih mudah dialihkan dan kurang terdedah kepada sesetengah serangan perosak yang datang dari tanah.

Antara tanaman yang sesuai menggunakan kaedah ini ialah tomato dan cili. Dengan hanya menggunakan botol plastik terpakai, anda boleh menghasilkan kebun mini yang unik di rumah.

Kelebihan Tanam Pokok Secara Terbalik

  • Menjimatkan ruang terutama untuk kediaman kecil.
  • Mudah dialihkan mengikut keperluan cahaya matahari.
  • Mengurangkan risiko serangan perosak tanah.
  • Menggunakan bahan terpakai seperti botol plastik.
  • Sesuai dijadikan projek berkebun ringkas di rumah.

Bahan Yang Diperlukan

Sebelum memulakan projek tanaman terbalik, sediakan bahan berikut:

  • Botol mineral bersaiz 1.5 liter.
  • Anak pokok tomato atau cili.
  • Kain perca atau kain jeans lama.
  • Stapler.
  • Tanah tanaman.
  • Cocopeat.
  • Tanah kompos.

Langkah Tanam Pokok Secara Terbalik

1. Sediakan botol tanaman

Ambil botol plastik 1.5 liter dan potong bahagian bawah botol. Kemudian tebuk dua lubang di bahagian kiri dan kanan botol untuk dijadikan tempat menggantung tanaman.

2. Sediakan kain penahan akar

Potong kain perca atau kain jeans mengikut saiz yang sesuai. Buat satu bukaan di bahagian tengah kain supaya batang anak pokok boleh dimasukkan.

3. Sediakan anak pokok

Keluarkan anak pokok daripada bekas asal dengan berhati-hati. Bersihkan sedikit tanah yang melekat pada bahagian akar supaya mudah dimasukkan ke dalam botol.

4. Masukkan batang pokok melalui kain

Letakkan batang anak pokok pada bahagian lubang kain yang telah dibuat. Kemudian kemaskan bahagian kain menggunakan stapler supaya ia memegang pokok dengan baik.

5. Masukkan pokok ke dalam botol

Masukkan anak pokok ke dalam botol dengan bahagian batang dan daun dikeluarkan melalui mulut botol.

Kain yang dipasang berfungsi untuk membantu menyerap air serta mengelakkan tanah daripada keluar apabila botol diterbalikkan.

6. Masukkan medium tanaman

Isi botol menggunakan campuran tanah, cocopeat dan tanah kompos dengan nisbah 4:4:2. Pastikan medium tidak terlalu padat supaya akar mendapat ruang untuk berkembang.

7. Siram dan gantung tanaman

Siram tanaman selepas selesai ditanam dan gantungkan di kawasan yang terlindung daripada panas terik selama kira-kira 9 hingga 10 hari.

Tempoh ini membantu anak pokok menyesuaikan diri dengan keadaan baharu sebelum diletakkan di lokasi yang menerima cahaya lebih banyak.

Penjagaan Selepas Tanaman Stabil

Selepas kira-kira 30 hari, berikan baja yang sesuai untuk membantu pertumbuhan pokok. Pastikan tanaman mendapat cahaya matahari yang mencukupi serta lakukan penyiraman mengikut keperluan.

Elakkan menyiram terlalu banyak kerana tanaman dalam bekas kecil mempunyai ruang terhad untuk menyimpan air.

Tip Supaya Tanaman Terbalik Tumbuh Subur

  • Gunakan anak pokok yang sihat dan tidak rosak.
  • Pastikan botol mempunyai sistem gantungan yang kukuh.
  • Gunakan medium tanaman yang ringan dan mempunyai saliran baik.
  • Letakkan tanaman di kawasan yang mendapat cahaya matahari secukupnya.
  • Berikan baja secara berkala selepas pokok mula stabil.

Kesimpulan

Tanaman terbalik merupakan satu kaedah kreatif yang sesuai untuk mereka yang mahu berkebun walaupun mempunyai ruang terhad. Dengan menggunakan bahan mudah seperti botol plastik terpakai, anda boleh menghasilkan tanaman tomato atau cili yang menarik dan praktikal.

Selain menjimatkan ruang, kaedah ini juga memberi pengalaman baharu dalam bercucuk tanam. Mulakan dengan satu atau dua pokok dahulu dan lihat sendiri hasilnya.

Selamat mencuba!

Continue Reading
Advertisement

Trending