Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Salad Timun Yogurt, Patutlah Viral. Memang Sedap & Sangat Sesuai Untuk Diet

Published

on

Cara Buat Salad Timun Yogurt, Patutlah Viral. Memang Sedap & Sangat Sesuai Untuk Diet

Tengah viral kat TikTok Salad Yogurt Timun ni, tapi sis buat versi sis sendiri.

Sumpah sedappppp sangat!!! Crouton pun sis buat sendiri. korang nak resepi sis tak?

Korang kalau makan mesti jatuh cinta. Resepi sis dah share kat bawah. Ni versi sis ye..

RESEPI SALAD TIMUN YOGURT

ARTIKEL LAIN : Terbukti Beribu Bungkus Laksam Dijual Guna Resepi Ni. Begini Cara Masaknya

BAHAN-BAHAN :

  • 3 sudu makan Yogurt (nak lebihkan sikit pun boleh)
  • 1 sudu makan Mayonis
  • Blackpapper
  • Parsley
  • Serbuk paprika onion
  • Sedikit Perahan Lemon
  • Timun jepun
  • Tomato cherry
  • 2 Biji Telur rebus

CARA PENYEDIAAN :

1. Satukan ke semua bahan dan gaul semua bahan-bahan sehingga sebati.

RESEPI CROUTON

BAHAN-BAHAN :

  • Roti gardenia
  • Sedikit Olive oil

CARA PENYEDIAAN :

1. Potong roti Gardenia menjadi potongan kecik-kecik, kemudian oles-oleskan dengan olive oil.

2. Bakar suhu 200 selama 10 minit, kalau nampak belum garing. Bakar lagi 1 @ 2 minit. Sebab lepas bakar nanti dah sejuk dia akan crunchy.

3. Taburkan ke atas salad timun yogurt tadi. Siap untuk dinikmati.

Selamat Mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Buat Solok Lada Bersama Intinya, Memang Padu dan Penuh Kesedapan

Sumber/Foto : Nor Atika Nazirah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Tip Baiki Sendiri Jika Masalah Mesin Basuh Spin Perlahan, Cuma Kena Ketatkan Skru Saja

Published

on

Tip Baiki Sendiri Jika Masalah Mesin Basuh Spin Perlahan, Cuma Kena Ketatkan Skru Saja

Mesin basuh bila beberapa tahun digunakan selalu akan berlaku beberapa masalah. Antaranya yang biasa adalah berkaitan dengan spin atau pengering. Dah spin tapi ia berpusing perlahan hingga pakaian masih lembap walaupun dah selesai proses pengeringan.

Menurut Hairul Vcool yang mengusahakan perniagaan membaiki mesin basuh dan aircond masalah ini memang biasa berlaku bila sudah beberapa tahun mesin basuh digunakan.

Beliau yang selalu berkongsi tip dan cara DIY membaiki alat elektrik turut berkongsi langkah mudah yang boleh dilakukan sendiri agar spin mesin basuh elok semula.

Baiki Sendiri Masalah Mesin Basuh Spin Perlahan Baju Tak Kering

ARTIKEL LAIN : Baju Putih Selamat Tak Kotor Ini Cara Tapis Air Karat Dalam Mesin Basuh

“Hari ini ada customer hantar mesin basuh, katanya bahagian pengering perlahan. Jadi baju tak kering sepenuhnya atau masih lembap.

“Daripada pengalaman mesin basuh spin perlahan ini disebabkan belting yang kendur. Masalah ini juga kita boleh baiki sendiri.

Apa yang perlu dilakukan adalah;

1. Baringkan mesin basuh, kerana belting ini ada di bahagian bawah. Belting ini boleh kendur bila mesin basuh dah lama digunakan. Sebab itu lepas 2-3 tahun kita kena adjust sendiri jika spin jadi perlahan.

2. Bila dah baringkan kita akan nampak belting, apa yang perlu dilakukan bila ia kendur adalah buka skru di kiri dan kanan kemudian ketatkannya semula. Cara ini belting akan kembali tegang. Tapi pastikan jangan tegang sangat.

3. Kemudian boleh cuba proses pengeringan. Selalunya selepas ketatkan belting, masalah spin perlahan akan selesai.

Selain itu pesan beliau jika masalah ini berlaku pada mesin basuh, sebelum memanggil technican periksa dulu bahagian belting ini. Jika kendur boleh ketatkan sendiri tapi jika masih tegang, barulah menggunakan khidmat technican kerana boleh jadi kerana masalah lain.

Semoga Manfaat!

ARTIKEL LAIN : Baju Masih Lekat Sabun & Kotor, Tandanya Mesin Basuh Kena Servis, Buka Dan Cuci Sendiri Bagi Bersih

Sumber : Hairul Vcool Via vanillakismis.my

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending