Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Tepung Menggoreng Pisang Yang Sangat Rangup, Mudah Dan Ringkas!

Published

on

Cara Buat Tepung Menggoreng Pisang Yang Sangat Rangup, Mudah Dan Ringkas!

Sedapkan goreng pisang kak kiah tu. Nak buat selalu tak jadi. Meh sini Teratak Eja kongsikan resepi mudah dan ringkas untuk membuat tepung menggoreng pisang. Saya guna sukatan cawan. Senang dan tak bazir tepung.

Cara Buat Tepung Menggoreng Pisang Yang Sangat Rangup

ARTIKEL LAIN : Resepi Keledek Goreng Rangup. Memang Sedap, Sama Macam Orang Jual!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 cawan tepung adabi.
  • 1/2 cawan tepung beras.
  • 1/2 sudu teh baking powder.
  • Secubit garam.
  • Secubit kunyit serbuk..
  • Air secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Bancuh kesemua bahan diatas sikit demi sedikit dengan air sampai adunan menjadi pekat. Jangan cair nanti tak melekat dekat pisang.
  2. Pastikan minyak panas betul masa menggoreng.

Selamat mencuba.

Sumber : Teratak Eja

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

4 Tips Masak Sagu Supaya Cantik, Tidak Melekat Dan Jadi Sebutir-Sebutir

Published

on

4 Tips Masak Sagu Supaya Cantik, Tidak Melekat Dan Jadi Sebutir-Sebutir

Sagu sememangnya antara bahan pencuci mulut yang cukup popular dalam masakan masyarakat kita. Pelbagai hidangan boleh dihasilkan menggunakan sagu seperti sagu gula Melaka, kuih sagu merah, puding sagu dan juga sagu mangga.

Walaupun nampak mudah untuk dimasak, ramai yang masih berdepan masalah sagu menjadi terlalu lembik, melekat sesama sendiri atau bertukar seperti bubur. Keadaan ini biasanya berlaku kerana teknik memasak yang kurang tepat.

Jika anda mahu hasil sagu yang cantik, jernih dan sebutir-sebutir, cuba ikuti beberapa tips mudah ini.

1. Jangan Basuh Sagu Sebelum Dimasak

Ramai yang terbiasa membasuh sagu terlebih dahulu sebelum dimasak, namun sebenarnya langkah ini tidak diperlukan.

Sebaiknya, sukatan sagu terus digunakan tanpa dibasuh kerana air pada permukaan sagu boleh menyebabkan teksturnya mudah melekat dan hancur ketika dimasak.

Pastikan anda menyukat sagu secukupnya sebelum memulakan proses memasak.

2. Pastikan Air Betul-Betul Mendidih

Untuk mendapatkan hasil sagu yang cantik, air perlu dipanaskan sehingga betul-betul menggelegak sebelum sagu dimasukkan.

Elakkan memasukkan sagu ketika air masih suam atau hanya panas biasa kerana ia boleh menyebabkan sagu berketul dan tidak masak sekata.

Pada tahap ini juga, anda boleh menambah sedikit pewarna makanan mengikut citarasa seperti merah atau hijau bagi menghasilkan sagu yang lebih menarik.

3. Masukkan Sagu Secara Berperingkat

Jangan tuang semua sagu sekaligus ke dalam periuk. Sebaliknya, masukkan secara perlahan-lahan dan berperingkat sebanyak dua hingga tiga kali.

Kaedah ini membantu mengelakkan sagu melekat sesama sendiri ketika dimasak.

Selepas semua sagu dimasukkan:

  • Masak selama kira-kira 15 minit.
  • Kacau sekali-sekala sahaja.
  • Elakkan mengacau terlalu kerap supaya sagu tidak hancur.

Selepas itu, tutup api dan biarkan periuk bertutup.

4. Biarkan Sagu Masak Dengan Haba Sendiri

Selepas api dimatikan, biarkan sagu berada di dalam periuk selama 30 hingga 40 minit.

Proses ini penting supaya baki haba dapat membantu sagu masak dengan lebih sempurna hingga bahagian tengahnya tidak lagi mempunyai bintik putih.

Apabila sagu sudah masak sepenuhnya:

  • Kacau perlahan-lahan.
  • Tapis sagu.
  • Bilas menggunakan air bersih untuk membuang lebihan kanji.

Hasilnya, sagu akan menjadi lebih jernih, cantik dan tidak melekat.

Penutup

Walaupun nampak ringkas, memasak sagu sebenarnya memerlukan teknik yang betul untuk mendapatkan tekstur yang sempurna. Dengan menggunakan cara yang tepat, sagu akan menjadi sebutir-sebutir, tidak berketul dan lebih sedap dinikmati dalam pelbagai jenis pencuci mulut.

Jika anda sering mengalami masalah sagu melekat atau terlalu lembik, bolehlah cuba tips ini selepas ini.

Continue Reading
Advertisement

Trending