Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Ayam Bakar Tabur Lada Hitam. Rahsia Bakar Ayam Tapi Isi Kekal Juicy!

Published

on

Cara Buat Ayam Bakar Tabur Lada Hitam. Rahsia Bakar Ayam Tapi Isi Kekal Juicy!

Kalau sebut ayam bakar, banyak betul resepi yang orang kongsikan. Kalau masuk dalam group masakan, memang mudah kita nak jumpa yang dikongsikan.

Siapa je tak suka makan ayam bakar kan? Kalau makan dengan nasi putih pun sedap, kalau makan dengan nasi berperisa seperti nasi ayam, nasi butter lagi lah boleh buat kita tak tahan nak menambahnya.

Tapi dalam banyak-banyak resepi ayam bakar yang ada. Teruja saya bila baca resepi yang dikongsikan oleh Dani J Tang ni. Jom saya kongsikan apa bahan yang beliau gunakan dan cara nak hasilkan ayam bakar. Makan untuk BBQ confirm layan!

Cara Buat Ayam Bakar Tabur Lada Hitam.

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Kepak Ayam Madu Padu, Bakar Guna Air Fryer Lagi Senang. Confirm Ratah Hingga Jilat Jari

Bahan A

  • 1/2 ekor ayam, cuci bersih & toskan

Bahan B

  • 1 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit halia

Boleh kisar atau tumbuk.

Bahan C (kuantiti sesuai selera ye)

  • Sedikit sos tiram
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Serbuk kunyit
  • Lada hitam serbuk
  • Lada hitam hancur
  • Sedikit lada putih
  • Garam
  • Sedikit minyak masak @ minyak bijan
  • Lebih kurang 1 sudu besar planta

Sediakan mangkuk, gaul sebati semua bahan C, masukkan bahan B gaul sebati kemudian perap pada ayam sekurangnya 30min.

Bahan D

Gula atau madu. Boleh skip kalau x suka, sy letak madu supaya tak de la nnt rasa masin je. Kalau guna gula terus masuk & kacau bersama dalam bahan perap td.

Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10-15min nak masak baru ayam nampak cantik berkilat.

Bakar dalam oven ikut suhu masing² ye. Sy guna suhu bawah 180, atas 150. Lebih kurang 1 jam 30min.

Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Ayam Goreng Salut Tepung Rangup. Nak Jimat Tepung Bancuh Sendiri, Ini Caranya

Sumber : Dani J Tang

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending