Connect with us

Tips Dan Petua

Kuih Kasturi Berlemak, Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam

Published

on

Kuih Kasturi Berlemak, Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam

Kepada mereka yang menggemari kuih tradisional pasti kenal kuih ini. Sekali rasa menggamit nostalgia, terkenang kembali yang ibu-ibu kita pernah buat dahulu. Bukan sahaja rasanya yang unik malah kuih ini juga unik kerana mempunyai 3 nama.

Ada yang panggil dengan nama Kuih Kasturi, Kuih Kacang Hijau dan Kuih Rengas tapi ia adalah kuih yang sama. Dari bahan hingga ke peroses pembuatannya. Rasa inti kacang hijau berkrim beserta kelapa parut dan di akhiri dengan celupan bancuhan tepung diluar menjadi ia rangup apabila di goreng.

Terkadang jika beli dikedai keras sebab kacang depa campur tepung gandum. tapi bila buat sendiri 100% kacang hijau dan kelapa ja ikut cara mak-mak kita dulu buat, memang sedap dan berbaloi. Lebih mudah, kuih ini boleh disediakan dalam kuantiti yang banyak dan difrozenkan. Jadi hanya goreng apabila teringin nak makan.

Jom kita ikuti perkongsian resepi oleh Zunainah Hamid ini.

BAHAN-BAHAN : (untuk 20 kuih)

  • 250 gm kacang hijau
  • 2 senduk kelapa parut
  • 3 senduk gula ikut manis yang kita suka

BAHAN-BAHAN SALUTAN CELUP TEPUNG :

  • 1 cawan tepung beras cap teratai
  • 1 sudu tepung jagung (optional)
  • 1 sudu air kapur makan
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit kunyit

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Rendam kacang hijau selama 1 hingga 2 jam. Kemudian rebus.

2. Apabila air agak kering air, masukkan gula dan gaul sampai kering dengan api perlahan. Pastikan air betul-betul kering sewaktu masukkan gula, jika tidak kuih akan berair.

3. Selepas itu masukkan kelapa dan gaul sebentar dengan api perlahan. Tutup api. Biarkan sejuk. Boleh masukkan dalam peti sejuk.

4. Bentukkan seperti dalam gambar. Pastikan padat, jika tidak kuih akan berderai sewaktu digoreng.

5. Buat bancuhan macam goreng pisang.

6. Celup dan goreng.

HASILNYA

Selamat mencuba!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending