Connect with us

Tips Dan Petua

Buat Sendiri Serunding Ikan Campur Kelapa. Jadikan Inti Untuk Karipap Mini Atau Popia Simpul. Confirm Sedap!

Published

on

Buat Sendiri Serunding Ikan Campur Kelapa. Jadikan Inti Untuk Karipap Mini Atau Popia Simpul. Confirm Sedap!

Serunding ini sangat sesuai dijadikan sebagai menu sampingan dan dimakan bersama nasi putih dan lauk-lauk yang lain. Apabila membuat serunding ini, sangat sedap kalau dibuat dengan rasa yang manis. Tetapi, bergantung juga pada citarasa masing masing ye. Apa anda tunggu lagi? Jom cuba buat!

Terima kasih Roslina Shaari Ina Kie untuk perkongsian resepi Serunding Ikan Kelapa ini.

Cara Buat Sendiri Serunding Ikan Campur Kelapa

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Sendiri Sardin Secara ‘Homemade’. Tak Perlu Beli Sardin Tin Lagi

Bahan-Bahan:

  • 1 kg ikan sardin (rebus dan asingkan isi)
  • 4 cawan kelapa parut
  • 10 tangkai cili kering (rendam bagi lembut)*
  • 10 biji cili padi (bagi pedas)*
  • 3 biji bawang besar*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 sudu makan jintan manis*
  • 3 batang serai*
  • ½ cawan minyak
  • 1 batang kayu manis
  • 2 cawan gula
  • Sedikit garam

Cara Membuat:

1.Semua bahan yang bertanda ( * ) dikisar.

2.Tumbuk isi ikan.

3.Panaskan minyak dan letak kayu manis, juga bahan yang telah dikisar. Masak sehingga naik bau.

4.Masukkan kelapa dan isi ikan.

5.Masukkan Gula dan juga garam. Kacau sampai rata dan masak sehingga kering. Lebih kurang 2 jam.

6. Siap!

Selamat Mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Popia Basah ‘Step By Step’ Yang Lengkap, Gerenti Keluarga Berhantu Nak Makan!

Kredit : Roslina Shaari Ina Kie

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending