Connect with us

Tips Dan Petua

Terbukti Beribu Bungkus Laksam Dijual Guna Resepi Ni. Begini Cara Masaknya

Published

on

Terbukti Beribu Bungkus Laksam Dijual Guna Resepi Ni. Begini Cara Masaknya

Sedapnya kalau dapat menikmati semangkuk Laksam yang lembut. Ada pula kuah yang lemak serta penuh rasa ikan. Memang sempurna! Namun ramai yang gerun nak cuba masak sendiri kerana mi Laksamnya tu kadang-kadang tak menjadi.

Jangan risau kerana saudari Rosni Musa kongsikan bahan-bahan yang anda perlukan untuk menyediakan Laksam yang enak. Resipi ini beliau telah gunakan untuk berniaga. Beribu-ribu pek telah dihasilkan.

Pasti ‘special’ kan? Jom cuba! Bolehlah masak untuk yang tersayang.

RESIPI LAKSAM YANG SEDAP, MUDAH & DIJAMIN MENJADI

ARTIKEL LAIN : Laksa Paling Mudah Nak Buat, Tak Perlu Cari Isi Ikan. Rebus,Kisar Dan Terus Masak. Confirm Tak Ada TuIang

BAHAN-BAHAN LAKSAM:

  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 6 cawan air

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua tepung di dalam satu bekas. Gaul sebati. Kemudian tuang 3 cawan air terlebih dahulu. Kacau-kacau supaya tidak berketul. Pastikan guna cawan yang sama untuk sukat tepung dan air.

2. Kemudian tambahkan lagi 3 cawan air. Adun sekata.

3. Adunan jadi seperti di dalam gambar. Tidak berketul-ketul. Jika aduna berketul, bolehlah ditapis terlebih dahulu.

4. Panaskan pengukus. Sementara nak menunggu air mendidih, sapukan loyang laksam dengan sedikit minyak. Boleh juga menggunakan tudung periuk, pizza pan atau loyang biasa.

5. Bila air di dalam pengukus sudah mendidih, masukkan loyang ke dalam pengukus dan tuang 2 senduk bancuhan tepung tadi. Pastikan adunan tepung dikacau terlebih dahulu supaya sekata.

6. Tutup pengukus dan masak Laksam selama 3-4 minit.

7. Tip untuk tahu laksam sudah masak atau tidak, bila penutup pengukus diangkat, laksam jadi menggelembung seperti dalam gambar. Itu tandanya sudah masak. Waktu ni kena berhati-hati dengan wap panas.

8. Keluarkan laksam yang telah masak. Sejukkan sebentar. Dan ulang semula langkah mengukus sehingga habis adunan tepung.

9. Bila Laksam suam-suam kuku, boleh mula menggulung. Gulung dengan cermat supaya gulungan laksam nampak sempurna.

10. Laksam siap dan boleh diketepikan bagi menyediakan kuahnya pula.

ARTIKEL LAIN : Wanita Kongsi Resipi Mi Sup Pedas Cina, Masakan Terhasil Bila Suami ‘Terliur’ Tengok Mukbang Cina

BAHAN-BAHAN KUAH LAKSAM:

  • 1kg Ikan sardin – direbus & diperisikan
  • 500gm bawang besar
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia – dihiris
  • 1 sudu teh halba
  • 2 sudu teh lada hitam
  • Sedikit belacan
  • 500ml santan segar
  • 100ml santan kotak
  • 1 keping asam gelugur

CARA MEMASAK:

1. Kisar bawang besar, bawang putih dan belacan. Masukkan halia, halba, lada hitam dan asam keping. Renihkan selama 15 minit.

2. Ikan yang telah diperisikan dikisar hingga halus. Kemudian masukkan ke dalam periuk yang berisi kisaran bawang tadi. Renihkan lagi hingga mendidih.

3. Kepala dan tulang-tulang ikan dikisar dan tapis airnya. Masukkan sekali ke dalam periuk. Didihkan lagi sehingga menggelegak.

4. Kemudian masukkan santan segar. Kacau sebati.

5. Perasakan dengan garam, perasa dan sedikit gula mengikut cita rasa masing-masing.

6. Akhir sekali, tuang santan kotak.

7. Didihkan sehingga kuah laksam betul-betul menggelegak. Pastikan kuah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.

BAHAN SAMBAL LAKSAM:

  • 10-13 biji cili pad
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan cuka

CARA MEMASAK:

1. Kisar cili padi bersama bawang putih hingga halus.

2. Kemudian tuang ke dalam periuk. Didihkan cili dan masukkan cuka.

3. Masak cili hingga agak-agak pekat. Angkat.

4. Untuk menikmati laksam, potong laksam ke dalam mangkuk dan masukkan hirisan ulam seperti kubis, daun kesum, kacang panjang, bunga kantan atau apa-apa sayur kegemaran yang telah dihiris halus.

5. Tuang kuah dan letak sambal ikut cita rasa. Boleh juga masukkan belacan bakar.

6. Sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Kuah Lontong Yang Sedap & Pekat

Kredit resipi & foto: Rosni Musa via Rasa

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending