Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat ‘Ibu’ Sambal Kicap Yang Pedas, Sedap & Tahan Lama

Published

on

Cara Buat ‘Ibu’ Sambal Kicap Yang Pedas, Sedap & Tahan Lama

Selain sambal belacan, sambal kicap juga antara yang menyedap rasa hidangan. Kalau nak buat kena buat sekali banyak supaya senang bila-bila nak makan ambil saja.

Boleh makan dengan banyak menu pisang goreng, tauhu bergedih, sup, ikan goreng, soto dan macam-macam lagi lah. Sebab itulah wajib ada di rumah.

Tapi kalau nak yang sedap boleh ikut sambal kicap dari Johor ini. Memang awesome rasanya. Resipi perkongsian dari Afy AL Habibi.

Resipi Ibu Sambal Kicap Awesome

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Sos Thai Homemade, Cicah Dengan Apa Pun Sedap!

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 genggam cili padi hijau
  • 8 ulas bawang putih
  • Kicap manis, kicap pekat & kicap cair

Cara membuat:

1. Goreng seketika dua bahan di atas. Ini juga tip supaya sambal kicap lebih sedap dan tahan lama. Cili padi perlu dipatah patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.

2. Selepas digoreng seketika masukkan dalam bekas pengisar.

3. Tambahkan kicap, boleh guna kicap Jalen lemak manis, tapi nak pakai jenama lain pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.

4. Tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk warna yang cantik.

5. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa . Tambahkan juga secubit garam jika perlu.

6. Kisar sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.

Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama

  • Masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.
  • Kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai.

Selamat mencuba!

Sumber : Afy AL Habibi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Rahsia Buat Kuih Siput Yang Terlajak Gebu, Kena Lebihkan ‘1 Bahan’ Ini

Published

on

Rahsia Buat Kuih Siput Yang Terlajak Gebu, Kena Lebihkan ‘1 Bahan’ Ini

Kuih Siput merupakan salah satu kuih yang sentiasa menjadi pilihan ramai setiap kali Hari Raya Aidilfitri. Sesiapa yang tak suka kuih manis, sesuai sangat buat kuih ini.

Kalau ada yang nak cuba buat nanti, jangan lupa guna resipi ni tau. Sebab ada rahsia nak buat kuih siput supaya lebih gebu dan sedap.

RESIPI KUIH SIPUT YANG GEBU

Bahan-bahan:

  • 1kg tepung gandum
  • 3 sudu cili kisar (nak pedas tambah lagi)
  • 1 paket kecil rempah kari daging (nak letak pun boleh tak nak letak pun ok saja)
  • 2 biji telur
  • 1 cawan mentega cairkan (Tips kalau suka gebu boleh lebihkan mentega/marjerin)
  • 1 cawan air (letak sekali dengan garam )
  • Garam secukupnya

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan-bahan di atas tepung gandum, cili kisar, rempah kari, telur, mentega yang sudah dicairkan serta air garam. Gaulkan sehingga menjadi doh.

2. Bila doh dah sebati (tak keras, tak lembut dan betul-betul sesuai untuk diterap nanti), bolehlah gentel kecil-kecil dahulu sebelum diterap di atas papan penerap siput.

3. Bila semuanya siap, panaskan minyak dan goreng hingga keperangan.

Selamat mencuba ya!

Kredit: Fatin Harnita

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending