Mudah Rupanya Buat Sendiri Kuetiau. Cuma Bancuh 2 Jenis Tepung & Kukus!
Jika anda merupakan seseorang yang suka mencuba atau seseorang yang lebih suka kepada ‘homemade’ .. jika bole semua bahan utama sesuatu menu masakkan itu anda hasilkan sendiri. Ataupun anda ada keraguan apabila membeli keutiau mentah yangs sedia. Maka resepi keutiau homemade ini mungkin salah antaranya perlu ada cuba. Tambahan lagi jika ada seorang penggemar masakan berasaskan kuetiau.
Tahukah anda? Selain beli sebenarnya boleh buat sendiri saja kuetiau ini. Homemade! Caranya pun tak susah, anda cuma bancuh dua jenis tepung iaitu tepung beras dan tepung ubi saja.
Jika nak cuba boleh ikut perkongsian daripada Fiza Mh ini. Dah mahir, macam-macam hidangan kuetiau boleh anda buat dari kuetiau goreng, sup, kungfu, ladna dan banyak lagi.
Apalagi, jom ikuti perkongisan ini..
KUETIAU HOMEMADE
ARTIKEL LAIN : Cara Buat Stok Bawang Kisar Supaya Tahan Lama, Tahan 2 Bulan Tak Bertukar Ungu
Tak payah beli, buat je sendiri. Pasni nak buat char kuetiau ke, ladna ke, kungfu ke goreng mamak style ke, semua boleh. Dah jom, ini resepinya:-
- 1/2 cawan tepung ubi
- 1 cawan tepung beras
- Sedikit minyak sayuran
- 1 1/2 cawan air
- Loyang untuk mengukus
CARA MEMBUAT
1. Sediakan alatan kukusan, saya guna kuali saja.
2. Satukan tepung beras, tepung ubi dan air. Kacau sehingga rata, jangan sampai bergentel.
3. Sementara itu griskan loyang pengukus dengan minyak sayuran.
4. Tuang sesenduk adunan/ batter ke dalam loyang. Pastikan semua ruang loyang dipenuhi adunan better dengan menggoyang-goyangkan loyang tadi (guna senduk lauk pun boleh).
5. Kemudian kukus sehingga masak lebih kurang 7-10 minit.
6. Biarkan sejuk kejap pastu griskan permukaan kuetiau dengan minyak sayuran tadi. Keluarkan dari loyang, susun bertindan (ulangi proses ini hingga adunan selesai).
7. Sapukan permukaan pisau dengan minyak kemudian bolehlah dipotong mengikut saiz yang diingini.
SIAP!
TIPS :
Semasa memotong kalau pisau anda pendek boleh lipat dua lempeng kue tiau supaya senang untuk dipotong. Yang saya buat ini tebal sikit. Boleh ditambah air sedikit untuk lebih nipis.
Mudahkan! Selamat mencuba kepada semua.
ARTIKEL LAIN : Resepi Keledek Goreng Rangup. Memang Sedap, Sama Macam Orang Jual!
Kredit : Fiza MH
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: