Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Kurma Telur Bersama Kentang Dan Tauhu, Tengok Gambar Pun Dah Terbuka Selera Kan.

Published

on

Cara Buat Kurma Telur Bersama Kentang Dan Tauhu, Tengok Gambar Pun Dah Terbuka Selera Kan.

Kurma Telur sememangnya satu juadah yang sangat enak. Kuahnya yang pekat berempah dan berperisa, enak dinikmati bersama nasi hangat.

Dari kecik sampai la sekarang memang favourite kurma telur kuah pekat-pekat pedas, tabur kat nasi bagi kuah banjir. Memang sedap la. Gigit pula cili padi. Memang padu!

Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ni. Memang terbaik dan anda pasti gemarkan rasanya.

KURMA TELUR BERSAMA KENTANG DAN TAU KUA (TAUHU)

ARTIKEL LAIN : Tip Buat Sambal Telur Rebus Yang Sedap Ada Umphhh! Kena Letak Sikit Jus Ini

BAHAN-BAHAN:

  • 8 biji telur – direbus
  • 8 sudu makan serbuk kurma
  • 1 sudu teh serbuk sup
  • ½ cawan air
  • 1/2 biji bawang besar – dihiris
  • 2 cm halia – dihiris
  • 3 ulas bawang putih – dihiris
  • 8 biji cili padi merah
  • 9 biji cili padi hijau
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 keping kulit kayu manis
  • 1 helai daun pandan – disimpul
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 sudu makan santan kotak
  • 1 -1½ cawan air
  • 1 biji ubi kentang – dipotong & digoreng
  • 1 keping (besar) Tau Kua @ tauhu – dipotong & digoreng

BAHAN KISAR:

  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili kering
  • (kisar sehingga lumat)

CARA MEMASAK:

1. Serbuk kurma, serbuk sup dan ½ cawan air disatukan dan jadikan pes. Ketepikan.
2. Tumiskan buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, bawang putih, halia dan daun pandan sehingga naik bau.

3. Masukkan bawang merah. Tumis lagi sehingga sedikit keperangan.

4. Masukkan bahan yang dikisar dan masak sehingga pecah minyak.

5. Apabila sudah pecah minyak, masukkan pes bancuhan rempah kurma. Tumis lagi sehingga rempah masak dan masukkan cili padi.

6. Seterusnya masukkan air dan santan. Kacau sebati.

7. Akhir sekali, masukkan kentang, tauhu, telur dan kiub pati ayam. Gaul sebati dan biarkan ianya masak seketika. Rasa dan tambah garam jika perlu.

8. Kurma Telur Bersama Kentang dan Tau Kua sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Sendiri Ayam Masak Rose, Ikut Cara Tukang Masak Kenduri. Confirm Sedap

Kredit resipi & foto : Nurul Ateekah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending