Connect with us

Tips Dan Petua

Cara mudah buat air barli untuk dijadikan stok, bila nak minum, tinggal cedok dan tambahkan air panas saja

Published

on

Cara mudah buat air barli untuk dijadikan stok, bila nak minum, tinggal cedok dan tambahkan air panas saja

Rupanya mudah saja cara buat air barli untuk dijadikan stok. Bila nak minum, tinggal cedok dan tambahkan air panas.

Kalau buat stok air barli ini, tak perlu susah-susah merebus setiap kali nak minum. Memang sangat menjimatkan masa.

Jom kita belajar cara buat air barli menggunakan resipi perkongsian oleh Fazreen Saini di bawah.

CARA BUAT AIR BARLI

ARTIKEL LAIN : Som Som Sagu Lembut Bergedik & Sedap Pula Tu. Nah, Opah Kongsikan Resepinya!

“Barli ni ade 1001 khasiat yang ramai tak tahu. Kalau lah ramai yang tau manfaat yang dapat kalau amalkan tetiap hari air barli, pasti licin stok barli kat rak pasaraya tu.”

Bahan-bahan:

  • 1 peket kecil barli
  • 3 cawan air

Cara-cara:

1. Basuh bersih barli menggunakan jaring.

2. Rebus bersama 3 cawan air selama 30 minit atau sehingga balik masak sempurna. Jangan tambah air kerana barli akan semakin lambat lembut.

3. Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan ke dalam bekas.

4. Bila dah sejuk, simpan ke dalam peti ais bahagian chiller.

5. Cara bancuh untuk minum adalah dengan masukkan 2 sudu besar barli ke dalam cawan, isikan air panas dan biar selama 30 minit sebelum diminum.

6. Stok ini boleh tahan selama 4 hari saja jika diamalkan pada waktu pagi dan malam setiap hari.

Khasiat minum air barli:

  • Kurangkan kolestrol
  • Kurangkan berat badan
  • Ubat demam
  • Elak sembelit
  • Kawal gula bagi ibu mengandung
  • Milk booster bagi ibu yang menyusu
  • Kayat dengan serat, vitamin B dan kalsium
  • Bantu neutralkan radikal bebas
  • Kurangkan risiko penyakit barah serta jantung
  • Buang toksi dari dalam tubuh badan
  • Wajah awet muda dan lebih sihat
  • Menangani kencing kotor
  • Bantu pulihkan masalah rambut

Semoga Manfaat!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Aiskrim Kacang Merah Sedap Lemak Manis. Sesuai Buat Makan Sendiri Atau Jualan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Tanam Pokok Secara Terbalik, Sesuai Untuk Rumah Kecil Dan Balkoni

Published

on

Cara Tanam Pokok Secara Terbalik, Sesuai Untuk Rumah Kecil Dan Balkoni

Bagi yang gemar berkebun tetapi mempunyai ruang terhad seperti rumah bertingkat, apartmen atau laman kecil, tidak semestinya perlu melupakan hobi bercucuk tanam. Terdapat pelbagai kaedah kreatif yang boleh digunakan, antaranya teknik tanaman terbalik atau upside down planting.

Kaedah ini membolehkan pokok ditanam secara tergantung dengan akar berada di bahagian atas dan batang tumbuh ke bawah. Selain menjimatkan ruang, tanaman terbalik juga lebih mudah dialihkan dan kurang terdedah kepada sesetengah serangan perosak yang datang dari tanah.

Antara tanaman yang sesuai menggunakan kaedah ini ialah tomato dan cili. Dengan hanya menggunakan botol plastik terpakai, anda boleh menghasilkan kebun mini yang unik di rumah.

Kelebihan Tanam Pokok Secara Terbalik

  • Menjimatkan ruang terutama untuk kediaman kecil.
  • Mudah dialihkan mengikut keperluan cahaya matahari.
  • Mengurangkan risiko serangan perosak tanah.
  • Menggunakan bahan terpakai seperti botol plastik.
  • Sesuai dijadikan projek berkebun ringkas di rumah.

Bahan Yang Diperlukan

Sebelum memulakan projek tanaman terbalik, sediakan bahan berikut:

  • Botol mineral bersaiz 1.5 liter.
  • Anak pokok tomato atau cili.
  • Kain perca atau kain jeans lama.
  • Stapler.
  • Tanah tanaman.
  • Cocopeat.
  • Tanah kompos.

Langkah Tanam Pokok Secara Terbalik

1. Sediakan botol tanaman

Ambil botol plastik 1.5 liter dan potong bahagian bawah botol. Kemudian tebuk dua lubang di bahagian kiri dan kanan botol untuk dijadikan tempat menggantung tanaman.

2. Sediakan kain penahan akar

Potong kain perca atau kain jeans mengikut saiz yang sesuai. Buat satu bukaan di bahagian tengah kain supaya batang anak pokok boleh dimasukkan.

3. Sediakan anak pokok

Keluarkan anak pokok daripada bekas asal dengan berhati-hati. Bersihkan sedikit tanah yang melekat pada bahagian akar supaya mudah dimasukkan ke dalam botol.

4. Masukkan batang pokok melalui kain

Letakkan batang anak pokok pada bahagian lubang kain yang telah dibuat. Kemudian kemaskan bahagian kain menggunakan stapler supaya ia memegang pokok dengan baik.

5. Masukkan pokok ke dalam botol

Masukkan anak pokok ke dalam botol dengan bahagian batang dan daun dikeluarkan melalui mulut botol.

Kain yang dipasang berfungsi untuk membantu menyerap air serta mengelakkan tanah daripada keluar apabila botol diterbalikkan.

6. Masukkan medium tanaman

Isi botol menggunakan campuran tanah, cocopeat dan tanah kompos dengan nisbah 4:4:2. Pastikan medium tidak terlalu padat supaya akar mendapat ruang untuk berkembang.

7. Siram dan gantung tanaman

Siram tanaman selepas selesai ditanam dan gantungkan di kawasan yang terlindung daripada panas terik selama kira-kira 9 hingga 10 hari.

Tempoh ini membantu anak pokok menyesuaikan diri dengan keadaan baharu sebelum diletakkan di lokasi yang menerima cahaya lebih banyak.

Penjagaan Selepas Tanaman Stabil

Selepas kira-kira 30 hari, berikan baja yang sesuai untuk membantu pertumbuhan pokok. Pastikan tanaman mendapat cahaya matahari yang mencukupi serta lakukan penyiraman mengikut keperluan.

Elakkan menyiram terlalu banyak kerana tanaman dalam bekas kecil mempunyai ruang terhad untuk menyimpan air.

Tip Supaya Tanaman Terbalik Tumbuh Subur

  • Gunakan anak pokok yang sihat dan tidak rosak.
  • Pastikan botol mempunyai sistem gantungan yang kukuh.
  • Gunakan medium tanaman yang ringan dan mempunyai saliran baik.
  • Letakkan tanaman di kawasan yang mendapat cahaya matahari secukupnya.
  • Berikan baja secara berkala selepas pokok mula stabil.

Kesimpulan

Tanaman terbalik merupakan satu kaedah kreatif yang sesuai untuk mereka yang mahu berkebun walaupun mempunyai ruang terhad. Dengan menggunakan bahan mudah seperti botol plastik terpakai, anda boleh menghasilkan tanaman tomato atau cili yang menarik dan praktikal.

Selain menjimatkan ruang, kaedah ini juga memberi pengalaman baharu dalam bercucuk tanam. Mulakan dengan satu atau dua pokok dahulu dan lihat sendiri hasilnya.

Selamat mencuba!

Continue Reading
Advertisement

Trending