Connect with us

Tips Dan Petua

Som Som Sagu Lembut Bergedik & Sedap Pula Tu. Nah, Opah Kongsikan Resepinya!

Published

on

Som Som Sagu Lembut Bergedik & Sedap Pula Tu. Nah, Opah Kongsikan Resepinya!

Som som sagu merupakan antara sajian manisan tradisional ini sesuai dijadikan menu minum petang atau sebagai dessert seisi keluarga. Kelembutan adunan tepung beras bersama rasa lemak santan yang digandingkan bersama sagu dan kemanisan gula melaka menjadikan ia satu hidangan yang sedap dan menyelerakan.

Resepi som som sagu perkongsian Mas Cotek ini boleh ada gunakan untuk menghasilkan som som sagu yang sedap rasanya. Bahkan cantik kejadiannya. Mari ikuti perkongisan di bawah ini.

SOM SOM SAGU /KANJI SOM-SOM

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Dadih Lemak Berkrim, Cair Di Mulut. Puas Makan Dadih Buat Sendiri.

Som Som Sagu. Kome mesti boleh agak sape punya request ni kan. Kalau saje-saje tak sio opah nak mancuh. Opah tengah mood memalas ni. Kome bukan tak kenai opah ni, kalau rajin, nyemedang lalu lalang kan. Nah siap dah.. Sebakui hah mak buatkan… tunggu tau..

BAHAN-BAHAN SAGU :

  • 1 cwn sagu
  • 3 cwn air
  • 2 helai pandan
  • sedikit pewarna hijau

CARA-CARANYA :

1. Masak air bersama pandan hingga mendidih/masukkan pewarna hijau

2. Keluarkan pandan

3. Masukkan sagu

4. Kacau hingga pekat/masa ni sagu masih bermata ikan

5. Tuang sagu ke dalam bekas kecil

6. Kukus selama 15min sehingga sagu jernih

7. Sejukkan

*** boleh juga kacau hingga sagu jernih tanpa perlu dikukus dengan menambah sukatan air. Opah tak nak lembik sangat jadi opah kukus..

BAHAN KANJI SOM-SOM

  • 1/2 cwn tepung beras
  • 4 cwn santan
  • Garam secukup rasa

CARA-CARANYA :

1. Satukan kesemua bahan di dalam periuk/sebatikan

2. Masak hingga hingga pekat dan meletup-letup dengan api sederhana

3. Sentiasa dikacau utk mengelakkan berketul ye

4. Tuang adunan ke atas sagu

5. Sejukkan

BAHAN AIR GULA :

  • 1 1/2 cwn air
  • 4 keping gula kerek/melaka
  • *boleh guna gula merah
  • 1/4 cwn gula pasir
  • 2 helai pandan disimpul

CARA-CARANYA :

1. Satukan semua bahan

2. Masak api sederhana hingga mendidih

3. tapis dan sejukkan

4. Siap

#SomSomSagu

SELAMAT MENCUBA

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Apam Kampung. 4 Bahan Sahaja, Gerenti Jadi!

Sumber/Foto : Mas Cotek

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending