Connect with us

Tips Dan Petua

Resepi Kuih Tradisi Kegemaran Ramai Sepanjang Zaman, Tepung Bungkus Yang Lemak & Lembut.

Published

on

Resepi Kuih Tradisi Kegemaran Ramai Sepanjang Zaman, Tepung Bungkus Yang Lemak & Lembut.

Kuih Tepung Bungkus adalah kuih tradisi peninggalan orang dulu-dulu yang sedap kepada generasi ke generasi yang tidak perah ditelan zaman. Bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar mungkin agak sukar untuk mendapatkan kuih tepung bungkus ini.

Jika ada mungkin waktu di bulan Ramadhan. Jika anda ingin merasai sendiri keenakkan dan kesedapan kuih tepung bungkus ini ada boleh buatnya sendiri dirumah.

Cara penyediaanya pun ringkas sahaja. Anda boleh rasai sendiri kuih yang ada rasa kampung. Resepi perkongsian Opah Mas Cotek ini antara yang terbaik. Mari ikuti perkongsian perkongsian resepi dibawah ini.

Resepi Kuih Tradisi Tepung Bungkus Yang Lemak & Lembut.

ARTIKEL LAIN : Kuih Kasturi Berlemak, Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam

Tepung Bungkus salah satu kuih favourite opah. Mesti buat tiap kali ramadhan. Inti pulak mesti dibalut dengan tepung pulut. perghhh…

Ok dah siap, macam biasa le. Dah siap awal boleh le opah lunjor-lunjorkan kaki… ateeeeeeee. Resepinya di bawah ye..

Tepung Bungkus (oleh Mas cotek)

BAHAN TEPUNG BERAS (BADAN LUARNYA) :

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 4 cawan santan
  • Garam secukup rasa

BAHAN DOH TEPUNG PULUT :

  • 1 1/2 cwn tepung pulut
  • Air secukupnya

BAHAN INTI :

  • 3 cawan kelapa parut putih
  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 1 sdb tepung gandum dibancuh dengan sedikit air
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • Daun Pisang Secukupnya dilayur

CARA BUAT INTI :

1. Masak gula merah, gula pasir bersama air sehingga larut kemudian tapiskan

2. Masukkan kelapa parut

3. Masak sehingga hampir kering kemudian masukkan bancuhan tepung gandum

4. Dengan api perlahan kacau rata sehingga intinya lembab-lembab sedikit

5. Angkat kemudian sejukkan

CARA-CARANYA :

1. Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam tepung pulut, jadikan doh

2. Ambil sedikit doh masukkan inti (bentukkan/bulat-bulatkan) opah lonjongkan doh inti tu.. dah terbiasa.
buat sehingga habis/ketepikan

3. Tepung beras, santan dan garam satukan kemudian masak sehingga pekat dan meruap. Tutup api.

4. Sediakan daun pisang, ambil 1~2 sdb adunan tepung beras ratakan kemudian masukkan doh berisi inti tadi

5. Bungkus dan kemaskan

6. Kukus 15 ~20minit

7. Sejukkan dan sedia dihidangkan

Ngam-ngam sukatan ni untuk 30 biji. Selamat Mencuba

Selamat mencuba! Semoga Manfaat!

ARTIKEL LAIN : Rahsia Buat Kuih Cik Mek Molek Yang ‘Jelita’ & Tip Tak Pecah Waktu Menggoreng

Sumber/Foto : Mas Cotek

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending