Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Air Oren Paling Sedap. Cuma Guna 2 Bahan Je, Ala-Ala Oren Vitagen Rasanya

Published

on

Cara Buat Air Oren Paling Sedap. Cuma Guna 2 Bahan Je, Ala-Ala Oren Vitagen Rasanya

Cara Buat Air Oren Paling Sedap. Cuma Guna 2 Bahan Je, Ala-Ala Oren Vitagen Rasanya! Oren yang digunakan adalah oren sunquick botol. Kat pasaraya dan kedai runcit pun ada jual. Cuma perlu campurkan oren sunquick dengan susu pekat sahaja. Kemudian, bancuh dengan air panas, barulah dimasukkan ais atau disejukkan dalam peti.

Hari ni nak share cara buat air oren paling sedap yang wajib anda dicuba dirumah. Cuma guna 2 bahan je. Ala-ala oren vitagen rasanya. Kalau bulan puasa, syok juga bebuka dengan air ni. Rasanya mewah dan sedap sangat!

Yang suka beli vitagen kat market tu, apa kata anda cuba resepi ni dirumah. Rasanya memang sama dengan oren vitagen. Vitagen ni tak puas nak minum. Kecil-kecil je botolnya. Ha! Kalau nak puas minum, boleh cuba resepi ni.

Bila ada majlis bebuka puasa dirumah, kenduri kendara atau majlis kesyukuran, anda boleh je buat air oren macam ni. Mesti ramai yang suka. Kalau nak hidangkan makanan kat orang ramai ni, kenalah sedap. Orang suka, kita pun puas hati!

Resepi air oren ala vitagen ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Nur Haziqah. Ramai juga tertarik dengan hidangan minuman ni. Sebanyak 9.4k share hasil perkongsian beliau di Facebook.

RESEPI AIR OREN PALING SEDAP

ARTIKEL LAIN : Cara mudah buat air barli untuk dijadikan stok, bila nak minum, tinggal cedok dan tambahkan air panas saja

Sunquick ni boleh dibuat macam-macam tau. Bukan setakat dicampur dengan susu pekat, nak campur dengan sirap ros pun sedap sangat. Next time kita share air lain yang menggunakan sunquick pula. Jom cuba yang ni dulu.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 4sb Susu pekat
  • 4sb Oren sunquick
  • 200 ml Air panas

CARA PENYEDIAAN AIR OREN PALING SEDAP :

  • Campurkan oren sunquick dan susu pekat.

  • Kemudian, bancuh dengan air panas. Tahap kemanisan boleh adjust ikut suka.

  • Gaul laju-laju sehingga susu sakata. Tambahkan air dan sejukkan dalam peti atau masukkan ais ketul. Siap!

Siap untuk dihidang! Seronok minum musim panas macam ni. Sejuk je lalu kat tekak. Kalau tak nak susu tu berkeladak, kena bancu dengan air panas dulu tau. Kacau laju-laju barulah susu tak pecah nanti.

Kalau dah bancuh dengan air panas tetap berkeladak juga, mungkin sebab faktor sukatan susu. Kalau nak guna sukatan resepi ni lagi mudah. Semoga resepi air oren ala vitagen ini bermanfaat buat kita semua.

Takde sukatan khas untuk resepi ini. Tahap kemanisan boleh adjust sendiri je. Kalau suka manis bolehlah lebihkan kedua-dua sukatan bahan ini. Dah tak perlu guna gula lagi sebab susu pun dah manis.

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Aiskrim Kacang Merah Sedap Lemak Manis. Sesuai Buat Makan Sendiri Atau Jualan

Sumber: Kongsi Resepi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending