Connect with us

Tips Dan Petua

Kaedah Tanam Kangkung Dalam Botol Minuman Caranya Mudah Saja Memang Puas Hati

Published

on

Kaedah Tanam Kangkung Dalam Botol Minuman Caranya Mudah Saja Memang Puas Hati

Di sini kami kongsikan sebuah perkongsian menarik oleh Ganis Silvia di Facebook tentang bagaimana cara tanam kangkung dengan mudah hanya menggunakan botol terpakai saja.

Walaupun tanah di rumah tak luas atau hanya ‘sekangkang kera’, anda boleh praktikkan cara ini untuk menanamnya. Memang berbaloi dan ramai yang dah cuba.

Di sini saya nak berbagi sedikit tatacara menanam kangkong guna botol bekas, sederhana, mudah, murah dan hasil meriah. Jom tengok perkongsian beliau selengkapnya di bawah.

Cara Tanam Kangkung & Sayur-sayuran Dalam Botol Minuman Terpakai

ARTIKEL LAIN : Guna Sarang Telur Tanam Daun Bawang Lagi Mudah, Tak Guna Tanah

Ini hasil tanaman guna botol terpakai di rumah saya.

Bagaimana cara nak tanam sayuran menggunakan botol minuman terpakai?

Saya guna botol ada 2 lapis:

  • bahagian atas – isi tanah kompos
  • bahagian bawah – isi air (jadi tak payah siram tiap-tiap hari, mudah!)

Cuma perlu tambahkan air saja bila airnya sudah berkurang.

Berapa paras air yang perlu disediakan?

Boleh rujuk gambar di bawah ya.

Saya bubuh air sampai lubang kecil yang ada tanda panah merah itu supaya 1/4 medium tanahnya terendam untuk menjaga kelembaban tanahnya sebab tak pakai sumbu.

Cara Buat Botol Untuk Tanam Kangkung / Sayuran

  • Potongkan botol jadi 2 bahagian.
  • Tebuk lubang seperti yang ada pada gambar (tengok tanda panah merah dalam gambar di bawah)
  • Lubang yang ada pada botol dilapiskan atas isi tanah itu. (Fungsinya sebagai peresapan air untuk memberikan kelembapan pada medium tanahnya)
  • Kemudian lubangkan pula 2 lubang kecil kanan kiri di bahagian botol yang satu lagi. Fungsinya sebagai sirkulasi oksigen untuk menghindari pembusukan akar dan juga buangan air yang terlebih.

Cara Tanam / Semai Benih Kangkung

Untuk kangkung dan bayam boleh terus tabur benih dalam 5-10 biji benih di setiap botol.

Oh ya, nanti letakkan botol ini di tempat yang agak redup. Sebab medium kecil, jadi tak tahan kalau pancaran matahari terlalu terik.

Jika ditanam di tempat terbuka / direct matahari, lebih baik atas pasang paranet jaring hitam supaya tak terlalu panas atau kalau hujan kuat pun tak rosak.

Tutup botol boleh dibuka kalau akarnya sudah sampai bawah.

Mediumnya saya guna tanah kompos dan baja guna NPK.

Cara Pembajaan

Untuk pembajaan boleh dilakukan setelah usia tanaman lebih kurang 2 minggu setelah semai.

Cara sukatannya ialah 1 senduk makan baja NPK dilarutkan dengan air 1,5 liter.

Siram secukupnya seminggu sekali.

Untuk akar yang sudah sampai bawah baja boleh terus di bubuhkan dalam botol isi air tu dengan sukatan 1/4 sudu makan.

Lepas 2 Minggu Dah Boleh Tuai!

Untuk penuaian kangkung sangat mudah.

Hanya potong dan tinggalkan satu tunas yang paling bawah.

Dalam masa 2 minggu sudah boleh tuai ulang dan begitu juga seterusnya.

Untuk sawi, salad, pak choy boleh pula dituai dengan cara dipetik tangkai daunnya dan tinggalkan daun yang paling muda. Nanti dalam seminggu dah boleh petik lagi dan begitu juga seterusnya.

Mudah kan?

Jadi lepas ni bolehlah cuba tanam sayur sendiri di rumah… Manfaatkan setiap ruang yang ada, sebab botol ni disusun secara vertical pun boleh.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Tanam Pokok Pudina Buat Teknik Macam Ni, Pokok Lagi Kukuh Dan Cepat Berakar

Sumber: Ganis Silvia via Kebun Tepi Rumah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending