Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Mudah Buat Solok Lada Bersama Intinya, Memang Padu dan Penuh Kesedapan

Published

on

Cara Mudah Buat Solok Lada Bersama Intinya, Memang Padu dan Penuh Kesedapan

Di Kelantan SOLOK LADA ni memang sangat digemari dan menjadi salah satu makanan pilihan ketika makan bersama Nasi Kerabu.

Solok Lada ni kalau nak beli RM2 dapat tiga biji kecil-kecil comel jer. Kalau buat sendiri suka hati ikut selera nak besar kecik atau macam mana.

Sedap juga kalau di makan bersama dengan kari daging, asam pedas melaka dan tentunya sedap sangat makan dengan nasi kerabu. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Rozmaliza Omar. Terima kasih.

Cara Mudah Buat Solok Lada Bersama Intinya

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Sendiri Ayam Masak Rose, Ikut Cara Tukang Masak Kenduri. Confirm Sedap

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 6 – 7 ekor ikan selayang.
  • 2 genggam kelapa muda parut.
  • 3 ulas bawang merah.
  • 1/2 inci halia.
  • 1 sudu teh lada hitam.
  • 1 cawan santan.
  • 1 sudu teh garam.
  • 1 sudu besar gula.
  • 6 – 7 biji cili hijau muda.

Cara-cara untuk membuatnya:

  • Lada muda dibelah tengah tanpa putus dan buang biji. Ketepikan.
  • Siang ikan, amik isi dan tumbuk lumat. Masukkan kelapa parut, tumbuk lagi hingga lumat. Ketepikan.
  • Tumbuk bawang merah, halia dan lada hitam. Bila dah lumat masukkan dalam bahan-bahan isi ikan. Masukkan garam dan gula.
  • Gaul rata-rata. Solok mesti ada rasa manis masin dan rasa lada hitam.
  • Sumbat masuk bahan-bahan solok kedalam cili. Biar padat-padat montel baru puas hati makan.
  • Susun solok dalam periuk yang dasar nya dialas dgn kacang panjang atau pucuk ubi kayu. Curahkan santan sederhana pekat.
  • Guna api kecil dan tutup periuk. Didihkan sampai santan kering. Solok masak bila cili bertukar warna. Siap.

Selamat mencuba! Semoga Manfaat!

ARTIKEL LAIN : Wanita Ini Kongsi Cara Buat Ayam Masak Halia Di Rumah Confirm Habis Licin

Sumber : Rozmaliza Omar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending