Connect with us

Tips Dan Petua

Lebihan Nasi Jangan Buang Boleh Buat Keropok Nasi Sejuk Mudah Saja

Published

on

Lebihan Nasi Jangan Buang Boleh Buat Keropok Nasi Sejuk Mudah Saja

Lebihan nasi yang tak habis jangan dibuang boleh buat macam-macam. Salah satunya mak-mak boleh jadikan keropok nasi sejuk.

Caranya tak rumit mana, kena ikut satu persatu langkah yang dikongsikan oleh Puan Eina Izzara ini. Dah siap goreng boleh lah buat kudapan sambil tengok tv ke, makan dengan nasi goreng atau bihun goreng pun sedap.

“Keropok nasi sejuk. Pertama kali buat. Terima kasih empunya resipi halalkan ya.”

Berikut perkongsian buat sendiri keropok nasi sejuk tersebut;

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Sendiri Sos Keropok Lekor, Resipi Original Dari Terengganu

Bahan-Bahan:

  • Nasi Sejuk
  • Bawang putih
  • Biji ketumbar
  • Ikan bilis
  • garam
  • Tepung ubi

Cara Membuat:

1. Rendam nasi sejuk dalam 1 jam, kemudian tos bagi kering air, kemudian blend kering.

2. Tumbuk bawang putih, biji ketumbar dan ikan bilis.

3. Gaul semua bahan-bahan tumbuk ke dalam nasi tadi, perasakan dengan garam dan sedikit gula kalau suka.

4. Masukkan tepung ubi ke dalam bahan-bahan tadi uli sampai tak lekat ditangan. Tepung letak sikit-sikit ya.

5. Dah siap bentuk-bentukkan kemudian rebus sampai timbul ya.

6. Angkat sejukkan sikit kemudian letakkan pewarna kesukaan.

7. Dah siap simpan dalam peti sejuk semalaman untuk senang kita potong.

8. Lepas potong nipis semua boleh la jemur. Saya jemur 1 hari ja, tempat saya panas sekarang.

9. Kemudian bolehlah goreng seperti biasa. Siap!

Kalau ada lebihan nasi sejuk, tak habis kat rumah tu mak-mak boleh cuba buat keropok ni. Boleh buat kudapan sambil-sambil tengok tv ke nanti.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Lembut Di Dalam Rangup Di Luar Ini Resepi Keropok Lekor Guna 4 Bahan

Sumber: Eina Izzara

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending